Kelmarin sempena 17 Ramadhan....(27 Ogos 2010) Genap 5 tahun usia Asila kalau mengikut kalendar Islam....5 tahun yang lalu pada pagi 17 Ramadhan ibu telah selamat melahirkan Asila pada jam 10.29 pagi di Hospital Duchess of Kent. Ibu dikendalikan oleh seorg bidan Islam (Maaf dah lupa dah namanya) yang amat baik hati dan membantu dengan baik dan lemah-lembut....Sekalung doa utk beliau semoga Allah sentiasa merahmati dan memudahkan kehidupan beliau dengan budi baik yang ditaburkan.....Anak kecil yang disambutnya dulu telah membesar kini dan menjadi seorang anak yang aktif, manja dan selalu menggembirakan kami sekeluarga....Budimu tidak kami lupakan......Lagi sekali kupanjatkan syukur kepada Illahi....Anak yang sihat, bijak dan aktif...Moga menjadi anak yang sollehah...Amin...