Gambar dari sini.
Akhir2 ni, suhu kembali sejuk. Selalu je di bawah 10 darjah celcius. Dah tiga empat hari camni. Tapi kami tetap bergerak seperti biasa. Pagi2 bawa Asila naik scooter kalau tak hujan. Petang akhir2 ni asyik bergilir2 ngan abang membawa Kak Long ke klinik gigi. Utk rawatan gigi Kak Long (pemasangan dental braces) perlu cabut 4 batang gigi yang masih kuat, kukuh & boleh dianggap baru tumbuh. 4 batang gigi ni memang tak da ruang dah di rahang.
4 batang gigi 4 termin (temujanji). 2 hari sebelum ni, sehari 1 gigi & abang yang teman kan Kak Long. Kebetulan semalam, saya pula yang temankan Kak Long. Kami telah berbincang utk cabut 2 batang gigi sekali pada termin kali ini. Bukan apa, termin yang berikutnya pada 9 Mei iaitu hari yang kami akan fly ke Stockholm, Sweden. Rasa risau jika Kak Long tak selesa masa perjalanan nanti. Jadi berkorban lebihlah pada kali ini.
Duduk bersama dalam bilik rawatan & menyaksikannya cukup menjerut hati & perasaan. Ujian darinya......Sedikit baru tu....Kesian kepada Kak Long & risau memberi kesan kepada mata. Bila melihat akar gigi yang panjang tu, tersentak juga hati. Mohon kepada tuhan moga Kak Long sembuh tanpa meninggalkan kesan sampingan. Amin....Susun atur gigi Kak Long sudah mencapai tahap kritikal & sudah tiada ruang utk gigi tumbuh. Saiz muka yang kecil dengan saiz gigi yang agak besar, rawatan seperti ini tidak dapat dielakkan lagi. Ini bukan lagi masuk dalam kategori rawatan kosmetik tetapi ia adalah rawatan fungsi. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya. Syukur juga kepadanya kerana memberi kekuatan kepada utk menempuhnya. Kak Long tidak pernah merungut atau tak mahu mengikuti rawatan. Jika dia berkerenah juga sudah pasti agak menyukarkan kami. Allah menguji sesuatu yang mampu kita tempuhi. Insyaallah. Bersangka baiklah selalu.