Monday, November 8, 2010

Daun-daun Yang Berguguran....

Pagi tadi selepas Kak Long, Nabila & Afif ke sekolah, tinggallah berdua ngan Asila....Selepas mengajar dia & update blog berasa teringin lak nak jalan2 pagi ni. Kelamkabut siapkan kerja rumah & keluar ngan Asila jam 10.30 pagi.....Terasa segar & nyaman dengan udara sejuk di luar rumah....Suhu sekitar 8 darjah celcius berjalan & sekali sekala berlarian2an bersama Asila mmg selesa.......

Mula2 kami berjalan ke taman permainan di hadapan rumah, kemudian terus ke sekolah (Grundschule Auf Dem Loh) & terus ke Strangrieder & Kopernikusstr..Sambil berjalan kami menikmati indahnya daun2 kekuningan yang berguguran. Sekali-sekala berhenti utk merakamkan gambar sbg kenangan. Ini mungkin autumn terakhir kami di Germany...Tahun hadapan sebelum autumn insyaallah kami akan pulang ke M'sia. Sebenarnya agak terlewat merakam gambar kali ini kerana kebanyakan daun sudah gugur, ie. tinggal pokok2 & ranting2 sahaja.


Turun je dari rumah, kami buang sampah dulu.
Sempat bergambar di tempat buang sampah...Antara pokok yg masih berdaun...

Di Playground di hadapan rumah.....

Masih di playground...Daun dah berlapis2....

Sampai kat sekolah.....Dah tinggal pokok & ranting je...

Singgah sekejap kat Kedai Turkey...Ambil gambar pumpkin...

Masih dengan dedaun...Dedaun yang menguning...


Asila sibuk mengutip daun...

Selepas puas berjalan kami balik ke rumah.....Sampai je lihat jam dah pukul 12.00 tghari. Rupa2nya lama juga kami berjalan2 pagi ni. 1 jam 30 minit......Sampai je rumah, sibuk memasak utk lunch.....Alhamdullillah masih punya kekuatan utk berjalan dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah....ALHAMDULILLAH....




Related Posts with Thumbnails