Wednesday, December 8, 2010

Bajai Sikap Muliamu



2 Muharram 1432....



Renungan :


Hari ni cuba luangkan masa sebentar, fikirkan apakah sifat mulia/baik yang telah kita miliki. Memang manusia ni insyaallah memiliki sifat fitrah asal kejadian kita iaitu menyukai sesuatu yang baik & menepati kehendak Islam. Duduk dalam keadaan tenang & fikirkan dalam2. Tak perlu cari banyak, satu dulu pun sudah memadai. Contohnya "Saya suka bersangka baik", "Saya suka membantu orang lain", "Saya suka bersedekah" atau "Saya memang tak suka atau mengelakkan diri dari mengumpat".

OK, itu langkah pertamanya iaitu kenali sifat mulia kita. Langkah seterusnya, bajai sifat itu & jadikan ia kekuatan diri kita. Kekadang jika kita tidak jelas & tidak bersungguh dengannya ia akan pergi dari diri kita tanpa kita sedari. Manusia memang senang berubah......

Kukuhkan dan sempurnakan lagi kebaikan kita itu. Contohnya kalau dulu kita cuma suka bersedekah kepada ahli keluarga sahaja, sekarang cuba tambah dengan bersedekah ke masjid utk pembayaran penyelenggaraan masjid atau sebagainya. Ia boleh menjadi sedekah yang berpanjangan kepada kita.....Ataupun kita lakukan secara yang lebih sistematik. Contohnya tiap2 bulan saya akan peruntukan RM 200 ringgit utk sedekah......Jadi setiap bulan kita akan gunakan utk bersedekah dengan jumlah wang tersebut. Jadi telah ada komitment kita utk setiap bulan, jadi kita tidak mudah utk tertinggal atau terlupa melakukannya......




Istiqamahlah dengan kebaikan yang kita telah kenalpasti....Insyaallah dengan keikhlasan kita akan mendapat manafaat.....Amin..


Buat apa ya hari ni?



Hari ni menyambung aktiviti mengemas rumah....Kelmarin telah memindah sofa bed ke ruang tamu sebagai persediaan menyambut Cik Ni, Abang Ma & Amin ke rumah. Insyaallah Cik Ni akan sampai di rumah pada hari Sabtu ni nanti iaitu 12.12.2010 (dari Perak, Msia) & Amin (dari Dublin, Ireland) pada 19.12.2010. Budak2 dah mengira hari...Tak sabar menunggu Mak Anjang, Ayah Anjang & Nyah Amin sampai........Kini kami agak sibuk merancang aktiviti percutian utk mereka semua bersama kami.....Moga semuanya berjalan lancar.....




Anak2 riang bermain....Husna, Afif & Asila, Herrenhauser Garten.......
Related Posts with Thumbnails