Sejak dari malam tadi, salji turun turun dengan lebatnya. Bangun pagi tadi salji memutih memenuhi jalanraya dan setiap inci tanah....Semua anakanda2 gembira....."Yeeah....Petang ni boleh main salji".....Saya sendiri pun berasa gembira apabila melihat salji dah memutih.....Indah & bersih.....Belum tercemar lagi.....Nanti apabila dah dipijak2 & batu2 hitam ditabur utk mengelakkan licin dah tak seronok tgk lagi....Saat2 camni le yg nak dinikmati.....Saya suka dalam awal2 winter ni...Tapi bila dah 2 bulan tu, mula rasa letih dah.....Penat nak pakai pelbagai pakaian.....Wbpun tetap syukur kerana ada tempat perlindungan yang selesa & tak perlu bekerja di dalam salji & hembusan angin yang mencecah -17 @ -20 darjah celcius......
Teringat ketika mula2 nak dtg German dulu.....Abg Cik (abg saya yang ketiga) komen "Kenapa ni dik, tak da negara lain lagi ke Aziz (Cik Abang) nak belajar". Abg Cik yang dah biasa bekerja di dalam salji mmg tak setuju langsung saya nak pergi ke sini. Tetapi lepas lama diam baru Abang Cik berkata "Yalah, korang bukan susah sangat, bukan kerja kat outdoor. Abg Cik lainlah" sambung Abang Cik kemudian mengenangkan cara kerja beliau yang mengerah tenaga dan fikiran & bertahan dengan tenaga haba yang dihasilkan badan di dalam kesejukan salji. Kelmarin Abang ada excursion di Shell Co. Plant di Hamburg. Barulah boleh merasakan sedikit apa yang Abg Cik rasa. Kami yang lain2 ni alhamdullillah le...Sekadar ke sekolah, shopping sikit2....Boleh dianggap tak da masalah.....Masih boleh merasa gembira menyambut salji yang memutih.....
Pagi tadi keluar ngan Asila.....Sebabnya....Nak menyejukkan diri & bermain dengan salji sambil berjalan2.....Test power dulu.....

Meredah salji....Sengaja jalan kat tempat yang tebal salji.....Padahal sejak 5 pagi lagi dah ada
pekerja yang membersih/menyodok jalan...
Petang tadi, seperti dijanjikan kami pun turun ke playground. Bersukaria secara bersederhana....Menikmati kejadian Illahi.......
Alhamdulillah semua sihat & boleh bermain dengan selesa. Kami je yang bermain kat playground ni hari ni. Di court bola sebelah ada 2 org remaja lelaki sedang bermain bola....Ada le juga kawan. Puaslah juga budak2 bermain petang ni....Jam 4.00 petang kami naik ke rumah....Tak sampai 30 minit kami bermain........Lain kali main lagi....
Baru sampai kat playground....Nabilatul Huda......
Salam....Bye..