Hari tu seperti pagi2 yang biasa...aku & abang sibuk urus budak2 utk hantar Kak Long, Cik Nyah dan Afif ke nursery...Tp bila pegang Afif badannya panas & dia merengek2 tidak selesa...
Aku baru sebulan kerja di Hosp. Duchess of Kent selepas maternity leave & baru berpindah dari Hosp Seberang Jaya...Hari tu kebetulan aku menggantikan Ketua Jabatan (Patologi) yang berkurusus di Kuala Lumpur...Kira kali pertama menggantikan Ketua Jabatan sejak bekerja di sini..
Abang suruh akau EL coz dia ada meeting hari ni..Aku kata tak boleh coz aku menggantikan Ketua Jabatan..Waktu tu hanya ada 2 org Pegawai Sains je...Jadi aku & Shallehin kena bergilir2 samada nak cuti atau berkursus...salah seorg mesti ada....Ini cuma dari segi tanggungjawab pengurusan...walaupun hakikatnya di makmal ada 3 org senior MLT yg bo dikatakan tahu keseluruhan pengurusan makmal...Tp bila tiba buat keputusan kami gak kena bertanggungjawab buat keputusan...Mrs Ling, Richard & Johnny..adalah 3 senior MLT waktu tu..
Pastu aku cadangkan kat abang yang kita mesti gi GP dulu bawa Afif...kemudian baru masing2 pergi kerja selepas ambik ubat & jumpa doktor. Kami terus bawa Afif ke Klinik Indah (Dr. Ng Chin Leong)...Bila je jumpa, Dr. Ng cakap yg dia suspect meningitis & suruh aku gi A&E hospital utk admit ward..& dia pesan sebelum aku keluar klinik...
'Kalo doktor kat A&E tak admitkan Afif ke ward telefon dia..Bior dia jeritkan doktor tu'
Tu pesan dia (actually doktor ni ex-dr kat Hosp. Duchess of Kent n kerja kat ward peads). Dia juga telah buat surat rujukan utk dibawa ke A&E...
Waktu menunggu kat A&E aku pergi ke makmal utk maklumkan kepada staff yg aku dtg lambat ke makmal kerana nak uruskan anak...Hati ku belum mampu lagi utk tak hadir kerja dengan mudah...Richard cakap kat aku..
'Puan, puan isi je borang cuti & uruskan anak puan dan jangan fikir pasal makmal...kami akan urus dan akan telefon puan jika ada perkara yang perlu..kami akan bertanggungjawab. Puan mesti dengar cakap saya'. Aku mendengar & menurut je katanya...
Masih aku ingat nasihat dia hingga kini...Aku dan abang pun terus uruskan Afif hingga masuk ke wad...Dua2 kami tak gi kerja...Aku terus tak balik ke rumah hingga 7 hari...abang balik rumah...uruskan Kak Long & Nabila dan hantar keperluan kami hari2..Tiap2 hari abang akan datang melawat kami...
Waktu tu waktu yang paling GETIR dalam hidup kami...Jika mendengar kesan dari penyakit ini kepada kanak2 tuhan sahaja yang tahu apa perasaan kami...Tp Alhamdullillah Afif dikesan awal & tidak menunjukkan sebarang tanda yang begitu bahaya...cuma risiko tu masih ada dan hanya boleh dipastikan yang betul2 selamat dari sebarang kesan selepas 2 tahun...lama nye nak tungggu sehingga boleh menariknafas LEGA.. Keadaan di wad kelas 2 & 3 tu mmg betul2 sesak & padat...sakit budak2 kat dalam tu pun bermacam2...bising..panas...sesak..Bilik air kongsi...keadaannya ...entah le...Tuhan je lah yang tahu...Tp aku tak dpt pindah ke wad kelas 1 krn Afif masih belum stabil & perlu berada dekat ngan kaunter Nurse utk mudah pemantauan...So terpaksa terima je...
Ketika itu baru aku tahu apa itu 'Menangis tidak berair mata' ...Aku hanya boleh menangis di dalam hati je..tak da air mata lagi yang boleh keluar...risau, sedih..dan segala perasaan bergelumang....Aku hanya banyak diam dan berkomunikasi sekadar yang perlu..dengan ibu2 lain yang menunggu di hospital aku hanya senyum dan cakap Afif demam panas je...Aku tak bersembang sangat pun...Setiap masa melayan Afif & menyusukannya selagi dia mahu dan sentiasa memastikan yang aku akan membuat dan memberikan keadaan paling SELESA yang aku mampu...Sentiasa memastikan suhu badannya terkawal (wet sponge), makan ubat dengan cukup & minum susu dengan banyak utk memastikan BO n PU memuaskan...ITU JE PERKARA YANG AKU BOLEH BUAT secara fizikal...SELAIN DARI ITU CALL MAK & CIK NIE minta sembahyang hajat & doakan kesihatan terbaik utk Afif (supaya penyakit sembuh dengan sempurna dan tidak meninggalkan sebarang kesan atau tanda yang tidak baik)...Ya Allah kalau ini telah ditakdirkan aku redha tapi apa yang aku mohon LEMBUTKANLAH TAKDIR...
Selepas 7 hari di wad aku balik ke rumah hujung minggu tu..Abang jaga Afif sekejap & suruh aku balik sebab Kak Long & Cik Nyah dah lama aku tak jaga..Aku balik rumah, masak dan bermain ngan mereka berdua..Petang tu waktu aku drive nak ke hospital...ada lagi peristiwa berlaku..sebuah kereta Kenari melanggar kereta aku dari belakang...Alhamdullillah kami bertiga selamat dan tiada apa masalah, cuma bumper belakang rosak..(kereta kenari pecah tangki minyak & terpaksa khidmat TOW). Pemandu KENARI ajak pergi Balai Polis bersama...aku kata aku tak nak coz nak breastfeed Afif di wad & aku tak sedar marah dia langgar aku...macam le dia saja2 nak langggar...Aku terus beritahu yang aku tak janji apa2 cuma aku akan PASTIKAN aku akan buat police report dalam masa 24 jam...itu saja...
Sampai wad...kami bawa je Afif keluar dari wad & pergi wat police report..aku takut nak gi sendiri tp aku kena hadir utk buat polis report..so bawa je Afif keluar tanpa pesan apa2 kat Staf nurse...takut kalo beritahu tak dibenarkan & susah2 je nurse nak fikir baik lari buta je..tak de sapa2 yang susah..apa2 risiko tanggung sendiri...(waktu tu kami dah ditukarkan ke kelas 1-sorang je satu bilik..) Balik dari buat police report aku minta maaf je kat Nurse dan beritahu aku ada perkara yang sangat penting nak diurus..dia diam je...may be dia anggap ni le susahnye kalo staff hospital sendiri masuk ward..Tak pa la...dah salah diam je lah..
Muhammad Afif ketawa riang.....Pasai ape ni Afif..sapa wat lucu?
Termenung sebentar....memikirkan masa depan?
Bergambar ngan Asila sewaktu nak tidur petang di Apartment Mesra, Kota Kinabalu.
Mendapat tempat ke 2 dalam acara lumba lari..Ada ramai peserta besar2 tp laju je dia lari waktu tu...Tempat pertama Arsyad...Afif bgtau yg Arsyad mmg betul2 laju lari x bo nak lawan ...Dia begitu gembira waktu terima hadiah tu....
Semasa jalan2 di Hannover dapat belon percuma....Suka sangat Afif
Membuat aksi yang sama ngan Uncle Pesot semasa jamuan di rumah...Pesot rajin melayan...seronok betul Afif waktu tu...cerita macam2 Pesot layan je...
Bersama-sama Ibu, Kak Long, Cik Nyah & Asila semasa Pertunjukan Circus di sekolah Kak Long...Kak Long turut serta dalam program tersebut.
Di Taman Permainan di hadapan rumah....Baru sampai di Hannover...Masih autumm....
Afif & Asila....
Bermain ngan Asila di Taman Permainan
Di tempat permainan di Klinik Pakar Gigi di Hannover..
Semasa di Klinik Gigi menemani Asila...Afif bosan coz ibu nak ambik gambar tp dia nak main...."Ini last to bu.." katanya..
Makan tengahari semasa Harijadi ke 6....Kek belum siap lagi...
Dah siap dah kek...Ibu tak berani nak beli cheese cream (tak tahu mana yg halal) nak buat topping...So hias ngan strawberries je lah...
Afif bergambar di samping hadiah & kek Harijadi...
Afif cakap ....Gambar ni nak tunjukkan kat Opah yang dia dah sampai sini dah baca Iqra'. Dia kata 'Pah jgn risau...dia rajin mengaji kat German ni...Utk pengetahuan Opah & saudara di kampung pada hari ni (4.4.2010) Afif di Iqra' 4 & lagi 2 muka surat nak ke Iqra' 5..Insyaallah lagi 5 hari dia masuk Iqra' 5....
Serius semasa mengaji ngan Ibu....Ibu garang ni....waktu ni kami kesejukan...So mengaji atas katil...Hee..Hee..
Gambar diambil sehari selepas Harijadinya....Dia sikat rambut sendiri & kata itu fesyen rambut barunya...