Thursday, December 9, 2010

Antara selera & kesejukan...

3 Muharram 1432 (9 Disember 2010)

11:00 a.m.

Skrg ni snow turun dengan lebatnya.....Seperti semalam juga....Dah dua hari berturut2 snow turun dengan lebatnya di Hannover ni.....Hari ni teringin nak makan chicken ball masak sup + sayur2an....Sedang dok menyincang ayam sambil didihkan air kat periuk. Makan dengan ayam masak kicap yg dibuat pedas sikit.....Emmm rasa berselera....Sejuk2 ni tu yang seronoknya....Masak apa pun sedap....Yang tak seronoknya pula, makan tak reti sikit......Menggemukkan badan yang sudah berada di hujung carta normal BMI......


Tuhan Maha Kuasa......Turun snow lebih sikit & berkecamuk sistem pengangkutan kat Germany ni....Train ke, flight ke, jalanraya utk kereta & bas ke.....Semua berkecamuk.....Tergendala sini, batal sana....Beratus2 orang terkandas & tidur di merata (terutama airport)....Ini antara beritanya. Camtulah....baru sikit je.....Kita dah camtu.......Hari kiamat nanti???? Berusahalah seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi.....Beribadahlah seolah2 kita akan mati esok....

2 jam kemudian.....

14:00 p.m.

Siap dah masak utk tengahari ni...Pergi ambil Muhammad & Nabila di sekolah......Huuuhh sejuk.....Snow masih turun dgn lebat tetapi sangat indah kerana matahari juga bersinar terang....Teringat setahun yang lalu iaitu pada 1 Muharram 1431.....Mentari yang bersinar terang di salju yang memutih bersih.....Yang membawa nama kepada blog ini "Mentari D"Salju".

Ni gambar semasa menggelintir ayam + tepung jagung + tepung ubi...

Dah siap rebus......Cili padi sebagai penyeri semata2...


Sup chicken ball (+ sawi, kentang, kacang buncis & brokoli)....Ayam masak kicap & ayam goreng garing....Muhammad teruja & berkata "Lama dah kita tak makan fish ball kan?"...Dia tak perasan pun yg ibu dia buat chicken ball (ikan mahallah).....Semua makan dengan berselera.....Rezeki sewaktu sejuk (bila sejuk semua sedap) ......Alhamdulillah


Salji yang memutih melitupi pokok2 yang togel (tak berdaun)

Nabila & Muhammad mengutip salji bersama rakan sekolah (Mariama) semasa pulang dari sekolah...


Related Posts with Thumbnails