Baru sikit je turun...Mula2 turun ni seronok tapi bila dah becak nanti susah sikit....Kotor rumah...
Malam tadi tidur macam biasa je....Cuma sedikit gelisah apabila agak panas & kering kerana pasang heater. Bangun pagi macam biasa terus ke dapur & hari ni buat nasi lemak. Anakanda bertiga juga bangun awal. Sarapan belum siap & mereka dok membaca majalah di meja makan sementara menunggu makanan. 7.20 pagi siap sarapan & selepas dah hidangkan sarapan barulah buat kerja dengan speed perlahan sikit. Mula memotong buah & menyiapkan nugget utk bekalan ke sekolah. Tiba2 je menjenguk ke luar jendela di dapur dan lihat salji memutih di kenderaan dan taman permainan. Tapi belum lagi meliputi setiap ruang. Baru je turun sikit.....Nanti bila dah lebat, baru best main.
So, kepada Mak Anjang pesan dari Asila, 'Mak Anjang datang kat rumah kami hari ni kerana salji telah turun.....OK ya Mak Anjang......'. Lagi satu Mak Anjang, Asila tanya 'auto (Bahasa German) ni apa maksudnya dlm bahasa Msia ´. Kami pun nak bersiap2 berpakaian lengkap dah, nak turun ke bawah....Main salji pertama utk winter tahun ini....
p/s : Lagi satu utk Firas & Faris.......Bestnyer sempat gak main salji dtg kali ni......Rezeki tu Firas. Balik Msia nanti boleh buat karangan bertajuk 'Bermain salji di Hannover'.
Bye..