Tuesday, May 4, 2010

Mencari Damai Nun di Sana...




MENCARI DAMAI

NUN DI SANA ....



Kehidupan hari-hari memang sibuk & selalu kelamkabut...Seberang Jaya Pulau Pinang, Sandakan mahupun di Kota Kinabalu..Kadang-kadang selalu membuat aku berfikir kenapalah ini jalan kehidupan yang aku pilih...Tapi sebagai manusia sebenarnya kita telah berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat pilihan....Tapi apakah ini pilihan yang terbaik....Kualiti kehidupan banyak yang terabai....

Beberapa kali berlaku di Sandakan yang ketika Asila demam di Sandakan aku terpaksa juga menghantarnya ke nursery kerana ada tugas di pejabat yang mesti dilaksanakan...Semasa dalam kereta dia batuk & muntah sedangkan aku masih terperangkap dalam kesesakan lalu lintas...Asila menangis terjerit2 di dalam kereta...Aku hanya mampu menenangkan dengan menepuk2nya sahaja sedangkan tangan masih memandu kereta....Dugaan...

Di Sandakan juga jika aku ada oncall malam & abang out-station...Aku bawa je anak-anak naik ambulan dan pergi ke makmal untuk verifikasi keputusan bersama-sama...Bila difikirkan sekarang macam lucu je...Afif waktu tu masih kecil dalam 4 ke 8 bulan usia..Kami berempat naik ambulan & sama-sama pergi ke tempat kerja...Tapi pemandu semua sporting & memahami...Macam-macamlah...

Muhammad yang baru keluar wad pun terpaksa dihantar terus ke nursery...Memang begitulah jika tidak ada pembantu rumah...Bukan aku tak pernah guna khidmat pembantu rumah...Entahlah kadang2 terlalu penat sudah utk membincangkan isu pembantu rumah...Cukuplah aku katakan yang kami dah buat keputusan yang kami akan berdirikari dan tidak berminat lagi utk mengambil pembantu rumah setakad ini..Penat dah...


Sewaktu di Kota Kinabalu.. semasa aku & 4 orang anak berpindah ke sana dan abang masih lagi di Sandakan..Tuhan sahajalah yang tahu CABARANNYA..Jauh dari keluarga...hidup di rantauan...anak 4 orang yang masih kecil....8 tahun, 7 tahun, 4 tahu dan 3 tahun....SENDIRIAN...Hantar ke sekolah, ke kindergarden, ke nursery, aktiviti sekolah, pergi kerja, on call kat tempat kerja, kursus, balik lambat dari tempat kerja (walaupun aku akan elakkan seboleh mungkin) memang CUKUP-CUKUP MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN...Biasanya bila aku mendengar orang mengeluh tentang kesibukan mereka aku lebih suka tersenyum sahaja...kerana kadang-kadang ada waktunya aku berasa seolah-olah aku dah TEPU (saturated) dah..


Kerja ni IBADAH...Kerja aku juga aku anggap mulia kerana membantu orang sakit (dibelakang tabir)...Tapi cabarannya sungguh besar...Tapi satu perkara yang aku sentiasa ingat AKU MEMPUNYAI KELUARGA YANG BAHAGIA, KEWANGAN YANG MENCUKUPI dan alhamdullillah tidak pernah ada tekanan lain yang besar dalam HIDUP kecuali MASA yang sentiasa penuh & berkejar2 nak membuat sesuatu..Biasanya apabila tidur seolah dah tak sedar apa yang berlaku dikeliling...TERLALU LETIH dah...



Abang berfikir...Aku berfikir...


KITA PERLU BEREHAT....


KITA PERLU MENCARI DAMAI....


KITA PERLU TINGKATKAN KUALITI HIDUP KITA ....

Mula-mula aku memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Bioinformatics di New Zealand...Tetapi kemudian menarik diri & akhirnya abang yang memohon sambung belajar...Aku perlu jadi surirumah untuk sementara waktu...Anak-anak perlukan masa yang lebih selesa & berkualiti serta perlukan penjaggaan yang lebih BAIK....



Selain dari untuk meningkatkan ilmu & kerjaya ini adalah antara sebab UTAMA kami berada di sini..Hannover, Germany...

Mula-mula sampai di sini dalam 2 bulan yang pertama aku berasa sedikit canggung...Kewangan menurun mendadak...Baru berada di tempat orang...Keperluan barang di rumah seolah-olah baru memulakan hidup...TERASA JUGA SEDIKIT TEKANAN....Tp alamdullillah selepas 4 bulan di sini, aku berasa betul-betul selesa dan mula MENIKMATI kehidupan yang baru & sungguh seronok dengan pilihan kami ini.....WANG BUKANLAH SEGALANYA....

Syukur kepada tuhan...Aku boleh menghantar abang di pintu untuk ke kelas & menyambut abang dari kelas, menyediakan sarapan, makan tengahari dan malam...Mengajar anak-anak, bermain ngan anak-anak...Hinggakan sekarang ni kalau bertanya kepada 3 orang anak perempuanku...Apakah cita-cita jika besar nanti? Semua nak jadi surirumah...Mungkin mereka dah terlalu penat melihat aku bekerja...Terpaksa pula menerangkan kepada mereka apa yang patut...


Dalam hidup ni kita memang sukar untuk memiliki semua yang kita kehendaki..Ada kalanya kita perlu memilih...dan inilah PILIHAN kami....Kami syukur, gembira dengan pilihan kami....



Autum..pemandangan di hadapan rumah...

Semasa autumm tp dah dekat2 nak winter..kesejukan mula terasa... Kali pertama ke Herrenhauser Garten


Winter 2010 - Bergambar semasa buat snowman di playground depan rumah...




Di hujung winter 2010 - Berhampiran rumah semasa pergi ke REWE

Menikmati panasnya mentari di Berlin...



Aktiviti riadhah....



Bermain pasir di playground di hadapan rumah..awal spring..




Pemandangan dari Jendela rumah...Segar, hijau & menenangkan..



Spring 2010 Herrenhauser Garten (Tempat favourite kami sekeluarga)



Abang - Herrenhauser Garten


Itik dengan 13 ekor anak2 yang comel...Husna, Nabila, Mmad & Asila girang...



Terlebih ceria...



Gembira selalu...



Kak Long dengan bunganya...Sepanjang jalan boleh didapati dengan banyak



Nabila...jangan tersembur air liur sudah...



Asila...Seronok sangat



Ibu & Asila menikmati keindahan bunga2...



Bermain dengan itik di tasik di Herrenhauser Garten


Bunga-bunga yang indah di mata....
Sejuk di hati..
Itulah Kebesaran Illahi...































Aku tak mahu kehilangan musim bunga ini...Biarlah musim berlalu, biarlah daun berguguran, salji berguguran... Biarlah salji mencair atau biarlah mentari memancar terik. Saling bergantian mengambil musim mengikut ketentuanNya...Tapi aku mahu Musim Bunga kami...Tidak Berubah...Biarlah terus kembang kelopak segar di hati-hati kami...Ya Allah Limpahkanlah RahmatMu, Kasih-sayangMu & KeredhaanMu dalam keluargaku, saudaraku, sahabat2ku & seluruh kaum muslimin. Panjangkanlah umur kami dalam iman dan murahkanlah rezeki kami dalam kebajikan.....

Amin...
Related Posts with Thumbnails