Friday, September 17, 2010

Beraya di Hamburg dan London



Jauh Beraya Kali Ni...

Dah lama dah nak sambung cerita mengenai aktiviti raya seterusnya (hari raya keempat dan seterusnya)...Tapi tak tahu le asyik2 sibuk je....Buat biskut raya utk budak2 nak bawa ke sekolah...Harijadi Nabila (20.9.2010)...Mula berpuasa dan macam2lah......


Alhamdullillah, hari ni dah puasa di bulan Syawal masuk hari ke-3.....Rasa lapang sikit petang selepas masak kuih (triffle) dan 1 lauk (masak cili ikan) ambil kesempatan berehat sekejap...Sikit lagi jam 5.30 ptg nak sembahyang Asar dan sambung masak sayur dan nasi oren (masuk hari ni dah kali ke 2 dah masak nasi oren...Sempat ambil resepi kat Kak Chik (KC) sewaktu menyembang di dapur ngan KC...TQ KC)


Rentetan cerita Beraya di rantauan......


Hari raya pertama, selepas beraya kat rumah, petangnya berjalan2 ngan Najib & Emy ke Herrenhausen Garten & Uni abang.

Hari raya kedua, buat rumah terbuka....OK juga hepi bo beraya bersama2 kengkawan...

Hari raya ketiga, pergi menziarah sahabat handai di zoo...Kawan lama jangan dilupa di hari lebaran...Pergi ke zoo bersama2 Najib & Emy...

Hari raya keempat, beraya di Masjid Pakistan sempena Food Bazaar bagi membantu mangsa banjir di Pakistan.
Hari raya kelima, beraya kat Hamburg....Seronok juga...Terjumpa saudara seagama dari Kuwait...

Hari raya keenam & ketujuh.....Beraya sakan kat London....Sampai dah tak larat nak jalan dah....Jenuh menapak & soping (bukan byk duit pun)

Hari raya kelapan......Bertapa kat rumah....Caj bateri balik.....Bersyukur semua berjalan lancar & gembira beraya di Germany walaupun RINDU kat saudaramara dan kg halaman tak dpt dinafikan......

Hari raya kesembilan.....Beraya di rumah Kak Chik & Zeljan di Braunsweig...Ramai yg hadir dari Braunsweig sendiri, dari Wolfsburg dan dari Hannover..




YEAH....



Secebis kisah di Hamburg & London...

Afif sdg meniru karangan perjalanan Kak Long...
Pura2 je macam fikir tp meniru...Hehe..

Bergembira di Port Hamburg...Afif & Nabila..

Menikmati nasi goreng di Family Room (ni kat kitchen)

Alhamdullillah family room yg kami sewa ni mmg selesa....Ada tiga bilik tidur dan satu dapur...Tp sayang kami hanya tidur sehingga jam 2.00 pagi je kat sini....Awal pagi kami sudah meredah kedinginan dinihari utk mengambil bas ke Hbf Hamburg utk ke Lubeck Bhf dan seterusnya ke Lübeck Flughafen Bhf....Sekitar jam 6.30 pagi kami tiba di Lübeck Flughafen (Lübeck Airport)...Hujan renyai2 waktu tu....Kedinginan meresap di segenap ruang....Alhamdullillah selamat sampai di airport mengikut waktunya, walaupun terpaksa mengórbankan waktu tidur yg selesa di hotel...

Selepas 'Boat cruising' kat Hamburg... Ayah, Husna, Huda, Afif & Asila...

Hotel Budapest di Hamburg..Tempat kami menginap...
Selesa & semua pekerja amat membantu dan bersedia bercakap English...Lega sikit..
Kenapa le Hannover tak macam ni....Org Hamburg menganggap org luar
adalah pelancung tetapi org Hannover menganggap org luar adalah immigrant...Agak nyer lah.
.

Kami sampai di Hamburg sekitar jam 12.00 tghari dan berlepas ke London pada keesokan harinya jam 9.20 pagi....Terasa belum puas melawat Bandar Hamburg yg merupakan bandar ke 2 terbesar di Germany selepas Berlin...Ia memang bandar pelancungan dan berasa selesa berada di sana...Terkilan tidak sempat pergi ke Fish Market kerana masa yg tidak sesuai....Insyallah akan pergi lagi nanti...


Dlm flight...Lübeck Flughafen, Hamburg, Germany ke
Airport Stansted, London.

Ni Afif amik gambar dr dlm flight...Bo tahan gak dia..

Baru sampai di Airport Stansted, London...Muka penat..
Lama kat Immigresen UK...Anak bekas jajahan pun nak check lama2...

Kami tiba di London sekitar jam 11.00 pagi pada 14.9.2010. Menginap di rest house milik orang Malaysia (tidak pasti warganegara) yg berasal dari Kelantan....Alhamdullillah selesa dan murah...6 org kami hanya membayar 40 pound je satu malam.....jadi kami hanya membelanjakan 8o pound sahaja utk penginapan selama 2 hari di London.....Bukan senang mau cari tu...

Buckingham Palace....Kat pintu luar je lah....


London Central Mosque
Sepanjang 2 hari kami meronda di Kota Metropolitan London ni...2-2 hari kami datang ke masjid ni utk bersembahyang dan juga berehat serta makan di sini. Kami berasa selesa dengan pelbagai wajah di sini dan merasakan betapa agama menyatukan kita semua....Indonesia, Malaysia, Arab, Pakistan, Orang Eropah sendiri dan pelbagai lagi....Sungguh menggembirakan dan menyentuh perasaan...Afif seperti biasa dengan sikap mesra alamnya, pergi bersalaman dengan semua yang ada di dalam masjid...Sewaktu kami sedang makan ada seorang saudara ( sekitar umur 40 an dan berkulit hitam) datang memberi gula2 kepada budak berempat tu....Memang berasa teharu dengan kemesraan yang dihulurkan....


Ketika di Hamburg juga kami menempuh pengalaman yang sama...Sedang kami berjalan utk menuju ke Hotel....Kami telah menempuh jalan yang sama utk kali ke 3....Tiba2 dikejutkan dengan salam dan kelihatan seorang lelaki menghulurkan sebungkus roti.....Bila kami perhatikan yang dia memang sengaja keluar dari kedai (samada pekerja atau tuan kedai) dan memberi kepada kami....Kami bersangka positif yang dia mmg gembira melihat saudara seagama berada di situ bersama keluarga dan mennghulurkan tali silaturrahim....Moga Allah membalasnya budi baik mereka dan menggolongkan mereka bersama orang2 yang solleh di akhirat nanti....Amin...

Dalam bas 2 tingkat...Waktu ni baru naik....

London Eye...Bersama Asila di atas bas...

Telefon Opah ke?....


Dalam perjalanan balik dari Hamburg ke Hannover..Mmad dengan aksi bosannya....Ayah buat tak kisah je....Cantik rambut Mmad...
Secebis kisah beraya di rumah Kak Chik di Braunsweig

Pada jam 11.30 pagi hari Sabtu (18.9.2010) kami bertolak dari rumah dan mengambil S-Bahn dari rumah ke Hbf Hannover. Dari Hbf Hannover kami ke Braunsweig utk beraya lagi....Kami pergi bersama2 Besut, Cen, Hulaimi, Ida dan Kamal.


3 org budak berkongsi kerusi...Izlin, Asila & Afif...


Bergambar beramai2 di Hari Raya ke 7 di rumah Kak Chik...



Antara suasana di rumah Kak Chik yg sempat dirakamkan....TQ Ismail..

Kak Chik & Hazimin yg sibuk kat dapur..Hazimin waktu ni berlakon je...Apa2 pun

TQ Kak Chik & juga Hazimin yg sibuk membantu dari awal...



Aktiviti budak2....Tu yg nangis waktu nak balik tu...



Bersama Kak Chik .....Waktu ni dah bersiap nak balik...

Terima kasih kepada KC & Zeljan yang menjemput kami. Seronok beraya bersama-sama dan makanan yang sedap. Ada peluang kita berkumpul lagi bersama-sama...
Banyak dah membebel ni....Masa dah jam 5.34 petang....Masa utk aktiviti seterusnya....Cerita pun panjang sgt dah ni....Tak larat dah baca kut...TQ semua...Nak gi sembahyang dan memasak dah....


Nukilan,
Hasmah Haris,
24 Sept 2010
5:34 ptg..
Related Posts with Thumbnails