Friday, April 23, 2010

Diam Bukan Mengalah...



PERINGATAN.....24 April 2010



PERKARA 1 :


DIAM BUKAN MENGALAH...


Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:


Sa’eed bin Musayyeb berkata:
Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr 'sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk.



Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.


' Tunduk padi berisi'

Sumber : ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


PERKARA 2 :


MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI.....


Walaupun dah berbelas tahun belajar English dari sekolah rendah hingga menengah sampai le di Universiti...Tp malangnya aku tak pandai2 English lagi..Cerita Ustaz ni membantu memberi semangat kepada aku utk berkomunikasi ngan anak2 menggunakan bahasa ini..Tak salah & semestinýa lebih baik kalau boleh menguasai lebih banyak bahasa...Suasana di tempat kerja aku & kerjayaku juga memerlukan penguasaan ini...Kalo tak byk perkara sukar diluahkan & kadang2 rasa rendah diri juga mengundang...


Melihat anak2ku yang mula berbahasa Deutsch di rumah juga memang menggembirakanku..Mula2 datang Jerman dulu...Risau juga jika mereka tercicir & rasa terásing di sekolah...Tp melihat mereka gembira & selesa belajar di sini..Syukur & aku mula & memang percaya yang BAHASA TIDAK BOLEH MENYEKAT KITA...Kita yang perlu berusaha menguasai & bergembira dengannya...


English Ustaz, English!


Kenapa mesti malu?

Saya orang Melayu, saya belajar lima tahun di sekolah agama, saya juga belajar Syariah di negara Arab yang Bahasa Inggeris itu asing daripada kehidupan. Justeru, saya memang patut lemah Bahasa Inggeris. Mentertawakan saya adalah satu kebodohan seumpama mengejek ayam yang tidak pantas berenang. Justeru saya tidak pernah mengendahkan ketawa orang terhadap kesilapan bahasa saya.


Bertanding, jangan dengan orang lain.

Bertanding, biar dengan diri sendiri.

Bahasa membentuk sikap.

Sikap membentuk bahasa.


"Bunga Raya...Indah Mempesona...Lembut Menawan"



Sumber : ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG



PERKARA 3 :


PESIMIS


Ayat-ayat pesimis adalah ayat putus asa. Dan putus asa adalah seburuk-buruk akhlaq kita di hadapan Dia.

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.


Sumber : ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG


PERKARA 4 :

MENCARI & MEMBERI......

Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakan alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Bukan sahaja begitu, malah Lailatul Qadar juga harus dilihat sebagai kemuncaknya.
“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]

Sudahlah Allah berjanji begitu, dipermudahkan pula segala jalan untuk merebutnya.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan
syaitan akan ditambat
Sumber : ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/
68000 AMPANG




Buah rambutan yang masak ranum..Boleh memberi manafaat kepada
manusia juga binatang2


PERKARA 5 :



"JANGAN KAU MENJADI LILIN....."


Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:
“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”


Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.


Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:
“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lilin yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”.
Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.


Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri.

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.


PESANAN BUAT LILIN


Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.


Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.
Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

Sumber : ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG



Terang, Indah & Berseri...
Related Posts with Thumbnails