13 Mei 2010...
Pagi ....jam 4.00 a.m. aku dah bangun tidur...Sedangkan semalam jam 1.00 a.m. baru tidor...bukan semalam pun ....pagi tadi patutnya coz dah lepas jam 12.00 mlm dah...Tp semangat nak ke Holland menjadikan semuanya mudah je...Mula2 goreng ayam, masak nasi ayam & buat sandwich sardin utk bekalan di dalam train...Perjalanan ke Schiphol Airport, Holland mengambil masa lebih kurang 4 jam 20 minit...So bekalan mesti cukup utk si cilik berempat tu nanti...Kalo tak susah gak...Perut mesti kenyang...baru boleh sihat & cergas utk jalan2 di Keukenhof Tulips Garden nanti...Itu mesti jaga...Nak beli? Ni bukan kat M'sia...Singgah je kat mana2 R & R dan nikmati apa yang disuka...ni kat Holland & Germany tak da bekal silap2 berlapar lak..
Jam 5.10 kejutkan Abang diikuti ngan budak2....Biasalah lambat sikit nak bangun...Tp alhamdullillah semua sporting & tak bising2....Malam tu dah secukup rasa pesan dah...Jgn nak buat hal..Ada yang kena tinggal sorang2 kat Hannover nanti...So semua berjalan lancar dan jam 5.30 pagi kami dah keluar dari rumah ke Norstadt Bhf....Tunggu train ke Hbf Hannover...Train sampai mengikut masa (train di sini mmg tepati masa) ie jam 5.50 a.m. Kami sampai di Hbf Hannover & sarapan roti inti kelapa di sana....IC train ke Holland adalah jam 6.47...So kami berehat & makan2 dgn selesa semasa menanti train...Mmg sudah dirancang supaya sampai awal utk mengelakkan kelam kabut...Anak ramai kena camni le ...kalo tak gamat selalu...
Bersama ...Afif & Asila...menikmati suasana pagi di luar train...
Dalam train dari rumah (Norstadt Bhf) nak ke Hannover HBhf.....
Masih di Hbf Hannover...suasana sekitar jam 6.00 a.m..Awal pagi lagi..Kesejukan masih mencengkam...
Di dalam train...2 tempat duduk berkongsi 4 org.....
Baru keluar dari Airport Schiphol...Nak tunggu bas ke Keukenhof..
Sampai je kat Airport Schirpol kai terus je simpan bag di tempat simpanan beg dan mengambil bas no 58 utk ke Keukenhof....Perjalanan bas mengambil masa sekitar 20 minit utk sampai ke Keukenhof..Kami sampai di Keukenhof lebih kurang jam 12 tghari...Di pintu depan lagi dah teruja dgn bermacam2 bunga tulip yang bermacam2 jenis & bermacam2 warna....Suasana indah mula terasa...Di pintu masuk kami dialu2kan dgn baik & terus bersemangat utk terus meneroka...
Bergambar beramai2 di pintu masuk Keukenhof...(6)
Sedikit info mengenai Kuekenhof..
Keukenhof bermaksud 'kitchen garden'....
"..also known as the Garden of Europe and situated near Lisse, Netherlands and is the world's largest flower garden. 7,000,000 (7 million) flower bulbs are planted annually in the park, which covers an area of 32 hectares. The garden was established in 1949 by the mayor of Lisse.."
-sumber - Wikipedia...
"Keukenhof, where spring bursts into bloom. In addition to being unique and world-amous, the park has also been one of the most colourful and fragrant place with over 7 million flowers forming a beautiful setting for the most fabulous photo"
"With 32 hectares of blossoming flowers, the keukenhof is more than just a feast for eyes ; it is also a great place to get creative inspiration for your own garden at home.."
-Sumber....Keukenhof website.. http://www.keukenfhof.nl/
Masuk je kat taman terus teruja dgn berbagai bunga2 tulip & bermacam bunga lain..INDAH..CANTIK...BERSERI...SEGAR & MENDAMAIKAN.....Masya Allah indahnya Ciptaan Tuhan...Puji dan syukur kepada tuhan yang menyempurnakan kejadian kami...Mata yang terang...tenaga yang kuat utk terus menikmati Indahnya Ciptaan Yang Maha Kuasa...
Nabila....
Asila & Nabila..
Macam filem Hindustan lak Kak Long ngan Firas ni...
Main2 sorok2 di celah2 bunga...(11)
Bunga...Merah terang indah berseri... Senyum habis..
Masih bunga2....
Bunga2 lagi.....
Topi merah yg nampak sikit tu Asila & di belakang tu Aina....
Bunga2 yang selalu memukau pandangan...
Tenang & mendamaikan...
Bunga2..
Bunga2...
Firas...
Semasa kedatangan kami ni ada pemeran bunga lily...Ini merupakan pameran bunga lili yang terbesar di dunia..di mana lebih dari 20,000 lilies dari 300 jenis yang berbeza dipamerkan di sini (kata diorg le..) Tetapi kerana dah begitu teruja dgn bunga2 tulip di luar..ketika masuk ruangan pameran ni tak berminat pun sgt nak amik gambar2 bunga lily..
Setelah puas menikmati keindahan bunga tulip di Keukenhof ni..Hati tertanya-tanya..
Memang kut bunga tulip ni bunga asal kat Holland ni..tu yang diorg boleh ada idea & berjaya buat taman sehebat ni..Betoi kaa?
Lepas lebih kurang 5 jam lebih kami kat dalam Keukenhof ni...kami pun mengambil bas utk terus ke Airport Schiphol..Dari Airport tunggu shuttle bus Hotel Schiphol utk pergi ke Hotel Sekitar jam 7.00 petang kami dah sampai di hotel..Berehat...Bilik pun begitu memberansangkan...Cantik...luas....selesa...Memang betul2 selesa untuk kami sekeluarga...Semua mandi2 & terus tak sedarkan diri hingga ke pagi...
Dari Airport Shiphol kami terus ambil train ke Amsterdam Central Station...Perjalanan mengambil masa lebihkurang 20 minit je....Sampai je kat Amsterdam Central Station kami terus mengambil tram utk ke windmill di dalam bandar Amsterdam..Naik tram kena bayar 7 € utk setiap org..Boleh naik berapa kali nak dalam 1 hari..Rugi sikit le...coz kami sekejap je bo gunakan perkhidmatan krn nak balik Hannover pada petang tu dah...
Bergambar satu keluarga.. Di windmill di Bandar Amsterdam..
Pemandangan dari boat..Bangunan yang menarik
Kami sampai di rumah sekitar jam 9.30 malam...Masak makan malam...Nasi panas...telur goreng..ikan bilis goreng bersama cili padi & bawang serta sayur kubis China (China kohl) tumis air...Makan dengan berselera sekali....Tidor...
Salam & terimakasih kepada kengkawan yang sama2 gi...Seronok jalan sama2 dan terimakasih kerana membantu bersama menjaga askar2 kami....