Wednesday, March 2, 2011

Makanan Sejuk atau Panas???


Sup Türkey... (Gambar sekadar hiasan)

Makanan sejuk atau panas????

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kebanyakkan kita suka makanan yg panas..betul tk? tapi mari sama2 kita lihat contoh yang Rasullullah saw berikan pada kita sbg contoh ikutan.

Diriwayatkan bahawa saidatina Asma r.h.a, puteri Syaidina Abu Bakar r.a., selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebih dahulu sehinggalah hilang kepanasannya.
Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasululullah saw bersabda: “Sesungguhnya cara itu lebih besar keberkatannya” (Riwayat ad-Darimi).

Selain dari itu sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a juga menekankan sedemikian: “Tidak aku menjamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu.” (Riwayat al-Baihaqi).

Itulah cara sunnah Nabi saw ketika baginda hendak makan. Baginda tidak pernah menjamah makanan ketika ia( masih) panas.

Tidak ramai diantara kita yg tahu bahawa menikmati makanan ketika suam atau disejukkan terlebih dahulu mengandungi penuh keberkatan dan diberkati disisi Allah swt.

Ini bukanlah beerti makanan yg panas tidak boleh dimakan tetapi bimbang boleh terjadi kecederaan seperti melecur lidah dll, selain itu memakan makanan yg masih panas meluap-luap itu kurang keberkataannya.

Cöp Sis Dürüm


Dengan sedikit catatan ini mampu membantu kita semua memilih makan yg mempunyai keberkatan disisi Allah swt .

Wallahu’alam

-Ustazah Azimah-

Sumber disalin dari Blog Ustazah Azimah. Terimakasih Ustazah.

Related Posts with Thumbnails