Pagi 23 Disember 2010...
Jam 7.00 pagi kami mula meredah kesejukan pagi. Kami bercadang mengambil train jam 7.48 pagi dari Hannover Bhf. Kami juga telah merancang utk menggunakan Länder-Tickets . (Deutsche Bahn's "Länder-Tickets" is the best choice for unlimited travel for a whole day within a certain region.The package price starts from 28 euros for up to 5 persons travelling together or for parents (or one parent) travelling with any number of their children under 15) . Maklumat kat DB Bahn.
Di pertengahan jalan baru teringat yg tiket tu hanya valid selepas jam 9.00 pagi. Abang bertanya, '' camna ya?'' Bila memikirkan tak da mood nak balik ke rumah semula saya terus menjawab, ''Kita pergi dulu sambil2 tu fikir''. Akhirnya kami mengambil keputusan utk beli tiket biasa di kaunter. Harap2 ada le tiket murah. Walaupun kiraan biasa lebih dari Euro 75, tetapi memandangkan kami ramai (9 org), ambil group tiket 36 € je......Iaitu hanya lebih 8€ dari rancangan awal. Jimat, cuma kena beli tiket lain utk ke Braunlage dari Bhf Bad Harzburg, jika länder-ticket dah cover sekali. Kekdg macam tulah, perkara yang dah diketahui pun boleh lupa...Itulah manusia suka lupa & leka...
Train jam 7:48 pagi.....Tp terlewat 10 minit kerana train ke Frankfurt yg terlewat mengambil tempat di platform...Leceh betul......Kami sampai di Bad Harzburg lebih kurang jam 9. 40 pagi. Iaitu mengambil masa hampir 2 jam.
Stesyen Bad Harzburg..
Menunggu bas di luar Stesyen Bad Harzburg utk ke Braunlage....
Terlepas bas ke Braunlage jam 9.20 pagi kerana train dari Hannover yg lewat dari jadual....Kami lewat 10 minit. Mengambil bas ke Eisstadion, Braunlage (Bus No. 820 : destinasi Braunlage ZOB) Jika tak silap bas 1 jam sekali....Lama la pula terpaksa menunggu. Tapi alhamdulillah tak sejuk sgt. Jadi selesa je....
Kami sampai di Hotel Dein sekitar jam 11.30 tghari. Perut pun dah lapar. Kami check-in dan makan nasi impit & kuah kacang yang dibawa. Sejuk2 ni, alhamdulillah selera OK je....Nasi impit & kuah kacang sejuk pun tak da masalah. Selepas selesai makan & memastikan semua anakanda bersedia kami pun mula bergerak. Pergi ke kedai meminjam peralatan main ski & snowboard dan terus bergerak ke Skiwiese am Rathaus. Kebetulan banyak tempat yang tutup ketika tu. Jadi senang sikit kami, tak perlu memilih tempat, terus je pergi ke Skiwiese am Rathaus. Ini ada sedikit maklumat mengenai tempat tu. ''On the City Hall lawn, the so-called "idiots hill" - the practice slope for Skineulinge. There are of course ski lessons for beginners and advanced students available. The ski slopes are located right on the mountain worm. These slopes are about 3-5 km long and have a 400 m height difference.Several mild to moderate downhill through beautiful forests'' Maklumat dari sini. Ini map nya...Skiwiese am Rathaus.
Baru sampai di Skiwiese Rathaus. Berbincang dahulu....
Muhammad Afif....
Kekanda....
Asila.....Dah merah dah muka...Projek mengumpul dan mengangkut salji...
Kak Long pun nak cuba juga.....
Ayah Anjang & Mak Anjang.....
OK ke Kak Long???
Abg nun jauh di sana....
Pemandangan di sekeliling......Abg & jauh di sana Asila & Izlin...
Petang tu, sekitar jam 4.00 ptg semua balik ke Hotel. Saya dan anakanda2 serta Mak Anjang & Ayah Anjang balik dahulu. Anak 2 dah mula sejuk jam 3.30 petang. OK le tu....Dah dari jam 12 lebih kami di sini. Puas dah......Bila keadaan begini, yang paling sensitif adalah kaki....Bila kaki dah sejuk dan merah tu....Bawa2lah balik.....Kami bawa rice cooker & lauk ala kadar....Tp cukuplah juga .....Daging, ikan masih, ulam timun, sardin, sausage dll......Sampai tak habis makan....Malam tetap juga kena makan nasi.....Semua pun selesa je tidur malam tu......Lena selepas penat bermain.....
Pagi 24 Disember 2010
Pagi tu, kami terus berkemas barang & menikmati sarapan di hotel. Selepas sarapan rehat sekejap & bersedia utk bertolak kembali ke Hannover.....
Sedang menikmati sarapan...Saya dan anak muda....
Semasa check-out...Nak balik dah ni....
Inilah hotel yang kami tinggal.....Dein Hotel...
Hotel....Penuh dengan ais........Apabila salji yang mencair beku semula....
Air yang mengalir di celah2 salji yang tebal & keras....
Berhampiran dengan tempat menunggu bas....
Air terjun yang dirakam dari dalam bas semasa perjalanan pulang....Ada air yang mengalir di antara bekuan ais...