Pada 21.11.2010 (Ahad) kami & Azmi sekeluarga berjalan2 ke Hamburg. Seawal jam 7.00 pagi lagi kami sudah berada di S-Banh Norstad utk ke Hannover Hbf. 6 org kanak-kanak bermain dengan riang di atas train. Husna, Firas, Huda, Afif, Asila & Faris. Mereka sendiri yang membawa pelbagai mainan utk mengelakkan bosan di atas train. Alhamdullillah semua berada dlm kawalan. Taklah bising sangat. Kekadang hairan juga dengan kanak2 kat German ni....Kalau kat sekolah amatlah bising & asyik berlari je...Tapi kalau bersama ibubapa di tempat awam tak bising pun. Duduk diam2 je.....Macam manalah diaorg latih tah. Hampir jam 11.00 pagi kami tiba di Hamburg Hbf.
Pelbagai aktiviti.....Firas, Huda, Asila & Husna...Ini geng lain....Afif & Faris....Serasi, tenang lagi mesra....
Semasa di Stesyen Ulzen....
Jika berminat layarilah kat sini. Kami akan datang lagi sebelum balik Msia. Insyaallah akan bawa Cik Ni ke sini kalau ada rezeki. Tak payah nak pergi America & Switzerland dah....Kat sini je kita melawat...
Di dalam train....Haahh satu lagi bukti yg mmg dah gemuk....
Kami berjalan2 di sekitar bandar Hamburg....Menuju ke Rathaus, dan seterusnya makan kebab kat Kedai Turkey di sini. Apabila dah kenyang barulah kami menuju ke destinasi yg dirancang iaitu Miniatur Wunderland, Hamburg. Kami menaiki bas ke sana (Bas No. 6). Tercari2 di peringkat awal ttp alhamdullillah sampai mengikut masa. Kami book online di sini & perlu sampai dalam tempohmasa ini : jam 12.30 tghari hingga 1.00 tghari. Kami sampai di kaunter sekitar jam 12.50 tghari. Bermulalah aktiviti memerhati, melihat, meninjau & menghayati miniatur2 pelbagai negara yg dipersembahkan...Memang menarik, teliti pembikinan miniatur di sini. Keretapi yang bergerak menerusi terowong, di atas jambatan, menyusur lembah dan pelbagai gelagat & bangunan istimewa boleh dilihat. Hasil kerja mmg mengkagumkan.
Kini ada 7 stesyen yang telah lengkap iaitu Austria, Knuffingen, Harz, Hamburg, America, Scandinavian dan Switzerland. Bagi America ditonjolkan Grand Canyon, Las Vegas & Rocky Mountains. Scandinavian yang mengenengahkan negara Denmark, Sweden, Norway dan Finland. Switzerland yang dilengkapi dengan Swiss Alps dengan ketinggian mencecah 5 ke 6 meter juga kilang chocolate yang mengeluarkan produk chocolate yang sebenar juga dipamerkan. Ada lagi kami simpan chocolate dari factory ni kat rumah (tak berani nak makan).
Suasana di dalam bertukar ganti antara siang dan malam. Dalam mungkin 30 minit atau lebih akan bertukar suasana. Skrin diturunkan dan keadaan menjadi gelap & lampu2 kecil mula menerangi suasana. Bergilir2 begitu.
Di sini juga menempatkan 'Largest Model Railway in the World' Laluan keretapi yang bermula dari Scandinavian hingga ke Switzerland. Selama 1 tahun lebih digunakan utk merancang laluan ini.
Gambar dari sini. Scandinavian...

Gambar dari sini. Hamburg di malam hari...
Landasan keretapi miniatur yang paling panjang di dunia yang bermula dari Scandinavian merentasi ke Pergunungan Switzerland...
Istana di Tiano Switzerland.....
Gambar menunjukkan suasana sebenar....Mmg ramai & bersesak...Bangunan lama yang kurang pengudaraan, agak sempit dan memang mencabar kesabaran....Tetapi memandangkan apa yang dipersembahkan adalah menarik.....+ - x : = BERBALOI.....Alhamdulillah...Suatu lagi keindahan dari akal fikiran & usaha terbatas manusia......

Pergunungan Alps di Switzerland ...Saya, Asila, Faris, Wan, Firas, Huda & Husna...
Mari Berpesta.....
Suasana di sebuah konsert...Punyalah ramai makhluk....Rajin betul...Macam real je...
Mari Berpesta.....
Suasana di sebuah konsert...Punyalah ramai makhluk....Rajin betul...Macam real je...
Gambar menunjukkan suasana sebenar....Mmg ramai & bersesak...Bangunan lama yang kurang pengudaraan, agak sempit dan memang mencabar kesabaran....Tetapi memandangkan apa yang dipersembahkan adalah menarik.....+ - x : = BERBALOI.....Alhamdulillah...Suatu lagi keindahan dari akal fikiran & usaha terbatas manusia......
Sekarang ini dalam fasa pembinaan Airport yang telah dimulakan pada bulan April 2008. Rancangan seterusnya adalah pembinaan France, Italy, Africa, India, Great Britain, Netherlands dan lain2 yang dijangka berakhir pada penghujung 2012. Dan sudah pastinya akan berterusan dgn pelbagai rancangan dan cadangan lagi yang masih belum tersurat.
Jika berminat layarilah kat sini. Kami akan datang lagi sebelum balik Msia. Insyaallah akan bawa Cik Ni ke sini kalau ada rezeki. Tak payah nak pergi America & Switzerland dah....Kat sini je kita melawat...
Jam 4.47 petang kami bertolak kembali ke Hannover.......Sampai je rumah, makan roti & tidor... Esok sekolah...