Wednesday, March 17, 2010

Bila Rindu Kat Kampung...

KAMI SELALU RINDUKAN MALAYSIA.....

Kami kat sini selalu rindukan Msia....Terutamanya dalam bulan pertama dan kedua di sini...

Bermacam2 aktiviti Kak Long, Cik Nyah, Abang dan Asila buat utk mengubat rindu mereka kat Malaysia...

1. Rindu kat OPAH, MAK ANJANG dan AYAH ANJANG...

2. Rindu nak makan KETAM (terutama Asila coz dia org Sandakan)

3. Rindu nak mandi sungai

4. Rindu nak tangkap belalang

5. Rindu nak main layang2

6. Rindu kat mainan KERETAPI kat rumah

7. Rindu nak pergi jalan kat tepi pantai..

Apabila mereka semua bising2...aku cuma beritahu yang lagi 22 bulan atau 23 bulan kita akan balik Msia...saja nak nampakkan macam tak lama...

Lepas tu beri kertas kat mereka...suruh tulis surat (diaorg akan buat kad) kat OPAH, MAK ANJANG n AYAH ANJANG dan beritahu yang nanti kita akan hantar...bila ibu ada masa yang sesuai...TUNGGU JE....(Biasa le berjanji umum senang sikit...Tak le termasuk yang tak menepati janji...Akan nak hantar bila tu tak cakap...

Aku dah ambil gambar kad 2 tu ...dan akan postkan melalui blog ni.. senang sikit...

Selepas 5 bulan lebih kat sini baru berjaya menunaikan JANJI-JANJI kat Princess n Prince ibu...Sorry tp ibu tak tipu kan...
OK...utk Opah..Mak Anjang n Ayang Anjang ni adalah kad2 yang pernah ditulis oleh Kak Long, Cik Nyah, Afif & Asila. Mereka memang rindu & selalu minta supaya Opah, Mak Anjang dan Ayah Anjang datang ke German...




Tak tahu nak tulis lain..asyik2 kad hepi besday je..Nanti le Ibu ajar diaorg tulis surat lak ...Ini surat Asila..


Asila juga..dia warna tp Nabila lukiskan...


Kak Long lukiskan & Asila warnakan...
Related Posts with Thumbnails