Hari ni, selepas solat zuhur tadi,tetiba je berasa sejuk. Sedari pagi tadi, hanya memakai T-shirt tangan pendek je di rumah. Saya mula mencari2 baju panas di dalam almari. Selepas mengenakan baju panas, terasa belum cukup selesa lagi. Setelah memberi tugasan kepada 3 beradik supaya agak terkawal suasana, saya pun menarik selimut di katil. Muhammad yang sedang mmenulis nombor sehingga angka 500 meletak buku di atas kaki saya (menjadikan meja). Setelah seminggu membuat tugasan ni, kini ia di nombor 370 dah. OK lah tu, sehari dalam 10 minit je dia buat kerja ni. Saja je bg dia kenal nombor. Asyik2 keliru je...
Semasa Abang, Kak Long & Muhammad keluar utk membeli keperluan rumah, saya masih di katil. Melayan kesejukan. Berehat2 je sambil melayan fikiran.....Tiba2 je Nabilah memanggil,"Ibu, ibu, salji turunlah...". Saya bingksas bangun & memerhati di jendela.....Wau...salji dah memutih di taman.....
"Tak der kerja"
Rupanya panas tak sampai ke petang, salji turun di lewat tengahari....Bermakna tak dapatlah nak bermain dengan itik di Herrenhausen esok spt dirancang ngan anakanda2. Dah beli dah sebuku roti sandwich jumbo size kelmarin. Cadang nak makan ngan itik di tasik. Sudah bukan rezekinya....Kalau salji turun sudah pasti tiada itik yang berenang2 di tasik esok. Tukar appointmentlah ya itik.....Tchussss...Nak pergi makan bubur kacang & roti....