Tuesday, November 9, 2010

KITA MASIH DI SINI.......


Aku masih di sini,
masih seperti dulu,
seperti sediakala,
masih bermain air panas di kedinginan,
masih menghirup udara sejuk yang nyaman,
masih menikmati indahnya daun2 kering yang berguguran.

Bersyukurlah,
dengan udara yang dihirup,
dengan air yang menyegarkan,
dengan makanan yang disuap,
dengan tenaga & kesihatan.

Sesungguhnya nikmatNya tidak terhingga,
ucapkanlah Alhamdullillah & Beristigfarlah,
kerana......Sesungguhnya,
engkau & aku,
MASIH DI SINI......


Pagi ini, selepas menikmati air madu suam, roti telur berkeju & sebiji piccolinis terasa kenyang dan mula ingin berehat sebentar. Makan berdua dengan Asila sambil bersembang2 sekali-sekala tergelak dengan idea lucu Asila. Anak berusia 5 tahun mmg banyak idea yang kekadang tidak terfikir pun mengenainya.....Saat tenang & damai begini sesungguhnya amat saya hargai....Lahirlah sajak di atas.


Related Posts with Thumbnails