Sunday, December 12, 2010

Tertipu dengan Kebanggaan....


6 Muharram 1432 (12 Disember 2010)


Kisahku...

Hari ni Cik Ni sampai...Agak lewat dari jangkaan...Lewat 1 jam kerana terlepas 1 train sambungan di Kassel semasa perjalanan dari Frankfurt ke Hannover....Satu salam pengenalan dari Deustchland....Siapalah Deustchland tanpa sistem pengankutannya.....Sistem pengangkutan di sini banyak pilihan & mesra pengguna...Nak cepat, lambat sikit, ekspress, mahal, murah, seorang, berkumpulan....Sebut je...Insyaallah boleh cari...Hari ni perkenalkan cara travel termurah di hujung minggu....iaitu dengan RM 37 Euro sahaja utk perjalanan dari Frankfurt ke Hannover bagi 3 orang. Tapi kena tukar2 train 3 kali le....Tak pa, Cik Ni & Abang Ma tak perlu risau, perjalanan balik nanti, ambil jenis lain lak...Terus je dari Hannover ke Frankfurt Airport....Mana tahu kut nanti barang bertambah lak....

Asila asyik2 buka pintu rumah je....Risau tak dengar loceng....Tak munasabah langsung....Sebenarnya semua gelisah menunggu...1 jam tu lama....Akhirnya alhamdullillah Abang Ma & Cik Ni sampai di rumah bersama2 abang jam 3.30 petang....Semuanya nampak OK walaupun dah hampir 24 jam di perjalanan....Itulah kelebihannya sejuk....Tak ler berpeluh ketiak, melekit2 atau kering tekak.....


Bermacam2 dibawakan kami....Biskut, kerepek, dodol, buku2 anak2 yang berat2, Quran dan bermacam2....Uhhh patutlah besar beg....Terima kasih Ayah Anjang & Mak Anjang....Tersenyum lebar je anak2 saudara....Husna, Nabila, Afif & Asila......Dari jam 4.00 petang sampai nak tidur masih berkepit dengan majalah2...Asuh, Upin & Ipin & bermacam2 lagi.....Seronok budak2.....

Di Frankfurt Airport...Cik Ni & Abang Ma....Rehat sekejap selepas solat subuh & melepasi pemeriksaan imigresen...

Kerepek & kuih goyang pedas....Nescafe pun ada...Tapi tak leh minum selalu...



Terimakasih sekali lagi & salam kembali kepada ibu, abang2 & kakak2 , semua anak2 saudara & sahabat handai yang menyampaikan salam......


Renungan / Fikir2kanlah...

Ini kisah dulu2....Semasa saya masih dalam belasan tahun....Di penghujung belasan le...18 tahun atau 19 tahun yang lalu...Ketika tu di kampung, kami masih selalu beli roti dari kedai kek Muslim di bandar ataupun beli dari Mamak Roti....Murahlah....Tetapi generasi muda yang dah besar selalu membeli Roti Gardenia yang agak mahal harganya.....Apabila saya komen yang Roti Gardenia ni lebih lembut & sedap, mak terus berkata " Hemmm, tertipu dengan kebanggaan je"...Itulah kata2 mak yang sering saya ingat hingga kini...Mak bukanlah orang yang terpelajar secara formal...Berusia 56 tahun ketika itu (skrg dah 74 tahun)dengan kelulusan darjah 5 tetapi sering memaksa saya berfikir lebih mendalam & serius.....Mak memang seorang yang agak kritis pemikirannya...

Sebenarnya saya tak bersetuju dengan beliau ketika itu & juga sekarang ni....Bagi saya kita punya alasan sendiri dalam memilih sesuatu....Ya tika itu bagi saya kualiti roti itu yang menjadi alasan...Lembut & ada rasa...Pendek kata macam kata iklannyalah 'Boleh dimakan begitu saja". Walaupun saya tidak setuju ketika itu, tapi itulah kata2 yang saya masih pegang & fikirkan apabila ingin membeli sesuatu...

"Adakah kita membeli kerana jenamanya"
"Adakah kita membeli kerana kualiti yang melebihi ekpektasi kita?
"Adakah kita membeli kerana jiran/kawan atau kenalan kita membelinya?

Memang kekadang sesuatu jenama yang telah ada nama, terkenal selalunya tahan lama, nampak cantik, selesa etc....Tetapi ia sebenarnya sering terlebih dari keperluan sebenar kita terhadap barangan tersebut.....

Bersederhanalah yang terbaik....Fikirkanlah

Berapa lamakah kita mahu menggunakan barangan tersebut....Jika keperluan kita hanya 3 tahun atau 6 bulan kenapa perlu barangan yang tahan 10 tahun....Mungkin dia kehilangan fungsi hebatnya jika dibiarkan sahaja di dalam stor atau almari kaca.

Apakah tujuan kita membeli barangan tersebut....Jika suatu barang yang agak murah dan simple sudah memenuhi keperluan kita...Kenapa beli sesuatu yang mempunyai pelbagai fungsi tetapi tidak digunapakai sepenuhnya.....Ia hebat tetapi kita tak perlukan.....

Ia hebat....Nampak hebat, kelihatan hebat....Tetapi di luar sedar ia telah membawa kita kepada hidup fatamorgana.....Kita dilahirkan dalam dunia yang "nun bintang di langit yang tinggi" Mengejar sesuatu yang tidak tercapai atau tidak wujud sama sekali.....Ya, bintang di ketika kita melihatnya, ia telah tiada beberapa tahun.... Tertipukah kita.....

Renungan ini ditujukan terutamanya kepada diri sendiri..."Berpadalah dalam memenuhi keperluanmu & Jangan tertipu dengan Kebanggaan"......Pesan Bonda...


Salam utk bonda Zabidah Hj Samad......Insyaallah kita berjumpa 10 bulan lagi....Moga sihat & dalam lindunganNya selalu....
Related Posts with Thumbnails