Apakah salju yang memutih ini juga akan dicemari?
Hari ni selepas keluar membawa anakanda2 membeli-belah berhampiran rumah, kelamkabut memasak utk tengahari. Semua dah lapar & abg pun akan balik utk makan tengahari sebelum keluar semula utk ke kelas. Petang ni, aktiviti bebas je....Anakanda sibuk bermain games di internet. Saya pula macam dah tak de kerja asyik bermain chess di komputer. Entah kenapa semacam satu kepuasan & keseronokan bertarung dgn komputer. Kalah pun tak malu, menang pun tak membanggakan. Lawan ngan makhluk tak berotak. Sebenarnya, saya tidak begitu bersungguh2 bermain. Bermain sambil fikiran menerawang memikirkan pelbagai perkara.
Apa yang difikirkan?
1. Mula2 fikiran berlegar dengan rancangan2 jangka pendek. Pembelajaran anak2 & urusan2 keluarga.
2. Beralih pula kepada cabaran2 rakan2 di sekeliling. Emmm mengeluh sebentar...Bermacam2 cabaran melanda.....Yang dekat, yang jauh.......Itulah kita ni manusia.......Diuji, menguji....Percaturan biasa dalam kehidupan.....Tetapi bahu yang memikul lebih merasai.....
3. Kerisauan kpd saudara2 di Mesir.......Saudara seagama, sahabat handai yang disayangi & anak saudara yang disayangi.....Moga kebaikan melonjak.....Kebatilan pergi jua.....Kita merancang.....Allah juga merancang......
4. Terdetik juga kelegaan menerima perkabaran dari kakak di Msia, yang kawasan anak saudara selamat & terkawal.....Jauh dari kacau bilau.....Sempat juga memanjatkan kesyukuran.....Tapi apakah hanya memikirkan saudara darah daging je.....Apa pula dengan yang lain2.......Moga semuanya selamat & menemui jalan keluar yang baik & selamat........
5. Terfikirkan pula, jika seorang insan di Mesir yang menerima bencana......Apakah kita sedar kesannya.........Katakanlah ia seorang lelaki ketua keluarga & penjawat di sesuatu jabatan......Ibunya, isterinya, anak2nya & rakan sekerjanya serta orang2 lain yang berhubung secara langsung & tak langsung sudah pasti terjejas.......Harapan orang2 disekelilingnya bagaimana?....Allah menguji apa yang mampu kita hadapi sebenarnya....Kerana...."Allah Maha Adil"
6. Teringat pula kepada kita manusia biasa.......Yang mungkin tidak begitu terjejas, tidak begitu terasa kerisauan atau pendek kata tidak berkaitan secara langsung dengan apa2 permasalah keadaan di perkara 3,4, & 5 diatas. Meneruskan kehidupan dengan biasa......Bergerak terus menempuh kehidupan.....Sering merasakan " Ahhh, saya sendiri pun dah sibuk, tak mampu nak memikirkan masalah orang lain atau dunia lain".....atau "Masalah saya sendiri pun dah banyak" atau terus menjerumuskan diri dengan sikap2 buruk, mementingkan diri sendiri.....Luas2kanlah minda, lapang2kan fikiran......"Besar sangatkah masalah kita". Fikirkanlah bahawa ketidaksamaan pendapat kekadang memang memeritkan sesetengah pihak, tetapi biarkanlah kerana perit tika ini SELALUNYA dapat MENGELAKKAN petaka dikemudian hari......Luka kecil masih senang megubatnya.....Jangan dicari LUKA yang dalam....
Dunia dihujung umurnya....Tanda ditemui merata....Tapi yang pasti kiamat utk diri kita tetap akan tiba...."Sesungguhnya kematian itu pasti"......Apa bekalan kita?????? Di mana persediaan kita???????
Yang Indah Tetap Terserlah.....Tapi Sampai Bila?