Hari ni dah masuk hari ke 2 pergi jogging di Herrenhauser Garten pagi2. Kelmarin pergi sendiri. Keluar rumah jam 8.30 pagi & sampai semula di rumah jam 10.00 pagi. Tapi tak berpeluh pun...Susah sungguh nak berpeluh cuaca sejuk2 ni....Kelmarin panas sikit ie 12 darjah celcius. Tu yang boleh lama sikit tu. Hari ni pergi ngan Asila. Dia menaiki scooter mengejar saya berjogging. Tapi lambatnyer dia.....Sabar je lah.....Beberapa kali berhenti (berlari setempat) & tak terkira berapa kali mengejar dia yang hingus dah meleleh tapi malas nak lap. Aaiii mengapalah budak2 ni.....hings meleleh pun bo wat tak kisah....... Cuaca hari ni memang sejuk ie 3 darjah celcius......Kebas pipi & ngilu gigi. Hidung pun asyik berair je.......Manusia memang selalu kalah dengan alam.......1 jam sahaja di luar, kami pun balik ke rumah..........
Begitulah kita manusia. Insan kerdil yang selalu kalah dengan alam......Pelbagai perkara yang berlaku akhir2 ni menguji kita sebagai hamba & khalifah di dunia ini. Tsunami di Jepun baru2 ni begitu menyentuh hati. Nyawa, harta benda, keselamatan & kesihatan, semuanya lenyap bersama2. Tunduk & patuhlah kita kepadaNya hanya kepadaNya kita memohon & meminta pertolongan. Moga mereka yang menghadapinya tabah menempuh dugaan & redha dengan ketentuanNya. Insyaallah kita akan mendapat manafaatnya......Amin...