Untuk Renungan & Amalan :
Surah An-Nahl ayat 68 :
سُوۡرَةُ النّحل :
وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)
An-Nahl
And thy Lord taught the Bee to build its cells in hills, on trees, and in (men's) habitations; (68)
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68)
Sumber ayat: Quran Explorer.
-Madu. Satu makanan yang berkhasiat & merupakan antara makanan kesukaan Rasullullah s.a.w. Cuba kita perhatikan Hadith Nabi Muhammad SAW di bawah:
"Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah
madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan
menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan
berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat
dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70
Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat
dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu"." Sumber hadis dari iluvislam.
Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan".
Memang semenjak winter ni saya lebih berhati2 menjaga kesihatan anak2...Saya akan memberi anak2 minum air madu yang dicampur dengan air suam setiap hari. Ia merupakan makanan pertama selepas perut kosong utk beberapa jam semasa tidur malam....Ini merupakan sunnah & kita kena jelas & berniat yang kita mengikutinya. Muhammad (anak yang ketiga & pernah disahkan mengidap asma) yang sebelum ni mula bosan telah bersemangat & meminta madu setiap pagi selepas diterangkan yang ini adalah SUNNAH. Alhamdullillah sepanjang winter ni walaupun ada yang batuk tetapi tidak serius dan boleh tidur dengan lena. Diharapkan kami boleh mengekalkan amalan ini.
Aktiviti hari ini :
Hari ni cuaca sungguh selesa......Tak sejuk sangat....1 darjah celcius....Pagi2 keluar bersama Abang & Asila ke rumah Wan. Tgk2kan rumah & pinjam schlliten Wan. Balik dari rumah Wan singgah PennyMarket & terus balik ke rumah dengan menarik Asila menggunakan schlliten....Senyum je Asila coz tak perlu nak jalan & seronok kena tarik. TQ Wan.
Tengahari ambil anakanda2 dari sekolah bersama Asila & semasa pulang singgah sekejap kat playground....Layan anakanda bermain sekejap.......Sempat buat bola salji je...Terus balik ke rumah tak boleh leka kerana Asar masuk jam 1.57 p.m.
Itu je....Anakanda lak nak guna komputer...
Salam...