Showing posts with label Kek dan Muffin. Show all posts
Showing posts with label Kek dan Muffin. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Kek Puding Karamel

Khutubkhanah (Resepi yang belum lagi dicuba)

Resepi dari
HaNa'S FamiLy.
RESEPI KEK PUDING KARAMEL (loyang 18cm)
Source: Kak.Yani my.resepi.com

Bahan-bahan
Karamel
-60g gula- penulis kurangkan 2sb je
-2 sudu besar air (penulis guna 1 sb)
Puding
-2 biji telur
-400ml susu cair@segar
-35g gula
-sedikit esen vanila
Kek span
-70g tepung gandum
-60g gula halus
-2 biji telur
-20g mentega- dicairkan
-20ml air - ditambah oleh penulis

Cara-cara
-Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.

-Sediakan karamel:
-Panaskan gula sehingga jadi warna perang.
-Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding:
-Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
-Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
-Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
-Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
-Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
-Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
-Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
-Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
-Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
-Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Monday, August 15, 2011

Kek Pisang marble coklat

Saya ambil resepi ni kat sini...Copy & paste je. Terima kasih Hana. Perlu minta kebenaran utk gambar, so saya tak copy le gambar. Kalo nak tgk gambarnyer yg menawan gi kat sini.

Bahan-bahan :

-150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
-180g tpg gandum- penulis campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
-180g gula halus - penulis kurangkan 150g je
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih penulis tambah
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes

Cara-cara:

-Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.

-Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak ikut suka.

-Bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Cheese Cake

KHUTUBKHANAH (Resepi yang belum lg dicuba)


Pertama2nya nak ucapkan terimakasih kepada pemilik resepi ni. Ia merupakan seorang kawan masa saya mula kerja ngan Kem. Kesihatan Msia (hospital). Kebetulan waktu tu saya baru masuk kerja ie 15.11.1999 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan kawan saya ni pula baru bertukar kerja dari Hospital Besar Pulau Pinang ke hospital ini. Jadi kiranya kami dah kenal dah lebih 10 tahun le...Cuma saya tak lama kat Hospital Seberang jaya tu..iaitu saya pindah ke Sandakan sekitar awal tahun 2003. Cukup ler utk kami saling mengenali.

Cerita pasai kawan saya ni iaitu Kak Yati namanya. Kak Yati ni suka upload gambar masakan dia kat FB. Saya yang selalu terliur....Apatah lagi kalau nasi ulam, ikan kering & apa2 masakan kampung yg spesel mmg menggoda betul. Lagi satu yg sering menggoda saya adalah ciskek dia. Selalu sgt dia buat & selalu sgt kengkawan order dari dia. Bila selalu org order tu memberikan gambaran kepada saya yang kek ni mmg sedap. Kalo saya kat Penang mmg saya tak nak cuba buat atau fikir2 nak buat pun....Order jerrr...Tapi jauh2 ni kenalah minta resepi. Satu kali tu saya terperasan yg Kak Yati letak resepi dlm FB....Terus je saya minta kebenaran nak copy....TQ Kak Yati....Ni yang bertambah sayang ni.....Hehehe...Inilah yang menurut Kak Yati "CISKEK PALING SENANG DALAM DUNIA". Tak cuba rugi....Mesti cuba gak nanti...

BAHAN2NYA:

Bahan A
-Sebungkus biskut oreo saiz biasa
-butter... dicairkan secukupnya untuk buat doh dengan biskut

Bahan B
-untuk resepi yang ni Kak Yati guna 750gm cream cis philly
-4 biji telur (tak tau size apa tapi kak yati guna telur omega)
-satu sudu teh vanilla esen
-sebiji lemon, ambik jus, guna semua.
-gula castor secukup rasa (sebab Kak Yati tak pernah timbang. main tuang saja. Cuba dulu dengan 150gm).

Cara-caranya:

-Kisar biskut oreo sampai halus.
-+ dengan butter cair sampai boleh buat doh.
- Tekan dalam acuan. (Kyati lapik acuan dengan aluminium foil sebab senang nak keluar nanti).
-Tekan sampai padat dan masuk dalam fridge sekurang-kurangnya 10 minit.

-Cis tadi pukul dengan mixer dalam 5 minit macam tu. (Kak yati guna kelajuan tinggi).
-Lepas tu baru Kak yati masukkan gula castor.
-Pukul tak lebih dari 15 minit.
-Angkat keluar dari mixer. (Lepas ni tak guna mixer dah). (Kak yati guna senduk kayu saja).
-Telur tadi, pecahkan dan pukul sikit bagi dia bercampur saja.
-Kemudian masukkan dalam adunan cis tadi sikit demi sikit.
-Masuk sikit gaul dulu, masuk sikit gaul lagi sampai habis telur tadi.
-Dah sebati, masukkan esen vanilla dan jus lemon tadi.
-Gaul lagi sampai sebati.
-Tuang atas adunan base tadi dan boleh terus bakar dengan suhu 140 darjah selama 1 jam dengan Teknik steam bake (Bain Marie).
Oven boleh dipanaskan dulu semasa membuat persediaan.
Selamat Mencuba Utk Diri Sendiri......
Related Posts with Thumbnails