KHUTUBKHANAH (Resepi yang belum lg dicuba)
Pertama2nya nak ucapkan terimakasih kepada pemilik resepi ni. Ia merupakan seorang kawan masa saya mula kerja ngan Kem. Kesihatan Msia (hospital). Kebetulan waktu tu saya baru masuk kerja ie 15.11.1999 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan kawan saya ni pula baru bertukar kerja dari Hospital Besar Pulau Pinang ke hospital ini. Jadi kiranya kami dah kenal dah lebih 10 tahun le...Cuma saya tak lama kat Hospital Seberang jaya tu..iaitu saya pindah ke Sandakan sekitar awal tahun 2003. Cukup ler utk kami saling mengenali.
Cerita pasai kawan saya ni iaitu Kak Yati namanya. Kak Yati ni suka upload gambar masakan dia kat FB. Saya yang selalu terliur....Apatah lagi kalau nasi ulam, ikan kering & apa2 masakan kampung yg spesel mmg menggoda betul. Lagi satu yg sering menggoda saya adalah ciskek dia. Selalu sgt dia buat & selalu sgt kengkawan order dari dia. Bila selalu org order tu memberikan gambaran kepada saya yang kek ni mmg sedap. Kalo saya kat Penang mmg saya tak nak cuba buat atau fikir2 nak buat pun....Order jerrr...Tapi jauh2 ni kenalah minta resepi. Satu kali tu saya terperasan yg Kak Yati letak resepi dlm FB....Terus je saya minta kebenaran nak copy....TQ Kak Yati....Ni yang bertambah sayang ni.....Hehehe...Inilah yang menurut Kak Yati "CISKEK PALING SENANG DALAM DUNIA". Tak cuba rugi....Mesti cuba gak nanti...
BAHAN2NYA:
Bahan A
-Sebungkus biskut oreo saiz biasa
-butter... dicairkan secukupnya untuk buat doh dengan biskut
Bahan B
-untuk resepi yang ni Kak Yati guna 750gm cream cis philly
-4 biji telur (tak tau size apa tapi kak yati guna telur omega)
-satu sudu teh vanilla esen
-sebiji lemon, ambik jus, guna semua.
-gula castor secukup rasa (sebab Kak Yati tak pernah timbang. main tuang saja. Cuba dulu dengan 150gm).
Cara-caranya:

-Kisar biskut oreo sampai halus.
-+ dengan butter cair sampai boleh buat doh.
- Tekan dalam acuan. (Kyati lapik acuan dengan aluminium foil sebab senang nak keluar nanti).
-Tekan sampai padat dan masuk dalam fridge sekurang-kurangnya 10 minit.
-Cis tadi pukul dengan mixer dalam 5 minit macam tu. (Kak yati guna kelajuan tinggi).
-Cis tadi pukul dengan mixer dalam 5 minit macam tu. (Kak yati guna kelajuan tinggi).
-Lepas tu baru Kak yati masukkan gula castor.
-Pukul tak lebih dari 15 minit.
-Angkat keluar dari mixer. (Lepas ni tak guna mixer dah). (Kak yati guna senduk kayu saja).
-Telur tadi, pecahkan dan pukul sikit bagi dia bercampur saja.
-Telur tadi, pecahkan dan pukul sikit bagi dia bercampur saja.
-Kemudian masukkan dalam adunan cis tadi sikit demi sikit.
-Masuk sikit gaul dulu, masuk sikit gaul lagi sampai habis telur tadi.
-Dah sebati, masukkan esen vanilla dan jus lemon tadi.
-Dah sebati, masukkan esen vanilla dan jus lemon tadi.
-Gaul lagi sampai sebati.
-Tuang atas adunan base tadi dan boleh terus bakar dengan suhu 140 darjah selama 1 jam dengan Teknik steam bake (Bain Marie).
Oven boleh dipanaskan dulu semasa membuat persediaan.
Oven boleh dipanaskan dulu semasa membuat persediaan.
Selamat Mencuba Utk Diri Sendiri......