Hari ni sebelah pagi sibuk membuat kek oren sicilian & muffin utk dibawa ke sekolah malam nanti. Pada jam 4.30 malam hari ni ada perjumpaan kelas sempena winter di kelas Nabilatul Huda. Di samping itu kami juga berpeluang menyaksikan persembahan teater dari murid2 kelas Nabila. Nabila hanya berlakun sebagai salji. Jenuh juga ler mencari baju putih & alhamdulillah Mak Uda dah belikan tudung putih (Mak Anjang yang bawakan).
Nabila, Muhammad & Asila sahaja yang ikut serta dalam program Nabila di mana Kak Long tinggal di rumah bersama Ayah Anjang & Mak Anjang. Persembahan 20 minit dimulakan pada jam 5.00 malam selepas berkumpul sebentar di kelas Nabila sementara murid2 menukar pakaian utk persembahan. Selepas persembahan semua berkumpul kembali di kelas sambil menikmati kek, wafer & biskut2..........Jam 6.30 malam kami pun pulang.....Alhamdullillah ada ibu Fatima (berbangsa Arab) yang boleh berbahasa Inggeris.....Kalau tak jadi orang bisu je lah...
Nabila semasa persembahan.....Nabila berlakun sebagai salji yang lebat...
Di luar sekolah....Nak balik dah ni...
Jam 6.00 malam kami balik ke rumah.