Thursday, April 29, 2010

Berkelah di Herrenhausen...



Berkelah di Herrenhausen...

25 April 2010

Jam 8.30 pagi dengan berbasikal (ibu), scooter (Muhammad) & roller blade (Kak Long) & yang lain2 tu dah tentu le berjalan kaki pergi ke Herrenhausen Garten....Semua memang tunggu2 peluang ni..Memang best dapat berkelah2 dan berehat bersama2 di taman ni terutama semasa spring ni..Ini sudah kali ketiga kami datang ke sini sepanjang musim spring ni je...

Bekal kami hari ni..Mee goreng(mee kuning dibuat sendiri), kuih ketayap, kuaci, coccon jelly, fresh orange, buah anggur & air masak...Simple tetapi memadailah...Syukur dengan rezeki Allah swt..Sampai je terus bermain....Ayah, ibu, Muhammad & Nabila main bola...Asila main scooter & Kak Long main roller blade..Kami semua memang dah bersarapan di rumah...Jadi apabila sampai semua sibuk bermain je...Tak da siapa pun yang ingat makanan....Penat bermain bola, ibu & ayah bergilir-gilir berbasikal di dalam taman sambil menemani kekasih 4 org tu bermain..

Herrenhauser ni sebuah taman yang besardan terdiri dari Grosser Garten (Large Garden), Berggarten (Mountain Garden) dan Georgengarten (Georgian Garden)...


Hari ni juga seperti selalu ada itik2 yang bermain di tasik datang ke tepi dan bermain ngan budak2 berempat ni..Kali ni tiada makanan yang sesuai nak diberikan..Jadi kurang sikit le menariknya dan itik2 pun cepat je berlalu..Kecewa sikit..


Sempat posing sewaktu baru sampai...Masing2 muka penat berjalan


Kak Long & Afif





Ibu buat demo...Gigitan yang tidak menyakitkan.. Tp tak da siapa pun yg berani mencuba...

Masih bermain-main ngan swan... Hati2 jangan terjatuh dalam tasik lak..



Ibu berbasikal mengelilingi tasik...


Semua sedang menikmati makanan



Masih menjamu selera... ..Cuaca baik...matahari bersinar terang..



Sedang makan...Asila paling berselera.. Jgn buka mulut besar sgtlah..


Muhammad makan mee...Org lain dah kenyang dia baru nak makan..




Bunga-bunga


Bunga-bunga...




Bunga-bunga

Bunga-bunga...









Bunga-bunga

Bunga-bunga di hadapan Museum Wilhelm-Busch..Bau bunga semerbak ketika menghampiri kawasan ini..

Pandangan jauh di padang luas berhadapan museum...Org putih kalo nampak matahari berjemur sakan....cam kan pantai je..Penat suruh budak2 pandang ke lain...Macam2.. sabar je lah...

Di hadapan Museum Wihelm-Busch...Bergambar sebelum balik..

Ini gambar terakhir hari tu...Kamera habis bateri...Jom balik...
Related Posts with Thumbnails