Jom menerjah awan....
Sesi persekolah bermula kembali. 2 minggu yang lalu adalah cuti persekolah di sini. Tetapi, kami ni ada perancangan lain pula. Kami bercadang untuk bercuti pula. Terpaksalah mohon utk tidak hadir ke sekolah selama 3 hari pula tu....Huuh...Memang rasa mencabar juga. Malu kepada diri sendiri. Terasa terlalu berat utk mengisi borang permohonan tersebut. Tetapi apakan daya dengan budget yang agak terhad, ini sahaja waktu yang tiket Ryan Air utk ke Stockholm murah. Terpaksalah....
Di sekolah Auf Dem Loh ni (mungkin juga utk Hannover ni) borang utk tidak hadir sekolah macam mengisi borang cuti kat jabatan kerajaan M'sia. . Ada 3 ruang iaitu yang atas atau pertama utk diisi sendiri & kedua guru kelas & yang ke tiga guru besar. Perlu dapat kelulusan Guru Besar & sokongan dari guru kelas. Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa supaya dipermudahkan.
Kami akan ke Sweden & seterusnya ke Findland dengan cruise pada 9 Mei hingga 12 Mei. Hari Rabu baru2 ni, kami menghantar surat kepada cikgu kelas anakanda ber3. Hari Khamis dpt pelepasan dari cikgu kelas Huda & Afif. Cikgu kelas Kak Long beritahu yg dia akan beri kerja rumah utk dibuat dalam train. Beri sajalah, asalkan dapat pelepasan. Harap2 hari ini, ie hari jumaat dapatlah surat pelepasan dari Kak Long. Di Germany ni, memang sgt mementingkan kehadiran ke sekolah. Silap haribulan boleh naik ke mahkamah atau didenda jika anak tak ke sekolah. Pencapaian anak2 di kelas juga jadi faktor utama utk memudahkan pelepasan ni. Jika setiap kali peperiksaan (2 subjek je ie Bahasa Deutsch & Matematik) jangan 1 pun salah. Maksudnya betul semua. Tapi kalau jarang 1 je salah, ie selalu byk salah susah ler sikit. Huda & Afif baru Klasse 1 & 2 mudah ler sikit ie baru buat addition & substraction mudah. Tapi utk Husna agak sukar sikit kerana byk penyelesaian masalah yg memerlukan kefahaman dalam Bahasa Deutsch. Agak mencabar jika kurang tumpuan dalam belajar. Itulah yang sedikit merunsingkan. Sekali lagi berharap agar Husna dapat pelepasan hari ini. Senang ler sikit hati nak berjalan.....
Seboleh mungkin tidak mahu melawan arus. Masih panjang lagi perjalanan kami di sini......Kalau dikira tahun mmg tak lama lagi ie tak sampai setahun, jika dikira bulan pun agak sekejap ie tak habis sepuluh jari, tapi kami mengira hari.....Jadi masih ratusan hari lagi.......Mengembeklah sementara masih di kandangnya......