6 JANUARI 2011
Salam......
Cuaca di Hannover masih seperti semalam.... tidak mencecah 0 darjah celcius kekadang 3 & kekadang 4 darjah celcius.....Dah mula pakai jacket spring je...Selesa.....Glove pun dah boleh simpan dalam almari.......Terasa sekejap sangat salji kali ni.....Pagi tadi semasa hujan turun renyai2 terasa berada di musim spring dah.....Tengoklah seminggu dua lagi.....Ke mana arahnya....Apa2 pun tetap gembira menerimanya.....Tahun lepas salji terlama & terlebat sejak 30 tahun di Germany......Tahun lepas salji pertama kami sekeluarga di sini & tahun ni insyaallah salji terakhir kami di German.....Sebelum autumn tahun ni insyaallah kami akan balik ke Msia for good. Rasa2nya tak datang dah kut ke Germany atau ke Europe ni.....Jadi tiada alasan lansung utk kami tidak menghargai & menikmatinya dengan syukur & gembira......
Asila..... "Bergembiralah wahai anak..."
Hajat di hati nak buat igloo sekali lagi......Tapi tak pasti lah hajat kesampaian atau tidak.......
Persekolahan telah bermula di Msia......Saya di sini juga telah memulakan pembelajaran seterusnya mengikut tahun anakanda2. Terima kasih Cik Ni & Abang Ma yang telah membawa buku2 sukatan Msia ke sini baru2 ini. Kak Long masih menghabiskan beberapa tajuk yang belum selesai. Nabilah & Muhammad telah mula belajar pelajaran baru. Nabilah telah mula belajar Tahun 4. Muhammad telah habis sukatan pelajaran Tahun 1 tahun lepas, tetapi dia tak mahu belajar Sukatan Tahun 2 kerana dia 7 tahun. Ikut sajalah, baru 2 hari dah masuk Unit 4 Matematik....Lepas ni bising tak da buku....Alasan utk bermain.....Inilah cabaran2 mengajar anak di luar negara......Tak cuba tak tahu.....Dah tempuh, tempuhlah dengan baik......Harapan moga semua anakanda2 dapat belajar dengan baik & bonda sabar mengajar (asyik jadi cikgu garang je).......Mak Anjang kata "Laju sangat Mah ajar tu" Ye ke?.........
Salam,
Hasmah Haris...