Monday, December 6, 2010

Berhijrahlah....Kerana Kita Tetap Akan Berhijrah...



Salam Awal Muharram.....


Masa pantas berlalu......Masa dari dulu hingga kini tetap juga 24 jam....Tetapi kehidupan manusia yang sentiasa sibuk menjadikan kita tak sedar betapa cepatnya masa berlalu.....Terkenang kembali setahun yang dulu.......Ya tahun lalu kami menyambut Awal Muharram di sini ie di Hannover, Germany.....Kini datang kembali.......Berbanyaklah istigfar, mohon keampunan dari dosa2 & lakukan pengisian penuh kebaikan (fitrah, murni & suci)..Moga ini membantu kita menuju kedudukan yang MULIA di sisiNya.....Moga penghijrahan hati, sikap & kata kita berada di landasan & di dalam RedhaNya senantiasa.....Amin......


Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya.


Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku, suamiku, kedua2 ibu & bapaku, keluarga, sahabat handai & semua kaum muslimin & muslimat......Tetapkan kami dalam iman hingga akhir hayat, Panjangkan Umur dalam Iman dan Murahkanlah rezeki kami dalam kebajikan.....



Related Posts with Thumbnails