Monday, March 14, 2011

Ahhh...Menakutkan....

Gambar diambil dari sini.


Sudah menjadi rutin, dalam 2 hari sekali saya memantau berat badan. Biasanya berat akan turun naik dalam 2 kilo. Jadi graf boleh dianggap mendatar dan tidaklah begitu membimbangkan. BMI masih normal walaupun berada di hujung2 normal. Tapi akhir2 ni graf mencanak naik.....Apa dah jadi? Apa akan jadi? Memang menakutkan.....Dengan ketinggian yang selalu membawa saya berbaris di hadapan sekali di mana2 keadaan yang memerlukan berbaris, memang perlu melakukan sesuatu.....Oooooo tidak....Bertindak segera.




Sebelum menjalankan rancangan yang teratur & agak sistematik mesti bergerak dulu. Perkara simple dulu. So, rancangan awal camni ;




1. Isnin : Puasa


2. Selasa : Jogging pagi 1 jam ; Petang berjalan 1 jam


3. Rabu : Jogging pagi 1 jam ; Petang berjalan 1 jam


4. Khamis : Puasa


5. Jumaat : Jogging pagi 1 jam


6. Sabtu : Berjalan & beriadhah 3 jam.


7. Ahad : Bebas....




Makan pula....Mulakan dengan makanan yang sihat.......Banyakkan sayur2an & buah2an dahulu. Kurangkan makan makanan bergoreng. Minum air yang mencukupi 6 ke 8 gelas sehari. Ini projek permulaan. Rancangan seterusnya selepas ni. Pemonitoran berat badan hanya 1 kali seminggu. OK bergerak......
Related Posts with Thumbnails