Tuesday, November 9, 2010

Meredah Malam...Latern Festival

Hari ni pada jam 5.15 malam (malam sebab maghrib dah masuk jam 4.26 p.m), kami meredah kegelapan & kesejukan malam. Saya, Kak Long, Nabila, Muhammad & Asila bersama2 pergi ke Uni abang. Bukan nak berjumpa ngan Abang tapi membawa latern & berkumpul dengan rakan2 sekelas Mmad sempena sambutan latern festival kat sekolah. (kelas Mmad).

Kalau diikutkan sejarah panjangnya latern festival ni macam tak berapa best nak joint, tapi dengan niat menyertai program sekolah & mengikuti sejarah pendeknya sahaja, bolehlah diterima. Iaitu kisah seorang Roman soldier yang membawa latern meredah malam utk membantu beggar. Jadi kami sekadar menganggap mengingati sifat kemanusiaan yang baik ie membawa latern utk memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Seterusnya dari Uni abang kami bergerak secara berjalan beramai ke Herrenhausen garten. Di Herrenhausen garten mmg tiada lampu hanya bertemankan cahaya dari latern kami sahaja. Tiba2 je Asila bertanya dalam gelap 'Ibu, ibu tahu ke jalan nak balik rumah'...Risau pula dia. Dari Herrenhausen Garten kami berjalan kembali ke sekolah. Dari jam 5.30 malam kami berkumpul, berjalan bersama2 selama 1 jam & akhirnya tiba kembali di sekolah pada jam 6.30 malam. Di sekolah abang bersama2 kawan menyediakan minuman panas & roti utk semua. Tapi kami cuma makan roti sausage yang dibawa dari rumah. Akhirnya balik ke rumah & tiba di rumah jam 7.00 malam. Haaa..Lega selesai satu program. Penyertaan kami lebih kepada menghormati aktiviti sekolah & mahu anak2 selesa belajar.

Mmad & Asila.....Semasa berkumpul & berbaris di Uni abang...


Di Herrenhausen....Mmg gelap....Nampak baju & latern je...


Sampai kat sekolah dah......Bolehlah memanaskan badan sikit...
Sesampai je kat sekolah...Pelbagai makanan dihidangkan...


Roti, salad....salami....


Ni roti yang abang bakar & susun......Roti kosong je....Kami tak makan pun...


Related Posts with Thumbnails