Showing posts with label Ape2 aje... Show all posts
Showing posts with label Ape2 aje... Show all posts

Thursday, September 1, 2011

Menghitung Hari...


3 Syawal 1432 H ( 1 Sept 2011)

Suasana pagi ni memang sejuk jer....Jika kaki tak beralas sejuk je memijak lantai dapur.....Emmm mana tidaknya suhu kini 12 darjah celcius. Menjelang autumn di Hannover, Germany.....Masa berganti masa, musim bersilih ganti.....Autumn datang lagi, mengikut ketentuanNya seiring sunnatullah....16 hari lagi insyaallah kami akan pulang ke Malaysia....Cuba menikmati detik2 tersisa di sini. Kekadang gembira, kekadang sayu, silih berganti.....Apa2 pun bersyukur dengan pengalaman manis yg dilalui. Walaupun ada waktu2 yang mencabar tp alhamdulillah mampu ditangani & hilang tanpa kesan.....Ibarat luka yang tak berparut......

Abang agak sibuk dengan persediaan utk presentation tesis.....Tesis masih di tangan supervisor utk pembetulan kali ke 3....Harap2 tidak banyak perubahan & pindaan lagi ataupun pindaan sifar....Jika tiada aral melintang, minggu depan presentation tesis & minggu seterusnya balik Malaysia....Moga semuanya berjalan lancar.....

Wednesday, March 16, 2011

Kebas Pipi.....

Bersahabatlah dengan alam ni......Akhlak terhadap alam??


Hari ni dah masuk hari ke 2 pergi jogging di Herrenhauser Garten pagi2. Kelmarin pergi sendiri. Keluar rumah jam 8.30 pagi & sampai semula di rumah jam 10.00 pagi. Tapi tak berpeluh pun...Susah sungguh nak berpeluh cuaca sejuk2 ni....Kelmarin panas sikit ie 12 darjah celcius. Tu yang boleh lama sikit tu. Hari ni pergi ngan Asila. Dia menaiki scooter mengejar saya berjogging. Tapi lambatnyer dia.....Sabar je lah.....Beberapa kali berhenti (berlari setempat) & tak terkira berapa kali mengejar dia yang hingus dah meleleh tapi malas nak lap. Aaiii mengapalah budak2 ni.....hings meleleh pun bo wat tak kisah....... Cuaca hari ni memang sejuk ie 3 darjah celcius......Kebas pipi & ngilu gigi. Hidung pun asyik berair je.......Manusia memang selalu kalah dengan alam.......1 jam sahaja di luar, kami pun balik ke rumah..........






Begitulah kita manusia. Insan kerdil yang selalu kalah dengan alam......Pelbagai perkara yang berlaku akhir2 ni menguji kita sebagai hamba & khalifah di dunia ini. Tsunami di Jepun baru2 ni begitu menyentuh hati. Nyawa, harta benda, keselamatan & kesihatan, semuanya lenyap bersama2. Tunduk & patuhlah kita kepadaNya hanya kepadaNya kita memohon & meminta pertolongan. Moga mereka yang menghadapinya tabah menempuh dugaan & redha dengan ketentuanNya. Insyaallah kita akan mendapat manafaatnya......Amin...

Saturday, February 12, 2011

Rupanya panas tak sampai ke petang....

Hari ni, selepas solat zuhur tadi,tetiba je berasa sejuk. Sedari pagi tadi, hanya memakai T-shirt tangan pendek je di rumah. Saya mula mencari2 baju panas di dalam almari. Selepas mengenakan baju panas, terasa belum cukup selesa lagi. Setelah memberi tugasan kepada 3 beradik supaya agak terkawal suasana, saya pun menarik selimut di katil. Muhammad yang sedang mmenulis nombor sehingga angka 500 meletak buku di atas kaki saya (menjadikan meja). Setelah seminggu membuat tugasan ni, kini ia di nombor 370 dah. OK lah tu, sehari dalam 10 minit je dia buat kerja ni. Saja je bg dia kenal nombor. Asyik2 keliru je...

Semasa Abang, Kak Long & Muhammad keluar utk membeli keperluan rumah, saya masih di katil. Melayan kesejukan. Berehat2 je sambil melayan fikiran.....Tiba2 je Nabilah memanggil,"Ibu, ibu, salji turunlah...". Saya bingksas bangun & memerhati di jendela.....Wau...salji dah memutih di taman.....


Jam 4.59 petang, salji yang memutih di taman (pandangan dari luar jendela)

Memotong kulit limau di jendela sambil menikmati indahnya salji yang turun...
"Tak der kerja"



Mengungkapkan secebis kisah di lappy sambil menikmati teh panas....

Rupanya panas tak sampai ke petang, salji turun di lewat tengahari....Bermakna tak dapatlah nak bermain dengan itik di Herrenhausen esok spt dirancang ngan anakanda2. Dah beli dah sebuku roti sandwich jumbo size kelmarin. Cadang nak makan ngan itik di tasik. Sudah bukan rezekinya....Kalau salji turun sudah pasti tiada itik yang berenang2 di tasik esok. Tukar appointmentlah ya itik.....Tchussss...Nak pergi makan bubur kacang & roti....

Thursday, January 6, 2011


6 JANUARI 2011

Salam......


Cuaca di Hannover masih seperti semalam.... tidak mencecah 0 darjah celcius kekadang 3 & kekadang 4 darjah celcius.....Dah mula pakai jacket spring je...Selesa.....Glove pun dah boleh simpan dalam almari.......Terasa sekejap sangat salji kali ni.....Pagi tadi semasa hujan turun renyai2 terasa berada di musim spring dah.....Tengoklah seminggu dua lagi.....Ke mana arahnya....Apa2 pun tetap gembira menerimanya.....Tahun lepas salji terlama & terlebat sejak 30 tahun di Germany......Tahun lepas salji pertama kami sekeluarga di sini & tahun ni insyaallah salji terakhir kami di German.....Sebelum autumn tahun ni insyaallah kami akan balik ke Msia for good. Rasa2nya tak datang dah kut ke Germany atau ke Europe ni.....Jadi tiada alasan lansung utk kami tidak menghargai & menikmatinya dengan syukur & gembira......


Asila..... "Bergembiralah wahai anak..."

Hajat di hati nak buat igloo sekali lagi......Tapi tak pasti lah hajat kesampaian atau tidak.......

Persekolahan telah bermula di Msia......Saya di sini juga telah memulakan pembelajaran seterusnya mengikut tahun anakanda2. Terima kasih Cik Ni & Abang Ma yang telah membawa buku2 sukatan Msia ke sini baru2 ini. Kak Long masih menghabiskan beberapa tajuk yang belum selesai. Nabilah & Muhammad telah mula belajar pelajaran baru. Nabilah telah mula belajar Tahun 4. Muhammad telah habis sukatan pelajaran Tahun 1 tahun lepas, tetapi dia tak mahu belajar Sukatan Tahun 2 kerana dia 7 tahun. Ikut sajalah, baru 2 hari dah masuk Unit 4 Matematik....Lepas ni bising tak da buku....Alasan utk bermain.....Inilah cabaran2 mengajar anak di luar negara......Tak cuba tak tahu.....Dah tempuh, tempuhlah dengan baik......Harapan moga semua anakanda2 dapat belajar dengan baik & bonda sabar mengajar (asyik jadi cikgu garang je).......Mak Anjang kata "Laju sangat Mah ajar tu" Ye ke?.........


Perjalanan ini semakin hampir ke destinasinya...

Salam,

Hasmah Haris...

Wednesday, January 5, 2011

Menyuci sawang.....

5 JANUARI 2011


Hari ni 5 Januari 2011.....Dah lama dah tak menulis di blog....Entah le asyik menyibukkan diri dengan aktiviti lain je.....Dlm satu minggu ni je dah tiga novel saya baca...1 novel Cecilia Ahern (anak bekas PM Ireland, Berthie Ahern), 1 novel Danielle Steel & 1 lagi novel ringan Sophie Kinsella......Inilah masalah utama saya apabila mula membaca......Begitu susah utk berhenti...Selepas menghabiskan novel terakhir kelmarin, saya akan mengubah arah....Cukup dulu utk novel......Quran dah berapa ayat baca? Pelajaran anak camna? Rumah dah kemas ke?.....

Alhamdulillah le Muhammad dah masuk Al-Quran....Jadi apabila mengajar tu.....Insyaallah tak kan miss utk membaca......Tahniah juga utk Muhammad yang mula masuk Al-Quran dan diharap dapat membaca dengan baik, betul & merdu......Walau apa pun bidang yang akan diceburi nanti biarlah Al-Quran terus menjadi pedoman dalam mengharungi kehidupan.....


Paling kurang pun kita ni punya banyak peluang mudah yang terbentang luas.......Senang2 je umat Nabi Muhammad S.A.W. ni.....

Bacalah 3 kali Surah Al-Ikhlas.......Khatam A-Quran dah......
Syukur......Paling kurang sebelum tidur malam bacalah
3 kali Surah Al-Ikhlas.....

Allah Maha Pemurah....


Kami sekeluarga......Sayang semua........I luv U.....U luv me....


Haahh....Bersih dah sawang2 kat blog ni....
Itu dulu utk hari ni....Nak pergi lipat kain & teman anakanda2 belajar....Bye...

Thursday, December 9, 2010

Antara selera & kesejukan...

3 Muharram 1432 (9 Disember 2010)

11:00 a.m.

Skrg ni snow turun dengan lebatnya.....Seperti semalam juga....Dah dua hari berturut2 snow turun dengan lebatnya di Hannover ni.....Hari ni teringin nak makan chicken ball masak sup + sayur2an....Sedang dok menyincang ayam sambil didihkan air kat periuk. Makan dengan ayam masak kicap yg dibuat pedas sikit.....Emmm rasa berselera....Sejuk2 ni tu yang seronoknya....Masak apa pun sedap....Yang tak seronoknya pula, makan tak reti sikit......Menggemukkan badan yang sudah berada di hujung carta normal BMI......


Tuhan Maha Kuasa......Turun snow lebih sikit & berkecamuk sistem pengangkutan kat Germany ni....Train ke, flight ke, jalanraya utk kereta & bas ke.....Semua berkecamuk.....Tergendala sini, batal sana....Beratus2 orang terkandas & tidur di merata (terutama airport)....Ini antara beritanya. Camtulah....baru sikit je.....Kita dah camtu.......Hari kiamat nanti???? Berusahalah seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi.....Beribadahlah seolah2 kita akan mati esok....

2 jam kemudian.....

14:00 p.m.

Siap dah masak utk tengahari ni...Pergi ambil Muhammad & Nabila di sekolah......Huuuhh sejuk.....Snow masih turun dgn lebat tetapi sangat indah kerana matahari juga bersinar terang....Teringat setahun yang lalu iaitu pada 1 Muharram 1431.....Mentari yang bersinar terang di salju yang memutih bersih.....Yang membawa nama kepada blog ini "Mentari D"Salju".

Ni gambar semasa menggelintir ayam + tepung jagung + tepung ubi...

Dah siap rebus......Cili padi sebagai penyeri semata2...


Sup chicken ball (+ sawi, kentang, kacang buncis & brokoli)....Ayam masak kicap & ayam goreng garing....Muhammad teruja & berkata "Lama dah kita tak makan fish ball kan?"...Dia tak perasan pun yg ibu dia buat chicken ball (ikan mahallah).....Semua makan dengan berselera.....Rezeki sewaktu sejuk (bila sejuk semua sedap) ......Alhamdulillah


Salji yang memutih melitupi pokok2 yang togel (tak berdaun)

Nabila & Muhammad mengutip salji bersama rakan sekolah (Mariama) semasa pulang dari sekolah...


Monday, November 8, 2010

Tamu Dari Stuttgart

Bergambar beramai2 di rumah.....Tghari 6 Nov. sebelum bertolak ke Stuttgart...



Di Hbhf Hannover......Jam 2.14 ptg train ke Stuttgart...


Baru2 ni pada 4 Nov 2010, Famey & keluarga menziarah kami di Hannover....Seronok betul ramai2 di rumah....Kami berenam & keluarga Famey berlima = 11 org (Aziz, Hasmah, Husna, Huda, Afif, Asila, Famey, Ida, Dayana, Aisyah & Azri)........Budak2 riang bermain dgn pelbagai aktiviti....Besa le tu...Terimakasih kepada Famey sekeluarga yg sudi menziarah kami....Harap gembira melawat Bandar Hamburg & Hannover....Famey sekeluarga kembali ke Stuttgart pada 6 Nov 2010 (sekejap je). Jika ada kesempatan di lain waktu harap dapat menziarah lagi kami di sini.

Thursday, July 8, 2010

Puasa Yang Panjang...


Buah nektarin (nektarinen), Johannisbeeren-Rot (red currant) dan salad..

Mula nak puasa kembali selepas hampir sebulan dah tak berpuasa...Dah siap2 pasang niat mesti sahur...Lagipun sedari kecil lagi memang tak biasa puasa tanpa sahur...Waktu kecil ikut je mak....Mak mesti kejutkan kami.....Tapi bila dah besar dan faham tentang keberkatan bersahur di hujung waktu..Memang dah jadi amalan mesti sahur....Tak kira le waktu belajar dulu ke...Semasa bujang ke.....Dah kahwin & ada anak2 ke...Kalau nak puasa mesti sahur....Kalau tak terjaga tu perkara lain le...Seboleh mungkin mesti pasang niat utk bangun sahur semasa tidur selepas isya'...

Dah berpuluh tahun tinggal kat Malaysia...Punya tempoh waktu yang sama utk berpuasa bertahun2...Ditambahkan pula 5 tahun lebih menetap di Sabah (Berbuka jam 5 lebih petang)....Sedikit merisaukan...Mampu ke aku berpuasa dengan baik di German ni?...Tetapi sebelum cuba berpuasa aku dah buang jauh dan cuba lenyapkan perasaan tu...Islam bukan utk orang2 Asia atau pun utk orang2 Timur Tengah...Islam utk seluruh dunia .....Islam utk sejagat...Allah yang menjadikan kita...Allah yang menjadikan siang yang panjang....Kenapa nak digusarkan...Andaikata aku letih..melepek (kata org Kuale).....Tak kisah...Yang penting mesti cuba puasa....Niatkan dihati nak puasa & minta doa supaya dipermudahkan..



Bulan Rejab terus berlalu..Aku belum lagi berpuasa...Akhirnya, baru2 ni hujung Jun sengaja cuba berpuasa semasa bulan Rejab...Sebelum ni berpuasa dan berbuka jam 9.00 malam...Terasa juga penat nyer...Ni..masa nyer lebih panjang...Tapi kepenatan bukanlah berkadar terus dengan masa...Banyak lagi faktor2 yang menyumbangkan kekuatan atau kepenatan.....


Jadi bila nak puasa....Mulakan dengan bersahur...Bersahur pada jam 2.30 pagi....Subuh masuk 2.50 pagi..Tidur jam 12.30 malam selepas sembahyang isya' yang masuk hampir jam 12.00 malam...Bangun makan sepinggan nasi dan air kosong...Mesti bangun sahur..Kenyang ke...Mengantuk ke...Mesti bangun juga...Tapi alhamdullilah le selera juga makan...



Jam 2.30 pagi...ke 2.30 petang..12 jam..dah berlalu..2.30 ke 7.30 petang...5 jam lagi dah berlalu...12 jam tambah 5 jam 17 jam..Terasa panjang lagi masa yang ditunggu...7.30 petang ajak anak2 tersayang pergi ke REWE nak beli barang2 sikit dan terus bawa ke taman permainan....Boleh juga duduk berehat2 sambil main buaian dan menghirup udara di luar rumah...8.30 petang (malam) naik ke rumah...Siapkan hidangan makan malam utk semua...Duduk berehat sambil tengok orang makan...9.00 malam masa utk anak2 mengaji sebelum masuk maghrib..Seperti biasa aku cuma mengajar Muhammad dan Asila....Abang mengajar Kak Long & Cik Nyah...Masa terus berjalan...9.30 petang...Semua yang lain bersedia utk sembahyang maghrib berjemaah...Aku mula beriap2 utk berbuka puasa...7.30 petang ke 9.30 petang...2 jam lagi...Jadi tadi dah 17 jam + lagi 2 jam...Bermakna dah 19 jam..Alhamdullilah..Masih berasa sihat...9.51 malam...Azan...Berbuka dengan beberapa potong buah nektarine...Diikuti dengan segelas air milo ais dan sepinggan nasi...Alhamdullillah....Berjaya berpuasa di kemuncak waktu siang yang panjang dengan baik.....


Bermula 4 Julai ni...Nampaknya waktu subuh dah semakin lewat dan maghrib sudah semakin awal...Bermakna waktu puasa nanti berada dalam fasa siang yang sudah semakin pendek...Doaku semoga kami sekeluarga boleh menyesuaikan diri dan boleh menjalankan IBADAH puasa dengan baik..Amin..




Makan mee rebus udang bersama-sama...'Gambar sekadar hiasan'




Cili merah yang besar, cili padi & tomato yang segar....



Bahan2 sampingan...Udang goreng masih tertinggal..



Mee rebus udang...Tapi lupa nak letak udang goreng hiasan..

Ni baru ada udang gorengnya....Tertinggal keretapi...

Cucur udang....makanan kesukaan..
Nukilan,
Hasmah Haris..
8 Julai 2010

Wednesday, June 30, 2010

Antara Lalang dan Löwenzahn


Lalang & löwenzahn

ANTARA LALANG DAN LÖWENZAHN


LÖWENZAHN
Entah macam mana...Ronda-ronda kat design blog kelmarin terbertembung pula dengan template warna biru hijau ni...Sebenarnya memang hajat hati nak mencari warna yang ada kaitan dengan biru kerana biar serasi dengan perhiasan dalaman....Tup-tup template yang ada pula gambar bunga dandelion ni (german - löwenzahn). Ehh macam tau2 je yang saya memang suka bunga ni pun...


Dari mula bunga ni mengeluarkan warna kuning terangnya hinggalah berdebu & berterbangan ni...Husna, Huda, Afif & Asila memang pantang jumpa je...Mesti cari, kutip dan tiup...
Cikgu kat sekolah Husna pun pernah cabutkan pokok ni dan beri Husna suruh tanam kat rumah...Kat kelas di sekolah, cikgu Husna ada menceritakan pokok ni iaitu mengenai bagaimana ia mendapat nama dan kitar/peringkat hidup pokok ini. Itulah yang budak2 ni bertambah suka mengenai pokok ni...Balik sekolah bawa ke rumah dan saya tanam kat balkoni rumah...Dari pokok berdaun...sampai berbunga dan sampai le matang dan ditiup angin....Dari 4 pokok yang ditanam semasa awal spring dan hingga hari ni tinggal satu pokok je yang masih tinggal kat balkoni rumah.. Yang lain mati kepanasan dah semasa summer ni..

Dandelion atau löwenzahn ini mempunyai dua spesis iaitu Taraxacum officinale dan Taraxacum erythrospermum yang dianggap sebagai rumpai di merata dunia. Kedua-dua spesis ini boleh dimakan secara keseluruhannya iaitu dari bunga, daun sampai le ke akarnya. Nama dandelion berasal dari bahasa French (dent-de-lion ; iaitu bermaksud gigi singa). Mengikut bahasa Deucth juga memberi maksud yang sama iaitu löwen adalah singa dan zahn adalah gigi. Sama je lah...Gigi singa..

Löwenzahn mempunyai banyak kelopak bunga kecil yang berkumpul bersama-sama. Selepas dia berkembang dan matang setiap kelopak bunga kecil akan menghasilkan biji benih yang dipanggil floret.

Biji-biji benih/florets ini nanti akan dibawa oleh angin dan akan berterbangan di udara seperti parachutes.

Löwenzahn adalah pokok bunga yang penting kepada lebah. Dengan bermulanya musim bunga ini berkembang menandakan yang musim lebah mengumpul madu telah bermula. Ia juga merupakan sumber nectar dan pollen.

Walaupun kebanyakan atau secara keseluruhannya memang menganggap löwenzahn adalah rumpai yang memberi masalah, tetapi Pakar Herba menganggap ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin A, B, B komplek, C dan D serta juga mineral seperti iron, potassium dan zinc. Daunnya selalu digunakan sebagai penambah perisa kepada salads, sandwiches dan teas.

Sejak 900 A.D (Ar Razi) dan 100 A.D. (Ibnu Sina) telah menggunakan Löwenzahn dalam perubatan iaitu dalam mengubati masalah hati. Dalam perubatan tradisonal akar dan daun löwenzahn telah digunakan sebagai bahan dalam pengubatan penyakit berkaitan buah pinggang, pembengkakan , penyakit hati, perut yang tidak selesa, demam, bisul, masalah mata, diabetes dan diarrhea.

Sekarang akarnya digunakan sebagai penambah selera makan, membantu dalam penghadaman dan mengubat masalah pundi kencing.


Bunga & benih...gambar dari wikipedia...http://en.wikipedia.org/wiki/Taraxacum

GAMBAR2 BUNGA DAN DAUN LÖWENZAHN :


Gambar ni diambil di luar bangunan berhampiran dengan rumah...


Beberapa kelompok pokok dandelion...
Gambar diambil semasa awal bulan Mei..
Ini merupakan kumpulan pertama yang berbunga semasa awal spring..



Seperdu pokok dandelion yang lebat...

Penuh dengan bunga yang mula hendak matang..

Diantara bunga dan benih..


Ini le daun löwenzahn...Macam gigi singa ke?

Lagi daun löwenzahn.....


Bunga löwenzahn berwarna kuning yang baru berkembang...


Gambar dekat sikit...

Semasa nak ambil gambar ni Huda cepat2 letak jari
dia kat bunga dandelion yang dah cukup matang....
Tunggu ditiup angin je...
Kami tinggalkan bunga ini di sini tanpa meniupnya pada hari tu..


Di dalam semak di celah2 pokok2 lain...

Dekat sangat diambil sampai tidak berapa jelas....


Riang-ria dengan LÖWENZAHN:


Sebati dan serasi dengan alam yang terbentang luas.....

Tenggelam bersama rerumput dan dandelion liar..

Lambang kemenangan dan kepuasan
selepas mengutip bunga dandelion di padang luas dan tebal..



Afif & Huda....Masing2 dengan dandelion di tangan....



Löwenzahn liar di tengah padang luas...
Semua gembira mencari dan meniupnya...
Menyambung kehidupan di generasi seterusnya....




Asila & Afif....
Debunga2 memutih di baju Afif....
Afif 'asma' tetapi alhamdulillah tak allergy dengan debunga ni...


Asila selepas meniup habis bunga2.....Kepuasan...


Asila kegembiraan menunjukkan löwenzahn
di tangannya selepas berlari ke dalam semak utk mengutipnya...



Huda....



Husna.....




Afif & Huda sedang meniup dandelion matang..


GAMBAR2 JARAK DEKAT ..Sumber (Photosearch.com):




Berterbangan di udara......
Setiap floret menuju destinasi masing2
dan akan tumbuh di tempat baharu...



Berterbangan....seperti parachute...



Berterbangan di udara....
Floret dari kepala löwenzahn





Floret yang jelas kelihatan...



SUMBER MAKANAN DAN KEGUNAAN DI BIDANG PERUBATAN:




Salad bunga-bunga...Sempena musim spring....
Daun löwenzahn sebagai pembuka selera



Löwenzahn yang mempunyai nilai tersendiri dalam bidang perubatan...




Ronda2 hari Ahad...Ayah, Asila, Huda & Husna..
Gambar sekadar hiasan...






LALANG



Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok ini adalah Imperata cylindrica.

Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.

Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu kerana hakisan tanah akan terhalang. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat menghanyutkan ia ketempat lain.

Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.


Lalang di udara....



Lalang ditiup angin...(Gambar dan maklumat sumber dari.. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalang )



Lalang ni seingat waktu persekolahan saya dulu iaitu di sekolah di kampung tidak pernah pula cikgu membawa bunga lalang mahupun daun lalang ke dalam bilik darjah...Sebut je semua murid-murid sudah jelas dan tahu macam mana rupa dan bentuk pokok terebut...Apa yang dibincangkan di dalam kelas adalah ia penyebaran bunga matangnya melalui angin yang bertiup. Oleh itu ia bersifat ringan dan berwarna tidak menarik iaitu tidak perlu menarik perhatian haiwan dan juga tidak berbau wangi...Itu jelah yang masih diingat hingga ke hari ini.

LALANG SEMASA ZAMAN PERSEKOLAHANKU

Semasa zaman kanak-kanak di kampung dahulu kami selalu bermain dengan daun lalang ini iaitu dengan menjadikannya kapal terbang yang akan meluncur laju apabila dibelah sedikit dan diletakkan di jari tangan. Dengan sedikit kaedah khas dan mudah ia akan meluncur dan kami akan bertanding kapal terbang siapa kah yang meluncur paling jauh. Ini permainan di kampung yang selalunya mengundang luka-luka kecil di jari kerana tepi daun lalang yang bersifat tajam. Tapi tak pernah kisah pun calar balar dan luka-luka kecil di jari...Ini lah anak kampung.


Sedari kecil juga saya telah sedar kepentinganya yang boleh mengelakkan hakisan dengan akarnya yang panjang dan berwarna putih. Di mana apabila ada lalang di tepi-tepi tebing di tepi landasan keretapi di belakang rumah saya saya dapati tanah di situ kukuh dan sukar runtuh...Itu cuma pemerhatian kanak2.


Dari segi perubatan saya pernah juga membantu mengambil akar pokok ini untuk kegunaan jiran dalam rawatan penyakit batu karang di pundi kencing. Ia akan direbus dan air rebusan ini akan diminum. Tetapi saya tidak pernah tahu dos sebenar dan berasa takut bila memikirkan yang baut karang itu akan terlarut dan keluar bersama kencing selepas diminum. Apa yang saya fikirkan adalah samada air rebusan lalang ini hanya melarutkan batu karang atau ada memberi kesan kepada organ lain. Sampai sekarang pun saya masih tak tahu dan tak mencari maklumat pun. Ambil mudah... Pergi je ke hospital dapatkan rawatan ubat-ubat di sana.



OK serba sedikit maklumat mengenai lalang dan löwenzahn
sebagai rujukan sendiri , anak-anak dan kepada yang berminat....
Kekadang sedikit mengambil tahu tentang alam di sekeliling menjadikan kita semakin menghargai dan mensyukuri kejadian alam ini.....


Wassalam...


Nukilan,


Zisma 12.42
300610

p/s Gambar-gambar adalah dari koleksi peribadi dan
fotosearch.com
http://www.fotosearch.com/photos-images/dandelion-clock.html
Related Posts with Thumbnails