Jam 7.45 pagi, kami ( saya, Husna, Huda, Afif & Asila) berjalan bersama2 ke sekolah. Dah lama dah tak hantar Kak Long & Cik Nyah ke sekolah kerana mereka dah boleh berjalan sendiri ke sekolah. Tapi sekarang Afif dah masuk darjah 1 dan baru 6 tahun rasa tak sanggup nak biarkan mereka berjalan bertiga je ke sekolah. So, menjadi rutin le kami akan pergi ke sekolah dan balik dari sekolah beramai-ramai.
Hari ini hari pertama Muhammad Afif ke sekolah. Semangat dan seronok je dia...Dah lama dah dia tunggu2 saat ni...ALHAMDULILLAH senang hati ibu & ayah....
Hari ini hari pertama Muhammad Afif ke sekolah. Semangat dan seronok je dia...Dah lama dah dia tunggu2 saat ni...ALHAMDULILLAH senang hati ibu & ayah....
Sampai je ke kelas...Huda temankan sekejap dan pesan ngan Huda utk tgk2 kan Afif semasa waktu rehat...Risau kut dia tak da kawan lagi...Maklum le dia pun bukannya boleh cakap Deutsch dengan baik lagi....Kebetulan pula kelas Huda hampir ngan kelas Afif...Senang gak hati...
Rakan sekelas ada dalam 20 org je...Tak le ramai sangat...Semasa jam 8.00 pagi tadi ibu-bapa semua balik dan cikgu dah tutup pintu dah...Senyum je cikgu tu tutup pintu....Ada 2 org guru bertugas dalam kelas Afif hari ini...Seorang guru kelas ( Frau Zimmermann ) dan seorang lagi tak sempat nak berkenalan mungkin cikgu Betreuung kut..
Ini le kali pertama mudah je hantar di hari pertama persekolahan...Afif boleh terus masuk ke kelas yang tetap dah, ada tempat duduk khas (ada label nama Afif kat meja ) dan button nametag....Senang hati ibu nak balik ke rumah...Hari ni dalam sejarah le...Hantar hari pertama ke sekolah...Keluar dari rumah jam 7.45 pagi dan sampai balik kat rumah jam 8.10 minit....Kejap je...
Selamat ke sekolah Afif......Belajar baik2, ikut cakap cikgu, hormat cikgu, berkawan dengan baik....Jangan nakal2....MOGA GEMBIRA MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN.....
hari ni paper terakhir utk Final Exam semester ni...Good Luck dua2..
Pelukan memberi semangat dari Kak Long...Semasa ni baru nak keluar rumah....
Hari pertama dah sibuk dah....Nasib baik le tak susun meja kat kelas macam Pak Teh...Kalau tak KEEELAAASSS leee...Walaupun mula2 tu dia ajak Asila main mainan belakang kelas...Tapi sempat larang dia supaya duduk kat meja...
Selamat menempuh alam persekolahan
dari
Ayah, Ibu, Kak Long, Cik Nyah dan Adik Asila....
Nukilan,
Hasmah Haris,
9.30 pagi,
9.8.2010