Wednesday, February 2, 2011

Biarlah Penat.....

Hari ni, jam 4.30 petang/malam membawa Muhammad & Asila ke Klinik Pakar Gigi utk oral hygiene check-up.....Alhamdulillah, sekejap & semua OK. Asila dah tiada temujanji lagi ttp Mmad pertengahan April ni temujanji terakhir insyaallah. Balik rumah, selepas sediakan makan malam, terus minta tolong Pak Chik Google translate Sijil Pencapaian Pertengahan Tahun Kak Long & Cik Nyah. Mmad belum ada lagi. Tahun 1 nampaknya hanya hujung tahun baru dinilai. Emmm byk nyer kena translate....Lenguh tangan menaip.....

Alhamdulillah, secara keseluruhannya tiada masalah. Kebanyakan pencapaian memuaskan. Cuma ada teguran dari segi tumpuan di kelas & kerja rumah. Laporan setiap pelajar dibuat terperinci & berbeza2 bagi setiap pelajar walaupun mengikut format. Penerangan & perbincangan kemajuan & pencapaian dibuat dengan panjang lebar. Ketidakhadiran & mendapat kebenaran atau tidak direkodkan. Begitu juga penyertaan dalam sukan & aktiviti persatuan. Semua dirangkum sekali. Ada lagi satu yang mengejutkan, jika pencapaian tidak memuaskan akan turun semula kelas. Ingatkan hanya hujung tahun je tak naik kelas (jika pencapaian tidak memuaskan) penilaian pertengahan tahun juga begitu.

Apa yang kami boleh lakukan adalah menyertai seboleh mungkin apa aktiviti yang dianjurkan. Bukanlah rajin pun, sekadar menghadirkan diri, senyum, ketawa, berbual sepatah dua.......Supaya anak selesa, kami selesa & menunjukkan kami hormat & menghargai aktiviti guru2....Walaupun setiap kali nak pergi berasa berat utk melangkah & bertolak2 dengan abg siapa yang akan pergi.....Maklumlah...Kalau berbahasa Inggeris tak pa ler juga....Tolonglah.... ''Es tut mir leid, ich kann nicht sprechen Deustch''.

Terimakasih kepada Frau Zimmermann, yg menyuruh Mmad menunjukkan apa pencapaiannya bila melihat saya cuma melihat2 & senyum2 ketika orang lain berbual & bermain.....Ini merupakan ''Hari Bermain''. Bawa permainan & makanan ke sekolah. Main2, sembang2, makan2. Saya cuma bersembang sikit2 je.....Asyik2 ja.. ja....nein....nein.....Macam ''Yes, No, Alright'' je lah...

Muhammad bermain bersama kawan2....Dari kiri Lara, Elayda dll...

Semasa persembahan nyanyian.....Memulakan majlis.....Mmad paling ''comel''


Apabila anak ramai ni, biasalah. Masing2 punya kekuatan & kelemahan tersendiri. Usaha tetap akan dilakukan utk penambahbaikan. Walau bagaimanapun, tetap bersyukur kerana semua boleh meneruskan pelajaran di kelas masing2 dengan baik. Biarlah penat......Moga mereka menjadi anak yang solleh & sollehah...Cerdas, cergas & berperibadi mulia.....Jujur, Ikhlas, Hormat Menghormati, Rajin Membantu.....Berguna utk agama & masyarakat....


Hari ni nak tidur awal.......Nak belayar jam 10.00 malam......Esok nak bangun awal.....Tchussssss...
Related Posts with Thumbnails