Hari ni kita dah berada di tahun baru..... 1 Muharram 1432 Hijr......Buatlah sesuatu yang mudah dahulu.....
Mulakan sesuatu kerja dengan lafadz :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bila melangkah kaki utk ke tempat kerja/ ke sekolah atau pergi membeli barang, jelaskan niat kita.....
Niat utk beribadah kepada tuhan.....Contohnya utk mendapatkan ilmu, membantu sesama manusia & mencari rezeki utk keluarga & seumpamanya.......Sebenarnya semua langkah & urusan kita boleh menjadi ibadah & memberi pahala kepada kita jika ia berada di landasanNya dan niat kita yang betul. Hidup kita seharian sering mengejar masa......Sibuk selalu....Jangan kita biarkan urusan keduniaan kita melalaikan kita & tidak memberi makna utk hari akhirat kita...Biarkan ia seiring sejalan...Pendek kata 'DUNIA DAPAT AKHIRAT DAPAT'.....Itulah cara Islam yag sebenar ie Islam adalah Cara Hidup.....Ia adalah kamil (sempurna) dan syamil (menyeluruh).....
Walaupun kita sibuk dengan urusan dunia........Itulah juga sebenarnya pelaburan sebenar kita utk hari akhirat kita.....Jgn suburkan budaya sekular dalam kehidupan kita iaitu memisahkan agama dengan kehidupan......Agama adalah cara hidup, jadi setiap pergerakan kita biarkan dalam landasan agama & kita beroleh manfaat utk dunia & akhirat kerananya........
MESEJNYA :
1) Mulakan pekerjaan dengan lafadz :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
2) Berniatlah keranaNya dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3) Moga semua pekerjaan kita tidak sia2 sebaliknya dikira sebagai IBADAH...
Salam,