Kelmarin bangun je pagi, terus membaking.....Brownies karamel berkrim....Kemudian Biskut Nescaffe....Grill ayam, masak sup ayam & terakhir keluar ke kedai membeli whole chicken grill...Memenuhi permintaan anak2......Anak2 gembira, ibu lagi gembira....Ini permintaan Mmad sempena hari lahir dia....Dia kata nak ayam besar (whole chicken grill kat kedai Nordback) tetapi Abang tak suka ayam tu. Jadi saya pun kena buat ayam grill utk abang yang lain.....Senang je, perap ngan rempah BBQ, lemon & madu pastu grill......Jam 2.00 petang gak baru kami makan tengahari...Lewat sikit sebab ibu tidur lewat kelmarin jadi ada alasan utk bangun lewat sikit pagi.....Bangun lewat ni mmg rugi, semuanya aktiviti terganjak.......Tu lah sebabnya kata orang tua2 dulu, ''Bangun lewat, pendek rezeki''......
Inilah jamuan ringkas kami kat rumah sempena hari lahir Muhammad Afif...7 tahun....Di sini juga nak mengucapkan ''Selamat Hari Lahir'' kepada anak kawan IU iaitu Haziq Syafi yang juga menyambut hari lahir yang ke 7 di tarikh yang sama.........Haziq ni anak sulung IU & Muhammad Afif ni anak ke 3 saya......Moga kedua2nya menjadi anak yang solleh & berbakti kepada kedua ibubapa dan sentiasa berada dalam redha & rahmatNya......Amin...Sesungguhnya saya memanjatkan syukur kehadrat Illahi yang memberikan kesihatan, rezeki & nikmat yang tak terhitung...........Alhamdulillah.....
Muhammad Afif, 7 tahun dah....Mesti jaga solat tau.....