Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha...

Kami di Hannover, Germany ni beraya kelmarin. 16 November 2010 (Selasa). Menu kami simple jak...Buat mee/bihun sup tulang, rendang, ketupat, kuah kacang & nasi impit. Itu makanan kami di pagi raya. Semasa Azmi & Wan beraya kat rumah pagi tu, tiba2 je ada idea nak buat potluck ramai2 kat rumah. Azmi, Wan & Aina sibuk menelefon wakil2 rumah & semua feedback +. Jadi plan yang baru dibuat jam 12.30 thari tu jadi di mana jam 6.00 malam akan mula program. Tengahari tu terus tambah kari ayam & sayur campur sebab adik2 berminat nak makan nasi. Wan & Azmi pula balik rumah buat soto. Semua kena cepat. Maklum le last minute plan...


Majlis bermula seperti dirancang iaitu solat jemaah isya' beramai2 diikuti dgn takbir beramai2. Abang mengimam sembahyang isya & meneruskan ngan takbir. Kemudian disambut oleh Azmi, Besut, Khazim, Mawi & semua. Disebabkan hari biasa & hujung minggu majlis kami tamat agak awal ie sekitar jam 9.30 malam kerana esok ramai yang ada kelas.

Sedikit gambar sekitar majlis...


Kanak2 riang di malam raya...
Nabilatul Huda, Muhammad Afif, Ahmad Azfar Faris (belakang)
Azzatul Husna, Nur Asilah, Ahmad Azhad Firas (depan)

Suruh semua makan sebelum majlis bermula....Itu pun bila tetamu makan ttp sibuk gak nak makan masa tu...Besa lah...Bila ramai baru lebih berselera...Nabila tiada digambar kerana dia sorang makan kat meja (dia demam lak hari raya ni)

Makan sendiri........Tapi masih boleh beraya..Alhamdulillah...

Dua budak comel....
Ahmad Azfar Faris & Muhammad Afif


Solat Isya' & takbir beramai2...

Terimakasih kepada Azmi, Wan, Aina dan semua adik2 yang turut serta menjayakan majlis kita ni....Meriah & terasa suasana hariraya....Juadah pun sedap2 belaka..Semua hebat2 je masak. Walaupun masa yang pendek dgn kesibukan memasing dengan kuliah2.....Kita berjaya berkumpul bersama2...Itu yang paling penting....Terimakasih sekali lagi utk semua....Kita Jumpa & Berkumpul Lagi Nanti......Insyaallah...
Related Posts with Thumbnails