Sekejap sahaja masa berlalu.....Pejam celik pejam celik kami sudah berada di penghujung tahun ke 2 berada di Hannover, Germany....Tiba masanya utk balik ke Malaysia....Mmg, rindu kepada negara tercinta seperti sudah tidak terbendung lagi...Rindu pada mak, adik2 beradik, saudara-mara & sahabat handai...Rindu pada makanan, suasana & bermacam2 lagi. Tapi dalam masa yg sama tetap sedih & berat hati melepaskan suasana damai & tenang di rantauan ni. Tapi biarlah, bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Biarlah politik yang berkecamuk, biarlah keselamatan di hujung tanduk, biarlah harga barang yang melambung, biarlah apa saja.....Kami tetap akan balik jua....Back for good, insyaallah...Syukur kehadratNya dengan rahmat yang melimpah ini...
Seminggu kebelakangan ini, kami (terutama abang & saya) begitu sibuk. Di samping berkemas barang2an utk dibawa pulang, abang juga sibuk dengan pembetulan akhir penulisan tesis di sini. Saya sendiri di samping menguruskan urusan rumahtangga di siang hari, malam pula mengemas barang2. 3 malam tak tidur....Lepas solat isya' terus berkemas hingga sahur & subuh....Selesai solat subuh rehat sebentar hingga jam 7.00 pagi utk mengejut anak2 ke sekolah. Selepas anakanda bertiga ke sekolah baru berpeluang melelapkan mata. Entahlah berasa lebih selesa utk berkemas pada malam hari. Lebih tenang, boleh makan & minum serta anak2 tidak menggangu. So masa lebih berkualiti lagi...
Sebenarnya kami telah mula berkemas terlalu lama. Sedikit demi sedikit, berperingkat2....Bermula selepas winter (sekitar bulan Februari tahun ini) hingga sekarang.....Entah berapa kali mengasing, menyusun dah membuang barang2 yang dirasakan tidak begitu penting. Alhamdulillah, usaha kami itu amat membantu di mana di saat2 akhir tidak begitu memberi tekanan....Walaupun tidak disusun dengan baik pada mulanya tetapi pengkelasan dari peringkat awal memang banyak membantu....Sesungguhnya masa 24 jam yang ada cuba digunakan sebaik mungkin sejak dari dulu lagi....Tetapi seawal mana kita bersedia pun, di saat akhir tetap memerlukan pengorbanan masa & tenaga yang tinggi. Maklumlah kami ni keluarga besar (6 orang)....Melihat komen2 kawan2 di FB yang letih & malas utk berkemas pulang beraya ke kampung, saya hanya mampu tersenyum....Tak leh nak komen dah...Rasanyer tak der yg 3 hari tak tidur utk berkemas pulang ke kampung kut....
Tetapi susah payah kami tidak bersendirian.....Terima kasih tidak terhingga kepada adik2 di sini yang banyak membantu....Bukan sahaja di Hannover, malah di Braunsweigh dan juga di Osnabruck.
Walaupun ikut perancangan awal kami akan menghantar barang ke Malaysia menggunakan half container load services kerana barang2 kami tidak begitu banyak. (Terimakasih juga kepada IU & Neny yg byk memberi info tentang kaedah penghantaran ni). Itu pun abang amat berat hati utk bersetuju dengan cadangan saya di mana abang lebih suka menggunakan perkhidmatan door to door yang bagi saya terlalu mahal & jumlah barangan yang dapat dihantar juga menjadi terlalu terhad (kerana kos yg tinggi). Abang tidak mahu menggunakan half container load services kerana byk perkara yang perlu diselesaikan bermula dari di sini hingga apabila barangan tiba di Malaysia nanti. Mengurus dengan pihak pelabuhan, custom clearance, pengangkutan barangan dr Port Klang ke rumah etc....Tetapi rezeki tetap rezeki. Akhirnya dengan maklumat dan peluang yang muncul di saat2 akhir kami berjaya berkongsi container dengan adik2 dr Osnabruck....Mereka mengambil Full Container Load (FLC) dan kami hanya merupakan salah seorang dari lebih kurang 10 orang yang berkongsi dan semua urusan diurus oleh pihak mereka. Kami hanya pack barang2 & hantar ke rumah mereka. Itu sahaja. Lain2 semua diuruskan oleh mereka......Inilah rezeki Allah....Sesungguhnya kami amat bersyukur....Kurang tekanan kerja, masa, susah payah & dalam masa yang sama keselamatan barangan yang dihantar lebih terjamin. Last but no least, kos penghantaran juga semakin jimat.....ie Euro 1600/container boleh dikongsi beramai2...
Bukan itu sahaja, malah pengurusan pengangkutan dari Hannover ke Osnabruck juga dibantu sepenuhnya. Terima kasih tidak terhingga kepada Cen yang menguruskan penentuan tarikh (menyesuaikan masa yang sesuai dengan Radin), penempahan lori & juga berhubung dengan adik2 di Osnabruck ( Aiman & Acong). Radin yang akan balik ke Malaysia utk berhari raya pada hujung minggu ini juga, terpaksa mengorbankan waktu rehat selepas penat bekerja pada sebelah petang utk menjadi driver menghantar barang2 kami ke Osnabruck. Last but not least, semua adik2 yang membantu mengangkat barang pada sebelah petang ( padahal penat berpuasa ). Kami sekeluarga sangat terharu dengan budi baik semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua....Kami hanya mampu mendoakan yang terbaik utk anda sekalian....Sempena bulan yang mulia ini, moga kita sentiasa dinaungi rahmat dari Illahi & perjalanan kita sentiasa berada di landasanNya...AMIN...
Dah siap pack dah....Antara 21 items barang2 kami....