Sunday, January 16, 2011

Mentari Itu....

Tinggal kenangan.....
Projek igloo Ayah Anjang, Mak Anjang, Nyah Amin, Muhammad & Asila...
Hampir sebulan yang lalu......Kini salji telah mencair.....

Hari ni cuaca cerah......Matahari bersinar terang......Terasa sudah berada di musim spring....Suhu mencecah 12 darjah celcius......Ramai ibu-bapa membawa anak2 ke taman permainan.....Baru nampak Batir Kupe (jiran kami orang Turkey) dan anak2 di taman permainan.....Bermula dari hujung autumn dan sepanjang musim winter baru2 ni mmg tak pernah bertembung dengan mereka di taman. Kekadang berasa hairan kenapa agaknyer Org Turkey ni tak suka keluar semasa musim sejuk....Ya, lain padang lain belalang......Lain orang lain caranya.....Merenung keluar dari jendela bilik, memandang terus ke taman permainan.....Mendengar jeritan dan tawa anak2....Kemeriahan terasa........

Jam 1.00 tghari anakanda berempat dan ayandanda balik dari taman. Bising je suara mereka menaiki tangga.....Selepas solat zuhur, makan tengahari & solat asar, saya mengajar mereka sebentar.....Dari jam 3.00 petang hingga jam 4.00 petang.....Biar sedikit jangan tiada.....Hari ni Asila mula lancar membaca Buku Bacalah Anakku (jilid ke 3).....Dia mula menunjukkan semangat utk belajar....Alhamdulillah, kalau dulu macam terpaksa je belajar....Kini baru berubah....Muhammad pula belajar nombor dari 100 hingga ke 1000....Belajar mengenal nombor dan menyebutnya dengan betul.....Walaupun mula2 agak sukar, tetapi dia berjaya juga mengenal dengan mudah akhirnya.....Kak Long Cik Nyah membaca Buku I Can Say Zikr yg Mak Anjang bawa....Buku tu bagus kerana ada terjemahan......Malam nanti akan sambung dengan perbincangan tentang apa yang telah dibaca & kefahaman mereka tentangnya.....Harap2 semuanya berjalan lancar.......


Kini semua sedang bermain2 di dalam rumah.....Senja bakal menjelma tak lama lagi.....Jam 4.40 petang waktu maghrib......Sembahyang, mengaji, makan malam, berehat dan sambung belajar.....Hari ni bercadang nak beri mereka tidur awal. Kak Long & Cik Nyah baru sembuh demam, esok pula hari persekolahan.....Biarlah mereka dapat rehat & tidur yang cukup.........Malam nanti selepas aktiviti biasa iaitu main UNO bersama Asila, bolehlah menghabiskan itenenary percutian idaman hujung Mac ni nanti......."Vinter sonat pa Mount Titlis....."


Ayah Anjang.....Finishing touch....

Siap dah.....Cantik2...
Hasmah Haris,
160111
Related Posts with Thumbnails