5 Muharram 1432 ( 11 Disember 2010)
Jam 10.05 p.m
Kisahku :
Hari seperti biasa apabila bangun je pagi, selesai solat Subuh, saya akan merenung ke luar jendela. Walaupun kini tidak dapat lagi memandang pepohon yang hijau tetapi kebiasaan sedari kecil ini tidak pernah ditinggalkan. Pagi2 jika punya kesempatan inilah yang dilakukan. Pemandangannya agak mengejutkan sedikit.....Kelmarin salji yang tebal memenuhi taman permainan di hadapan jendela.....Kini dipenuhi lompong2 salji......Tiada lagi salji menutupi.....Di sana lompong, di sini lompong....Salji telah mencair....Di lereng bukit pula tanah jelas kelihatan....Pokok2 renek yang masih bertahan dengan daun2 kecil yang hijau sahaja menyeri lerengnya.....Sekali cuaca berubah....Sekali suasana bertukar.....Suhu skrg. ni mencecah 5 darjah celcius......Jika tidak kerana membasuh kain 2 kali mesin, tak pasang heater pun OK je kat dalam rumah.....
Abang baru sahaja keluar rumah dan akan menaiki train ke Frankfurt Airport pada jam 11.00 malam ni dari Hbf Hannover. Insyaallah Cik Ni & Abang Ma (kakak & abang ipar saya) akan tiba dari Msia di Frankfurt Airport jam 6.05 pagi esok. Seronoknyer.....Ada tamu dari Msia.....Sudah lama kami mengira hari......Terutama Asila yang sering tersilap2 mengira.....Cuma hari ni pagi tadi, dia dah pasti..... " Esok Mak Anjang sampai....Asila tahu dah" katanya sambil tersenyum gembira.....Dah lama sangat dia tunggu Mak Anjang.....Begitulah tinggal di rantauan ni, kami memang suka/gembira ada tetamu. Minggu depan insyaallah anak saudara dari Dublin pula akan bercuti bersama2 kami......Moga Allah memberi kesihatan, kelapangan & mempermudahkan segala urusan kami....Amin.....
Renungan/Amalan :
Teringatkan kepada lompong2 salji pagi tadi.....Tiba2 je tersedik di hati....Bagaimana pula lompong di hati? Saya pun meronda2 dari blog ke blog mencari sedikit pengisian buat hati. Di sini saya kongsikan bersama. Terimakasih tuan blog, moga Allah yang membalas usaha baiknya....Amin.
Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha penyayang.Aku mohon segala ampun kepadaNya di atas segala salah dan khilafku. Subhanallah. Di saat aku kehilangan arah Allah tunjukkan aku jalan kembali.Aku terpanggil untuk berkongsi peringatan ringkas buat renungan kita bersama.
Apakah tujuan hidup kita di dunia ini? Tatkala segala impian telah kita penuhi, seakan masih ada lompong jauh di sudut hati ini. Mengapa jadi begitu sedangkan kita memiliki kejayaan, kekayaan, keselesaan, dan segala keindahan pemberian tuhan. Barangkali kita lupa akan satu hal ini."Hidup untuk mencari redhaNya ilahi”…
Apa gunanya segala kesenangan hidup ini jika tiada berkatnya ilahi. Hidup yg disangkakan indah kosong tanpa ketenangan jiwa pemberian Allah subhanahu wa taala. Mungkin dengan cara memperbaiki amal, mempertingkatkan iman dan taqwa di dada mampu memperdekatkan kita dengan pencipta kita yg hakiki.
Allah SWT menjelaskan dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga 135 mengenai ciri-ciri insan yang bertaqwa :
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahan dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)”.
Secara ringkasnya org 2 yg bertaqwa:
1-segera melaksanakan kebaikan
2-menginfakkan hartanya di kala senang dan susah
3-menahan marahnya dan mudah memaafkan
4-Segera memohon ampun sekiranyanya mereka melakukan kemungkaran
Nasihat ini aku tujukan buat diriku yg menulis juga buat mereka yg membaca. Moga selepas ini kita tak teragak2 untuk melakukan kebaikan kerana takut dilabel apa jua sekalipun oleh teman-teman, tidak takut berkurangnya simpanan kerana bersedeqah, tidak mudah melenting apabila ditimpa musibah, dan segera memaafkan insan2 yg pernah menyakiti. Dan yg paling penting lebih sensitif dengan kemungkaran yg kita lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak dan segera memohon keampunan darinya. Sesungguhnya Allah itu Maha penerima taubat. Alangkah teruknya jika diri yg bercakap ini tidak melaksanakannya. Nauzubillahi minanzalik.
Ya muqallibal qulub tsabbit qulubana ‘ala dinik
Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ku dalam agamaMu
wallahua’lam
Sumber tazkirah dari