Baru2 ni terasa teringin nak makan puding roti. So, bbp hari yg lalu ronda2 kat internet mencari resepi. Hasil rujukan bbp resepi maka lahirlah resepi di bawah. Terimakasih kepada myresepi, HaNa's FamiLy, Norma's Kitchen yang menjadi sumber rujukan utk menghasilkan resepi ni.
BAHAN2NYA
Bahan 1:
-500 ml susu segar
-8 keping roti (pakai brand Ja, REWE)
Bahan 2 :
1 s/b gula perang
4 s/b gula pasir
2 s/b butter yg dicairkan
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
3 s/b kismis (2 sudu dicampurkan dalam bancuhan, 1 sudu ditabur di permukaan atas bancuhan)
CARA2NYA :
1.Koyak2kan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2.Kacau dan gaul rata bahan 2. Satukan bersama Bahan 1.
3.Tuangkan campuran bancuhan ke dalam loyang (griskan loyang dgn sedikit mentega terlebih dahulu).
4.Bakar dalam suhu 180'C selama 50 minit/masak.
5. Selepas dibiarkan sejuk sebentar, masukkan ke dalam peti sejuk.
Sedia utk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini cukuplah utk hidangan kami sekeluarga (6 org).
Saya mmg buat agak manis kerana memilih utk makan puding ni tanpa sos kastad. Jika berminat utk makan bersama sos kastad, boleh kurangkan gula kpd 3 sudu sahaja. Resepi sos kastad bo rujuk kat sini. Rasanya, alhamdulillah sedap. Tapi cuma tak jumpa lagi resepi yang sama ngan Cen & Besut buat tu....Puding tu agak basah, lembut sikit (tak begitu terbentuk bila dipotong) dan ada serbuk coklat. Nantilah kalau jumpa nak tanya kat depa resepi tu.