Sunday, February 13, 2011

Selamat Hari Lahir, Anak Muda Ibu...

Hari ni jam 2.45 pagi, 13.2.2011. Genap 7 tahun umur Muhammad Afif bin Abdul Aziz....Putera ibu nan satu....Sejak 2 minggu kebelakangan ni, dia memang asyik mengira hari....Berapa hari lagi utk menyambut hari lahirnya...Dia begitu gembira & akan memberitahu sesiapa je tetamu kat rumah ni atau kawan2 kat sekolah. Berkongsi kegembiraan agaknya.....Bagi saya sendiri, hari lahir ni, bukanlah sesuatu yg istimewa sgt....Walaupun tetap akan diingat tapi tiada sambutan istimewa akan dilakukan...Itu kebiasaan kami sedari kecil lagi. Tetapi apabila anak2 kian membesar & tinggal pula di Germany ni yg mesti akan menyambut hari lahir setiap murid di sekolah. Jadi kami bukan sahaja kena tempiasnya, malah sudah kena tirisnya juga. Jika tak melayan, terasa kesian....Kerana tu lah, saya berjaga hingga kini, membakar biskut utk dibawa kepada kawan2 kelasnya.


Cadangnya nak buat 2 jenis kuih.....Malam ni satu & esok satu. Hari Isnin nanti akan dibawa ke sekolah. Bukannya tak boleh je membeli pelbagai coklat atau biskut di sini, tetapi mengingatkan yang budak2 di sini memang suka biskut2 cara Msia terus datang semangat utk membuat sendiri. Jika sekali sekala anakanda membawa bekal ke sekolah, berebut2 & selalu pesan bawakan lagi. Seronok juga melayan budak2.......

Menu tengahari, Muhammad cuma minta ayam bakar seekor. Dia nak yang dijual kat kedai Bakery Nordback tak jauh dari rumah. Emmmm senang kerja ibu.


Muhammad bersama Cik Nyah semasa ke Herrenhausen Ahad lepas...
Muhammad agak rapat dgn Cik Nyah kerana menurutnya Cik Nyah ni cikgu dia & waktu belajar dia mesti nak duduk sebelah Cik Nyah...

Serius je.......


''Selamat Hari Lahir'' untuk anakanda yang ibu sayangi...Moga menjadi anak yang solleh, berguna kepada agama, bangsa & nusa. Sentiasa cergas & cerdas, rajin belajar, mengikut cakap ayah & ibu dan menjadi seorang yang terpuji & bermaruah seperti maksud namanya.......Muuaahhhh....Kami semua (ayah, ibu, Kak Long, Cik Nyah & Asila) sayang kat Muhammad.
Related Posts with Thumbnails