Monday, August 30, 2010

Bila Nak Buat Kuih Raya Ya?

Kelmarin (29 Ogos) sekitar jam 12.oo tghari selepas buat mee bersama2 kekanda, berfikir2 apa le menu lain hari ni....Sambil dok fikir2 tu Asila lalu kat kat sebelah...Terus tanya dia...Asila kita nak masak apa ya ptg ni?....Laju dia jawab 'Buat biskut le'..Tersedar yg perlu merancang nak buat biskut dah...Kelmarin dulu pun Emy dari Berlin ada bertanya...Tp satu biskut raya pun tak buat lagi.....Bangun segera dari mimpi...Cepat2 bergerak....Kerana esok bermula dari hari ni...Maka hari rancang apa biskut nak buat dan apa bahan nak beli....Maka akan bermula le projek mini biskut raya insyaallah pada 30 Ogos...Sebab esok MERDEKA..Eeh eh apa lak kaitan nya....


Menu kelmarin...Sebab dah buat mee...Maka satu dari menunya mesti berkisarkan mee....So Mee hailam 6 siap....Tambah 3....Alamak sibuk juga tukang masak kelmarin...Tp tak pa...pembantu setia ada (untung juga kekanda bercuti sepanjang bulan Ramadhan ni..) Bila lagi nak curahkan kepakaran kat dapur...



Ni dia Mee Hailam Hannover...Siap...





Mee yang dibuat sebelum solat zuhur....


Pastu selepas sembahyang maghrib....Tetiba ada angin lain...Terasa nak makan keropok lekor....Elok2 dah keluarkan fillet ikan utk goreng...Terus bertukar resepi...Sebelum makan nasi...Sempat blender dulu ikan...Lepas makan nasi...Yang lain2 dok dengar berita....Berperap kat dapur dan menguli keropok lekor....Resepi sesuka hati selepas mengeledah ke dapur Neny dan FB Ismail & Azizah bulan lalu...Tambah sikit tepung jagung & gunakan tepung ubi & perisakan dengan lada sulah dan garam....Gaul2 secukup rasa, pastu rebus.....


Ni lepas rebus...Putih je...Tercampur clorox...Tak le dah fillet ikan tu warna putih mana nak dtgnya warna lain. Lainlah kalau tepung ubi warna kelabu ke...



Lepas je rebus terus gi sembahyang isya' dan terawih ngan kekanda...Hari ni anakanda2 bertiga tak sembahyang sama kerana esok sekolah (semua kena tidur awal) jadi jemaah sama2 ngan anakanda2 sembahyang isya' je...


Lepas je terawih terus panaskan minyak dan makan bersama2 ngan kekanda....Jam dah 11.30 malam...."Aiiik macam manalah ibu tak gemuk" kata Afif selalu...Nantilah nak tunjukkan kat dia macam mana kiraan BMI ibu ni masih dalam normal lagi wpun dah hujung2.....Sembang mesti ada fakta laa...Semua nak suruh kurus cam dia je...

Keropok lekor.....Tak kan nak sama macam keropok Losong kut...Ni bukan T'ganu...

Sos keropok...Bawang putih, cili kering & sos cili....Tumis2...siap..



Anak muda ibu yg tetap menten kurus dari dulu dan kini...Gambar ihsan semasa baru berjaya melicinkan pinggan semasa sahur yang pertama...Pisang sekerat, nasi sepinggan....Muka mengantuk je...

OK, salam utk semua. Nak keluar dah sikit lagi...Apalagi beli bahan2 nak buat biskut raya....


Nukilan,

Hasmah Haris.

Related Posts with Thumbnails