Monday, November 22, 2010

Semuanya Tidak Kekal....

Akhir2 ni agak sibuk sedikit. Ada2 je yg nak diuruskan. Hal2 sekolah & urusan2 biasa di rumah. Kalau anak 4 tu, duduk kat rumah pun dah secukup rasa sibuknya....Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan bersyukur kerana masih punya masa utk mengucapkan LA ILLA HA IL ALLAH...dan beristigfar....Gunakan masa yang masih ada....Kerana esok belum pasti kita masih di sini.

Pada 19 November 2010 baru2 ini, saya menerima berita kematian seorang sahabat semasa bekerja di Hosp Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Berasa sedih & kehilangan. Seorang kawan yang baik & ikhlas dan seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (Medical Lab Technologist) yang rajin dan bertanggungjawab dalam kerja. Kali terakhir saya bekerja bersama2 arwah adalah sekitar bulan Jun 2009 (jika tak silap)...Ketika tu dia sering mengadu dengan saya yang dia cepat letih & berasa kurang selesa. Macam nak demam je selalu. Perbualan terakhir saya dengannya dalam bidang kerja adalah melepaskan dia utk ambil off pada satu petang. Ia memohon kebenaran utk off kerana kurang sihat, tetapi dah siapkan hampir keseluruhan kerjanya utk hari tu, cuma ada sedikit yg perlu disambung oleh rakan sekerja yang lain. Moga keikhlasan, amanah, bertanggungjawab dan jujurnya dalam menjalankan kerja mendapat Redha dari Illahi. Rentetan dari tu arwah disahkan kanser gallbladder tahap 2. Menjalankan pembedahan dan melalui kemoterapi etc. Satu tahun lebih sahaja beliau bertahan. Masih muda, mungkin 31 tahun & sempat menyambut ulang tahun pertama kelahiran puteri sulung arwah. Allah lebih menyayanginya. Al-Fatihah.


Kanser? Apakah punca kanser? Kenapa sel badan kita membahagi secara menggila & tidak terkawal dan memusnahkan dan mengganggu fungsi sel/bahagian lain di sekitaran?...Kenapa sel tersebut telah rosak atau mengalami mutasi? Bermacam2lah...Gaya hidup tak sihat (merokok)...Pendedahan kepada sekitaran (bermacam2 sinaran & gas) ....Jangkitan virus...Apa diet yang sesuai? Mengambil makanan yang rendah lemak & banyakkan pengambilan buah2an, sayur2an dan whole grains.


Hidup kita semakin sibuk & selalu memilih cara yang mudah dan cepat utk sesuatu perkara. Makanan segera (dengan segala additive, preservative & bermacam2 lagi), penggunaan plastik, melamine dan bermacam2 yg mudah & simple. Kita mendekatkan diri dengan bahan2 karsinogen (bahan2 yang boleh memusnahkan atau menyebabkan sel mutasi). Ubahlah cara hidup yang kita mampu kerana banyak lagi faktor2 lain yang kita tak dapat elakkan. Kurangkan risiko.....Itu sahaja yang kita mampu....Kita merancang, Allah merangcang, Allahlah yang sebaik2 perancang...




Gambar sekadar hiasan...
Related Posts with Thumbnails