Wednesday, June 30, 2010

Antara Lalang dan Löwenzahn


Lalang & wenzahn

ANTARA LALANG DAN LÖWENZAHN


LÖWENZAHN
Entah macam mana...Ronda-ronda kat design blog kelmarin terbertembung pula dengan template warna biru hijau ni...Sebenarnya memang hajat hati nak mencari warna yang ada kaitan dengan biru kerana biar serasi dengan perhiasan dalaman....Tup-tup template yang ada pula gambar bunga dandelion ni (german - löwenzahn). Ehh macam tau2 je yang saya memang suka bunga ni pun...


Dari mula bunga ni mengeluarkan warna kuning terangnya hinggalah berdebu & berterbangan ni...Husna, Huda, Afif & Asila memang pantang jumpa je...Mesti cari, kutip dan tiup...
Cikgu kat sekolah Husna pun pernah cabutkan pokok ni dan beri Husna suruh tanam kat rumah...Kat kelas di sekolah, cikgu Husna ada menceritakan pokok ni iaitu mengenai bagaimana ia mendapat nama dan kitar/peringkat hidup pokok ini. Itulah yang budak2 ni bertambah suka mengenai pokok ni...Balik sekolah bawa ke rumah dan saya tanam kat balkoni rumah...Dari pokok berdaun...sampai berbunga dan sampai le matang dan ditiup angin....Dari 4 pokok yang ditanam semasa awal spring dan hingga hari ni tinggal satu pokok je yang masih tinggal kat balkoni rumah.. Yang lain mati kepanasan dah semasa summer ni..

Dandelion atau löwenzahn ini mempunyai dua spesis iaitu Taraxacum officinale dan Taraxacum erythrospermum yang dianggap sebagai rumpai di merata dunia. Kedua-dua spesis ini boleh dimakan secara keseluruhannya iaitu dari bunga, daun sampai le ke akarnya. Nama dandelion berasal dari bahasa French (dent-de-lion ; iaitu bermaksud gigi singa). Mengikut bahasa Deucth juga memberi maksud yang sama iaitu löwen adalah singa dan zahn adalah gigi. Sama je lah...Gigi singa..

Löwenzahn mempunyai banyak kelopak bunga kecil yang berkumpul bersama-sama. Selepas dia berkembang dan matang setiap kelopak bunga kecil akan menghasilkan biji benih yang dipanggil floret.

Biji-biji benih/florets ini nanti akan dibawa oleh angin dan akan berterbangan di udara seperti parachutes.

Löwenzahn adalah pokok bunga yang penting kepada lebah. Dengan bermulanya musim bunga ini berkembang menandakan yang musim lebah mengumpul madu telah bermula. Ia juga merupakan sumber nectar dan pollen.

Walaupun kebanyakan atau secara keseluruhannya memang menganggap löwenzahn adalah rumpai yang memberi masalah, tetapi Pakar Herba menganggap ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin A, B, B komplek, C dan D serta juga mineral seperti iron, potassium dan zinc. Daunnya selalu digunakan sebagai penambah perisa kepada salads, sandwiches dan teas.

Sejak 900 A.D (Ar Razi) dan 100 A.D. (Ibnu Sina) telah menggunakan Löwenzahn dalam perubatan iaitu dalam mengubati masalah hati. Dalam perubatan tradisonal akar dan daun löwenzahn telah digunakan sebagai bahan dalam pengubatan penyakit berkaitan buah pinggang, pembengkakan , penyakit hati, perut yang tidak selesa, demam, bisul, masalah mata, diabetes dan diarrhea.

Sekarang akarnya digunakan sebagai penambah selera makan, membantu dalam penghadaman dan mengubat masalah pundi kencing.


Bunga & benih...gambar dari wikipedia...http://en.wikipedia.org/wiki/Taraxacum

GAMBAR2 BUNGA DAN DAUN WENZAHN :


Gambar ni diambil di luar bangunan berhampiran dengan rumah...


Beberapa kelompok pokok dandelion...
Gambar diambil semasa awal bulan Mei..
Ini merupakan kumpulan pertama yang berbunga semasa awal spring..



Seperdu pokok dandelion yang lebat...

Penuh dengan bunga yang mula hendak matang..

Diantara bunga dan benih..


Ini le daun löwenzahn...Macam gigi singa ke?

Lagi daun löwenzahn.....


Bunga löwenzahn berwarna kuning yang baru berkembang...


Gambar dekat sikit...

Semasa nak ambil gambar ni Huda cepat2 letak jari
dia kat bunga dandelion yang dah cukup matang....
Tunggu ditiup angin je...
Kami tinggalkan bunga ini di sini tanpa meniupnya pada hari tu..


Di dalam semak di celah2 pokok2 lain...

Dekat sangat diambil sampai tidak berapa jelas....


Riang-ria dengan WENZAHN:


Sebati dan serasi dengan alam yang terbentang luas.....

Tenggelam bersama rerumput dan dandelion liar..

Lambang kemenangan dan kepuasan
selepas mengutip bunga dandelion di padang luas dan tebal..



Afif & Huda....Masing2 dengan dandelion di tangan....



Löwenzahn liar di tengah padang luas...
Semua gembira mencari dan meniupnya...
Menyambung kehidupan di generasi seterusnya....




Asila & Afif....
Debunga2 memutih di baju Afif....
Afif 'asma' tetapi alhamdulillah tak allergy dengan debunga ni...


Asila selepas meniup habis bunga2.....Kepuasan...


Asila kegembiraan menunjukkan löwenzahn
di tangannya selepas berlari ke dalam semak utk mengutipnya...



Huda....



Husna.....




Afif & Huda sedang meniup dandelion matang..


GAMBAR2 JARAK DEKAT ..Sumber (Photosearch.com):




Berterbangan di udara......
Setiap floret menuju destinasi masing2
dan akan tumbuh di tempat baharu...



Berterbangan....seperti parachute...



Berterbangan di udara....
Floret dari kepala löwenzahn





Floret yang jelas kelihatan...



SUMBER MAKANAN DAN KEGUNAAN DI BIDANG PERUBATAN:




Salad bunga-bunga...Sempena musim spring....
Daun löwenzahn sebagai pembuka selera



Löwenzahn yang mempunyai nilai tersendiri dalam bidang perubatan...




Ronda2 hari Ahad...Ayah, Asila, Huda & Husna..
Gambar sekadar hiasan...






LALANG



Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok ini adalah Imperata cylindrica.

Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.

Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu kerana hakisan tanah akan terhalang. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat menghanyutkan ia ketempat lain.

Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.


Lalang di udara....



Lalang ditiup angin...(Gambar dan maklumat sumber dari.. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalang )



Lalang ni seingat waktu persekolahan saya dulu iaitu di sekolah di kampung tidak pernah pula cikgu membawa bunga lalang mahupun daun lalang ke dalam bilik darjah...Sebut je semua murid-murid sudah jelas dan tahu macam mana rupa dan bentuk pokok terebut...Apa yang dibincangkan di dalam kelas adalah ia penyebaran bunga matangnya melalui angin yang bertiup. Oleh itu ia bersifat ringan dan berwarna tidak menarik iaitu tidak perlu menarik perhatian haiwan dan juga tidak berbau wangi...Itu jelah yang masih diingat hingga ke hari ini.

LALANG SEMASA ZAMAN PERSEKOLAHANKU

Semasa zaman kanak-kanak di kampung dahulu kami selalu bermain dengan daun lalang ini iaitu dengan menjadikannya kapal terbang yang akan meluncur laju apabila dibelah sedikit dan diletakkan di jari tangan. Dengan sedikit kaedah khas dan mudah ia akan meluncur dan kami akan bertanding kapal terbang siapa kah yang meluncur paling jauh. Ini permainan di kampung yang selalunya mengundang luka-luka kecil di jari kerana tepi daun lalang yang bersifat tajam. Tapi tak pernah kisah pun calar balar dan luka-luka kecil di jari...Ini lah anak kampung.


Sedari kecil juga saya telah sedar kepentinganya yang boleh mengelakkan hakisan dengan akarnya yang panjang dan berwarna putih. Di mana apabila ada lalang di tepi-tepi tebing di tepi landasan keretapi di belakang rumah saya saya dapati tanah di situ kukuh dan sukar runtuh...Itu cuma pemerhatian kanak2.


Dari segi perubatan saya pernah juga membantu mengambil akar pokok ini untuk kegunaan jiran dalam rawatan penyakit batu karang di pundi kencing. Ia akan direbus dan air rebusan ini akan diminum. Tetapi saya tidak pernah tahu dos sebenar dan berasa takut bila memikirkan yang baut karang itu akan terlarut dan keluar bersama kencing selepas diminum. Apa yang saya fikirkan adalah samada air rebusan lalang ini hanya melarutkan batu karang atau ada memberi kesan kepada organ lain. Sampai sekarang pun saya masih tak tahu dan tak mencari maklumat pun. Ambil mudah... Pergi je ke hospital dapatkan rawatan ubat-ubat di sana.



OK serba sedikit maklumat mengenai lalang dan löwenzahn
sebagai rujukan sendiri , anak-anak dan kepada yang berminat....
Kekadang sedikit mengambil tahu tentang alam di sekeliling menjadikan kita semakin menghargai dan mensyukuri kejadian alam ini.....


Wassalam...


Nukilan,


Zisma 12.42
300610

p/s Gambar-gambar adalah dari koleksi peribadi dan
fotosearch.com
http://www.fotosearch.com/photos-images/dandelion-clock.html
Related Posts with Thumbnails