Hadith Rasullullah (S.A.W.)
Basuh Tangan Selepas Bangun Tidur
وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يديه قبل أن يدخلهما في الإناء ثــلاثا ، فــإن أحــدكم لا يــدري أين بــاتت يــده
“Dan apabila seseorang bangun daripada tidurnya ,
hendaklah ianya membasuh kedua tangannya 3 kali
sebelum ia memasukkannya (tangan) ke dalam
bekas yang berisi air (kolam).
Kerana sesungguhnya ,
ia tidak tahu dimana tangannya berada (semasa tidur).”
(Hadis Muttafaqun ‘Alaihi , Bukhari : 162 dan Muslim : 278)
(Hadis Muttafaqun ‘Alaihi , Bukhari : 162 dan Muslim : 278)
Hadis di atas menyebutkan tentang suruhan membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam kolam atau apa sahaja bekas yang mengandungi air atau memegang apa sahaja benda-benda yang basah. [Taisir al-‘Allam syarh ‘Umdatul Ahkam , m/s : 20]
Walaubagaimana pun suruhan tersebut bukanlah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan.Ini kerana menurut Jumhur Ulama , hukumnya adalah sunat dan suatu perkara yang disukai.Manakala pendapat yang masyhur disisi Imam Ahmad ialah wajib membasuh kedua tangan selepas bangun tidur , berdalilkan zahir hadis di atas.
Apabila kita bangun tidur adalah disunatkan untuk membasuh tangan sebelum memasukkan tangan ke dalam kolah atau apa-apa bekas yang mengandungi air. Ini juga merangkumi memegang benda-benda yang basah. Ini difahamkan kerana tempoh masa tidur adalah panjang sudah tentu kita tidak sedar mungkin telah memegang sesuatu yang kotor. Oleh itu sudah sepatutnya kita menjaga kebersihan untuk membasuh tangan selepas bangun tidur.
Kehidupan kita ini seharusnya dilalui dengan teratur dan sempurna. Hidup kita akan lebih sistematik, kemas, selamat, sihat & sudah tentu ini memberi keselesaan dan keberkatan dalam amal ibadah seharian kita. Sikap-sikap asas seperti inilah yang membawa kepada sikap kebersihan kita dalam kehidupan seharian kita. Ini sudah tentu menjadi amalan dan tidak perlulah kita menunggu sehingga ada wabak Influenza A H1N1 baru kita nak basuh tangan atau sebagainya. Sebelum makan, selepas makan, selepas keluar dari tandas, sebelum memasak, selepas bangun dari tidur....AMALAN MENCUCI TANGAN adalah sikap yang sudah semestinya menjadi kelaziman kepada kita...Kita sepatutnya mempunyai rasa yang tidak lengkap atau tidak selesa jika tidak melakukan perkara tersebut....Insyaallah dengan menjadikan amalah & meniatkan yang kita mengikut sunnah hidup kita akan sihat, selamat & BERKAT...Amin..
Jika kita fikirkan sikap penjagaan kebersihan diri, apabila bangun dari tidur walaupun mencucIllahnya ialah sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut bahawa seseorang yang tidur tidak tahu dimana kedudukan tangannya. Tambahan pula tidur diwaktu malam tempohnya adalah lama dan berkemungkinan besar ia akan menyentuh benda-benda yang kotor dan sebagainya.
yang mungkin berbahaya kpd kesihatan kita.
Latih anak-anak menjaga kebersihan ketika kecil lagi
BERSIH-KEMAS-TERATUR