30 Januari 2011....
Sekolah di sini sekarang di hujung penggal pertama bagi Sessi 2010/2011. Sessi persekolahan bermula pada musim summer iaitu bulan September. Cuti pun tak panjang iaitu 2 hari je. Campur dengan Sabtu & Ahad dapatlah 4 hari. Oleh kerana Abg sibuk study, maka kami boleh dianggap bertapa kat rumah je.....Kesian kat budak2. Nak bawa ke zoo pun, sejuk sangat. Mmad & Nabila masih batuk2. Lastnyer ambil keputusan utk berjalan2 ke Herrenhausen Garten bersama Kak Long & Asila. Nabila & Mmad tinggal kat rumah bersama ayah. Kurang sedikit gamat kat rumah, dengan harapan boleh le ayah study. Berjalan perlahan2 sambil menikmati pemandangan hanya mengambil masa tak sampai 30 minit. OK lah....Menghirup kedinginan di luar......Segar juga......
Sampai saja di sana, kami terus ke tasik. Asila bising nak jumpa itik2.....Mana ada itik atau angsa......Semua dah berhijrah......Asila terus memukul2 ais yang membeku di tasik....Dia kata, ''Ibu, Asila pecahkan ni, utk bagi itik berenang''. Saya cuma tersenyum......
Lebih kurang sejam je kami di sini. Kesejukan mula menyengat......Asila mula bising.....So balik rumah je.......Petang ni meneruskan pertapaan.....