Showing posts with label Persekolahan Anak-anak.... Show all posts
Showing posts with label Persekolahan Anak-anak.... Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Biarlah Penat.....

Hari ni, jam 4.30 petang/malam membawa Muhammad & Asila ke Klinik Pakar Gigi utk oral hygiene check-up.....Alhamdulillah, sekejap & semua OK. Asila dah tiada temujanji lagi ttp Mmad pertengahan April ni temujanji terakhir insyaallah. Balik rumah, selepas sediakan makan malam, terus minta tolong Pak Chik Google translate Sijil Pencapaian Pertengahan Tahun Kak Long & Cik Nyah. Mmad belum ada lagi. Tahun 1 nampaknya hanya hujung tahun baru dinilai. Emmm byk nyer kena translate....Lenguh tangan menaip.....

Alhamdulillah, secara keseluruhannya tiada masalah. Kebanyakan pencapaian memuaskan. Cuma ada teguran dari segi tumpuan di kelas & kerja rumah. Laporan setiap pelajar dibuat terperinci & berbeza2 bagi setiap pelajar walaupun mengikut format. Penerangan & perbincangan kemajuan & pencapaian dibuat dengan panjang lebar. Ketidakhadiran & mendapat kebenaran atau tidak direkodkan. Begitu juga penyertaan dalam sukan & aktiviti persatuan. Semua dirangkum sekali. Ada lagi satu yang mengejutkan, jika pencapaian tidak memuaskan akan turun semula kelas. Ingatkan hanya hujung tahun je tak naik kelas (jika pencapaian tidak memuaskan) penilaian pertengahan tahun juga begitu.

Apa yang kami boleh lakukan adalah menyertai seboleh mungkin apa aktiviti yang dianjurkan. Bukanlah rajin pun, sekadar menghadirkan diri, senyum, ketawa, berbual sepatah dua.......Supaya anak selesa, kami selesa & menunjukkan kami hormat & menghargai aktiviti guru2....Walaupun setiap kali nak pergi berasa berat utk melangkah & bertolak2 dengan abg siapa yang akan pergi.....Maklumlah...Kalau berbahasa Inggeris tak pa ler juga....Tolonglah.... ''Es tut mir leid, ich kann nicht sprechen Deustch''.

Terimakasih kepada Frau Zimmermann, yg menyuruh Mmad menunjukkan apa pencapaiannya bila melihat saya cuma melihat2 & senyum2 ketika orang lain berbual & bermain.....Ini merupakan ''Hari Bermain''. Bawa permainan & makanan ke sekolah. Main2, sembang2, makan2. Saya cuma bersembang sikit2 je.....Asyik2 ja.. ja....nein....nein.....Macam ''Yes, No, Alright'' je lah...

Muhammad bermain bersama kawan2....Dari kiri Lara, Elayda dll...

Semasa persembahan nyanyian.....Memulakan majlis.....Mmad paling ''comel''


Apabila anak ramai ni, biasalah. Masing2 punya kekuatan & kelemahan tersendiri. Usaha tetap akan dilakukan utk penambahbaikan. Walau bagaimanapun, tetap bersyukur kerana semua boleh meneruskan pelajaran di kelas masing2 dengan baik. Biarlah penat......Moga mereka menjadi anak yang solleh & sollehah...Cerdas, cergas & berperibadi mulia.....Jujur, Ikhlas, Hormat Menghormati, Rajin Membantu.....Berguna utk agama & masyarakat....


Hari ni nak tidur awal.......Nak belayar jam 10.00 malam......Esok nak bangun awal.....Tchussssss...

Monday, August 9, 2010

Afif - Hari Pertama ke Sekolah...

Jam 7.45 pagi, kami ( saya, Husna, Huda, Afif & Asila) berjalan bersama2 ke sekolah. Dah lama dah tak hantar Kak Long & Cik Nyah ke sekolah kerana mereka dah boleh berjalan sendiri ke sekolah. Tapi sekarang Afif dah masuk darjah 1 dan baru 6 tahun rasa tak sanggup nak biarkan mereka berjalan bertiga je ke sekolah. So, menjadi rutin le kami akan pergi ke sekolah dan balik dari sekolah beramai-ramai.


Hari ini hari pertama Muhammad Afif ke sekolah. Semangat dan seronok je dia...Dah lama dah dia tunggu2 saat ni...ALHAMDULILLAH senang hati ibu & ayah....

Sampai je ke kelas...Huda temankan sekejap dan pesan ngan Huda utk tgk2 kan Afif semasa waktu rehat...Risau kut dia tak da kawan lagi...Maklum le dia pun bukannya boleh cakap Deutsch dengan baik lagi....Kebetulan pula kelas Huda hampir ngan kelas Afif...Senang gak hati...

Rakan sekelas ada dalam 20 org je...Tak le ramai sangat...Semasa jam 8.00 pagi tadi ibu-bapa semua balik dan cikgu dah tutup pintu dah...Senyum je cikgu tu tutup pintu....Ada 2 org guru bertugas dalam kelas Afif hari ini...Seorang guru kelas ( Frau Zimmermann ) dan seorang lagi tak sempat nak berkenalan mungkin cikgu Betreuung kut..


Ini le kali pertama mudah je hantar di hari pertama persekolahan...Afif boleh terus masuk ke kelas yang tetap dah, ada tempat duduk khas (ada label nama Afif kat meja ) dan button nametag....Senang hati ibu nak balik ke rumah...Hari ni dalam sejarah le...Hantar hari pertama ke sekolah...Keluar dari rumah jam 7.45 pagi dan sampai balik kat rumah jam 8.10 minit....Kejap je...

Nametag Afif...Kelas dia Kelas Katak....Comel je....Keempat-empat kelas nama binatang...

Terlebih 'f' lak tanda nama Afif kat meja....Jadi tak payah susah2 nak pilih tempat dah...

Selamat ke sekolah Afif......Belajar baik2, ikut cakap cikgu, hormat cikgu, berkawan dengan baik....Jangan nakal2....MOGA GEMBIRA MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN.....


Ayah tolong sikatkan rambut....Afif hari pertama ke sekolah...Ayah pula
hari ni paper terakhir utk Final Exam semester ni...Good Luck dua2..



Pelukan memberi semangat dari Kak Long...Semasa ni baru nak keluar rumah....



Apa la yang Afif tengok tu ya....

Hari pertama dah sibuk dah....Nasib baik le tak susun meja kat kelas macam Pak Teh...Kalau tak KEEELAAASSS leee...Walaupun mula2 tu dia ajak Asila main mainan belakang kelas...Tapi sempat larang dia supaya duduk kat meja...


Serius selalu....



Selamat menempuh alam persekolahan
dari
Ayah, Ibu, Kak Long, Cik Nyah dan Adik Asila....



Nukilan,

Hasmah Haris,
9.30 pagi,
9.8.2010

Saturday, August 7, 2010

Pendaftaran Tahun 1 di Hannover, Germany...

Pendaftaran Klasse 1 di Grundschule Auf Dem Loh....Hannover, Germany...


Sabtu 7 Ogos 2010

Sekitar jam 9.45 pagi kami sekeluarga mula keluar rumah untuk ke sekolah...Afif penuh semangat...Anak muda di rantauan....Berhijrah ke dunia baru....Alam baru....Anak ibu dah besar...Jiwa mesti besar walaupun saiz....


Kat rumah...Tali pinggang lak buat leceh...Terjulur...


Bergambar bersama2 sewaktu nak keluar rumah...


Langkah penuh semangat.... Dalam perjalanan ke sekolah...




Dalam perjalanan ke sekolah bersama2....Jam 9.50 pagi...

Punyalah ramai....Tuk, nek, tuk anjang, pah long, adik-beradik..Semua ada...
Ni baru pendaftaran utk 2 kelas.....
Semua ada 4 kelas....2 kelas lagi lewat sejam dari ni...
Patut le diasingkan, kalau tak tak muat DEWAN...

Ni memang anak muda di rantauan....Jangan kesian...Hidup mesti berani...
Lagi pun perempuan je kan...Tak kan nak duduk dekat lak...


Bukan kecik tapi 'comel'....


Mula je melangkah ke dewan....Suasana memang meriah tapi tak le pula bising....Semua pelajar tahun 1 duduk di dua baris yang di hadapan....Nama kelas telah dilabelkan di kerusi...Hanya 2 kelas je pun...Penentuan kelas di buat oleh pihak sekolah sebelum cuti akhir sesi....Tiada sebarang peperiksaan atau seumpamanya dibuat....Nama kelas beserta tag nama telah diposkan ke rumah sebulan sebelum hari pendaftaran...Yang menghantar (ibupaba dan keluarga) semua kat belakang....Selepas beberapa persembahan dari pelajar2 senior, pelajar baru dibawa ke kelas dengan diiringi guru kelas masing2...Ibu bapa tak dibenarkan ikut dah...


Persembahan dari pelajar memakan masa lebih kurang 1 jam iaitu dari jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi....Selepas tu dari jam 11.00 pagi pelajar tahun 1 mula masuk ke kelas hingga jam 12.00 tengahari...Bermakna selama 1 jam cikgu kelas cuba mengenalkan murid2 dengan dunia barunya....Jadi pada hari Isnin nanti, semua telah biasa dan tahu nak pergi ke kelas mana...

Selepas 1 jam di dalam kelas....Kami tanya kat Afif, 'Cikgu cakap apa, Afif'....Dia jawab, 'Hari Isnin ni mula ke sekolah' dan 'Bunga matahari ni bagi kat ibu'. Itu je....'Lain2 tu tak tahu lagi lah...' Tak pa..Tak pa...Itulah cerita anak rantau....Hari Pertama...

Antara persembahan yang diadakan....



Kesemuanya ada 6 kut persembahan dari murid2 senior...Macam2 & menarik..


Ni..semasa berbaris ke kelas....Ibu-bapa tak bo ikut dah...
Yang pegang bunga matahari tu cikgu kelas Afif...

Dalam kelas....Bersama schultüte dan bunga matahari yang diberi oleh cikgu...


Kad yang dipos kepada cikgu telah ditampal di belakang kelas...
Kad yang Afif buat warna hijau...

Ni kat dalam kad....Afif tulis dan lukis....OK le dpt 5 bintang dari ibu...


Cikgu suruh Afif beri bunga kat ibu...Tapi Asila yg nak...Ibu tak dapat le...


Ilmu pertama kat sekolah....Cikgu nyer Kak Long Azzatul Husna..
Merenung puncak....Jangan Afif ....Jangan....



Bunga matahari yang menyerikan rumah kami hari ni...Seindah Mentari....Setinggi Harapan...


Selamat Menempuh Alam Persekolah Pada 9 Ogos 2010 (Isnin)

untuk

ANAK MUDA IBU




Nukilan,


Hasmah Haris,
11.30 malam,
7 Ogos 2010....

Wednesday, June 23, 2010

Cuti Sekolah.....

23 Jun 2010 (Rabu)...



Esok bermulanya cuti pesekolahan di sini....Cuti akhir tahun bagi sessi tahun 2009/2010...Panjang juga cuti ni iaitu hingga 6 Ogos 2010 dari 24 Jun 2010...Oleh itu bermakna lebih sebulan cuti....Insyaallah sessi depan (Sessi 2010/2011) ada 3 orang yang akan bersekolah iaitu tambah lagi Muhammad Afif yang akan masuk Klasse 1. Muhammad yang dah berumur 6 tahun akan mula belajar di tahun 1 pada bulan Ogos ni nanti.....Kali pertama melangkah ke sekolah.....Moga Muhammad selesa dan gembira belajar di sini.....

Grundschule Auf Dem Loh....(Pintu hadapan)

Grundschule Auf Dem Loh......(Pandangan hadapan)


Bila cuti panjang.....Ada empat2 orang kat rumah....Aktiviti perlu diperbanyakkan dan banyak sukatan pelajaran di Malaysia yang perlu diselesaikan...Ini terutamanya untuk Kak Long & Nabilah...Cabaran terus bermula....Oleh kerana esok bermula dari hari ini...Oleh itu jadual & rancangan mesti dibuat & selesai hari ini bagi program selama 1 bulan lebih ini....Ada sasaran yang perlu dicapai....Moga2 kami mampu lakukannya dengan bantuan buku2 aktiviti dari Malaysia dan program2 online di internet (Tutor & Score A).......Amin....



Moga Allah membantu meningkatkan kesabaran ibu semasa mengajar budak2 ni......Hemmmmm...Bukan senang tu....Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.....Amin...






Secebis coretan dari,
Hasmah Harris...
11.30 pagi 230610

Thursday, June 3, 2010

Sommerferienbetreuung 2010 di Jugendferienwerk, Hannover..

sambungan summer camp...

Jam 11.15 pagi train yang Kak Long naiki sepatutnya sampai di Norstadt Bhf (insyaallah memang akan sampai tepat pada waktu...train kat German ni memang biasa tepat)....Cadang nak ambil dari situ...Tapi kelamkabut ngan budak2 11.25 pagi baru keluar rumah....Rasa mesti tak sempat dah...So tunggu je kat jalan depan rumah ....Budak2 ni akan melalui jalan di depan rumah utk ke sekolah dari Bhf Norstadt.





Belum pun sampai satu minit menunggu.....Nampak ramai budak2 berbaris berjalan.....Dari jauh kami (Aku, Firas, Mmad & Asila) dah nampak Kak Long.....Alhamdullillah selamat sampai...Kami pun berjalan bersama2 ke sekolah.....5 minit berjalan kaki je..Dekat je sekolah..


Dari jauh lagi dah nampak baju merah Kak Long...Laluan jalan kaki dari Bhf Norstadt yang melalui rumah utk ke sekolah....Tapi kami terus ke sekolah kerana berhimpun dulu di sekolah sebelum balik ke rumah..

Dari jauh lagi Kak Long dah tersenyum melihat kami...

Sampai je di sekolah, Kak Long dan Firas minta utk bermain sebentar di playground sekolah....Sabar je lah....Tapi aku memang tak kisah sgt pun sebab dah siap masak sebelum turun rumah tadi...Bukan apa risau Kak Long lapar (maklum le asyik makan roti je...). Layan je lah kehendak diaorg sekejap...

Kami bermain dulu di playground di sekolah sebelum balik ke rumah....Masih awal lagi iaitu jam 11.45 pagi..


Bergambar di foyer sekolah....Selepas mengambil beg dari van...Bersama Kak Long, Mmad & Asila (Firas yang ambil gambar kami). Waktu ni dah selesai bermain dan nak balik ke rumah dah...


Dalam perjalanan balik, ada lagi satu permintaan.....Nak main kat playground rumah...Aku pun terus bertanya kat Kak Long...."Tak lapar ke Kak Long"...Dia kata OK je...Dia makan spagetti kosong & roti ngan Nutella. Tersedik dalam hati "Alhamdullillah pandai juga dia bawa diri di suasana sukar....Dah besar dah dia" Aku pun beri kebenaran mereka bermain sekejap...Lagi pun sikit lagi kena ambil Nabila di sekolah....Jadi boleh le terus je ambil...Kalo dah masuk ke rumah leka pula nanti...


Mmad, Firas & Kak Long....Baru sampai di taman hadapan rumah selepas kembali dari sekolah...


Beg tersadai je kat bangku taman....Belum balik ke rumah lagi dah nak sambung main...


Kak Long, Firas & Mmad....Tak tahu penat...Main 10X


Asila....Alhamdullillah 1 hari je dia demam....Hari ni sihat dah....Kembali aktif...


Panjat Mmad jangan tak panjat....


Selepas 40 minit bermain, jam 12.4o kami pun naik ke rumah...Cadang nak letak beg dan ambil Nabilah di sekolah...Tup2 abang sampai dari Uni..Cepat lak abang habis kelas...Abang offer utk ambil Nabilah...Tapi Kak Long yang beria2 nak jemput Nabila....Beri je lah peluang mungkin dia nak jumpa Nabila cepat...Kami biarkan sahaja...




Syukur kepada tuhan...Kak Long selamat kembali ke rumah...Macam2 makanan yang tak halal dihidang di sana....Biasa le tempat orang....Budaya orang....Alhamdullillah Kak Long berjaya menempuh cabaran dengan berjaya...Nampaknya dia memang mengikut pesan kami dan banyak berfikir sebelum makan sesuatu....Kebetulan ada seorang kawannya Muslim yang juga berhati2 dengan makanan (kat sini bukan semua Muslim berhati2 memilih makanan) jadi agak mudah utk dia memilih makanan....Ada waktu yang dia lebih berhati di mana dia ambil keputusan sendiri utk tidak makan wpun kawan Muslimnya makan (eg sausage) kerana katanya dia tak pasti HALAL ke tidak. Yalah kawannya tu mungkin dah faham dgn melihat bungkusan tapi Kak Long belum biasa lagi. Syukur dia sudah faham....Makan roti & nutella (choc), spagetti kosong dan bekalan makanan dari rumah (eg. chocolate, waffer, biskut). Sebenarnya ini le dua perkara yang membuatkan kami berat hati melepaskan dia pergi....MAKANAN & SOLAT...



ALHAMDULILLAH...Telah selesai satu cabaran dan alhamdullillah Kak Long selamat..

Rumah sewa kami....Pandangan dari jalan utama.....

Monday, May 31, 2010

Sommerferienbetreuung 2010 di Jugendferienwerk, Hannover..


SUMMER CAMP (31 Mei hingga 2 Jun 2010)


31 Mei 2010 - Isnin


Hari ni awal pagi lagi Kak Long bersemangat bersiap2 nak pergi ke Summer Camp di Jugenferienwerk Hannover...Tak jauh dari rumah. Lebih kurang 20 minit naik train...Jam 8.00 pagi berkumpul di sekolah. Kemudian beramai-ramai berjalan ke Norstadt Bahnhoft. Abang menghantar Kak Long ke sekolah. Aku masih di rumah meneman Asila & Afif yang belum bangun tidur.


Sekitar jam 8.20 minit, dari rumah kami mendengar bunyi derap tapak kaki yang kuat ( lebih kurang 40 org yang berjalan) di jalan di bawah apt. kami. Asila bergegas ke tingkap....Dia begitu berharap nampak Kak Long....Ada gerak hati juga Asila ni...Kami nampak Kak Long berjalan beramai2 menuju ke Norstadt Bahnhof tetapi ia tidak menoleh ke atas (mungkin leka berbual dgn rakan2) walaupun Asila menjerit dari tingkap....Asila nampak kecewa...Kebetulan di waktu yang sama abang pun sampai di rumah. Abang memberitahu train Kak Long adalah jam 8.44 pagi. So aku terus menyuruh Asila bersiap & aku sendiri pun kelamkabut memakai tudung ngan jacket nak pergi ke Norstadt Bahnhof (lebih kurang 5 minit je jalan kaki dari rumah).

Alhamdullillah kami sempat sampai di situ. Ada le lebih kurang 15 minit kami di Bahnhof bersama2 Kak Long dan kawan2 menunggu train. Asila gembira sangat. Tak perasan aku yang Asila sempat membawa air sabun utk belon di dalam botol utk diberikan kepada Kak Long. Cute je....Jumpa je Kak Long dia terus beri....Kak Long pun seronok je...Padahal kat rumah punya le jaga belon dia....Kedekut habis..Tapi bila tahu Kak Long nak jalan lama sikit....Terus murah hati...Camtu le bebudak pun pandai berkasih sayang dan menghargai...Syukur ada nilai2 begini....


Selamat Jalan Kak Long

Jaga Keselamatan Diri

Selamat Bergembira & Bermain

dan yang paling penting

SELAMAT KEMBALI...


Ini merupakan kali kedua Kak Long tidur di luar rumah semenjak di German..Yang pertama ketiga reading night di sekolah. OK le aku tak risau sangat sebab dia ni memang berani dan kurang bermasalah utk berpisah sekejap2 ni...Dah besar dah pun...10 tahun. Cuma kesian bab makan & risau bab sembahyang. Tapi nampak nyer macam susah sgt nak mengelak diri dari mengikuti terpaksa gak kami melepaskannya...Kita ni di tempat orang kenalah juga menghormati aktiviti diaorg utk menyelesakan kita berurusan dengan mereka....Lama gak lagi kami di sekolah ni...Setahun lebih lagi...Kena lah ikut apa yang boleh...


Ini le secebis bingkisan perjalanan pergi Kak Long hari ni....

Ketika berhimpun di sekolah....Sekitar jam 8.00 pagi...Masih sejuk...
Hujan renyai2..


Beg besar dihantar menggunakan van..So budak2 hanya bawa beg galas kecil makanan je...

Kak Long dan Asila....Asila baru bangun dari tidur...Mata pun bengkak lagi....



Kak Long ngan kawan2 baiknya....Seronok je semua....


Kak Long bersama Bezza..

Train dah sampai....Sempat lagi ambil gambar...



Train S4 ke Bennemuhlen Bahnhof....Dari sini akan menaiki bas ke Jugendferienwerk...



Kak Long dalam train dah....


Keretapi dah berlepas pergi....Selamat Jalan Kak Long....



Makin jauh...



Semakin jauh....kecik je nampak keretapi...

Hampir tak nampak dah keretapi...Sayup2 je...
Aku ngan Asila pun bergerak balik ke rumah...

Cukup dulu untuk kali ini....Sambung balik 2 Jun nanti......

Related Posts with Thumbnails