5 Jun 2010 (Sabtu).....
Pada jam 10.00 pagi kami mengambil train dari Norstadt Bhf utk ke Hbf Hannover....2 minit perjalanan je kut...Kami sampai awal di Hbf Hannover sedangkan train ke Braunschweig adalah jam 10.55 pagi. Dalam masa terluang kami membeli sedikit makanan & minuman utk bekalan semasa dalam train yang mengambil masa lebihkurang 50 minit utk ke Braunschweig. Berehat2 di Hbf sementara menunggu train dan adik2 di Hannover utk pergi bersama....
Tepat jam 10.55 kami pun bertolak ke Braunschweig bersama2 Atan, Mawi, Kamil dan Charles.
Kak Chik (Jamaliah Haris) komen...Dalam byk2 gambar tak da pun gambar Abang senyum...
So ni kira senyum le ni...Walaupun sebenarnya dah kena paksa senyum ni...He he....
Hampir jam 12.00 tghari kami sampai di Braunschweig Hbf....Kami mengambil bas utk ke taman di mana majlis tersebut diadakan....
Dalam bas....Kak Long, Cik Nyah dan Muhammad...
Kebetulan duduk di depan pintu...Semasa seorang orang tua yang berkerusi roda nak turun tangga bas diturunkan....Ini merupakan gambar sebelum tangga diturunkan oleh driver (dengan senyuman je dia buat kerja ni..Tu yang mahal tu..)
Ini gambar selepas tangga ditarik turun dan separas ngan jalanraya...Mudah je kerusi roda ditolak turun...Sungguh mesra pengguna...Ini le yang boleh kita jadikan contoh dan ikutan....
Hampir jam 1.00 tghari kami pun sampai di taman tersebut...Ketika kami sampai, Cen dan seorg kawan Indonesia sedang sibuk memanggang. Aina pula berkemas2 di samping meneman Izlin yang bermain di khemah....Belum ramai lagi tetamu...Cantik kawasan tu dan berhampiran dengan playground....So budak2 berempat terus tak melepaskan peluang bermain....Sampai waktu makan pun jenuh nak memanggil..
Tuan rumah tak da di situ....Sibuk mengurus macam2...Bila dah siap masak...Kami makan dulu...Terimakasih tuan rumah....Sori le kami mulakan majlis dulu....
Tetamu pun semakin ramai dan majlis semakin meriah.....Memang seronok berkumpul beramai2...Macam2 keletah dan lawak.....Tetamu juga pelbagai...Ramai kawan2 dari Indonesia.....Kak Chik dan suaminya juga ada...Kak Chik ni merupakan orang Pulau Pinang yang dah menetap lama di sini (kalau tak silap dah lebih 10 tahun di sini).....Orangnya peramah dan gembira dapat kenal dengan beliau....Macam ni le kalau berada di rantauan...semakin ramai kenalan memang berasa semakin seronok....Ada le juga tempat utk berkongsi cerita dan melepaskan rindu kat kampung halaman...

Kemuncak Majlis...Acara memotong kek.....Izlin ditemani dengan kawan2...Rupa2nya ramai juga budak2....Seronok semuanya...Tapi dalam ramai2 tu baru perasan rupa2nya Muhammad Afif je seorang lelaki...Kira penyeri juga le....
Masing2 dengan perangai tersendiri....He hee..
membelek kek tersebut...
Moga Izlin dan semua kawan2nya menjadi anak yang solleh dan sollehah...
Penyejuk Mata dan Hati kedua ibu-bapa...Amin...
Sebenarnya hari ini Asila diarrhea...tapi tetap gak berjalan....Pakaikan diapers je...

Di bawah ni pula aksi2 yang sempat dirakamkan sepanjang majis sebagai kenangan.....

Cantik gambar ni dan boleh jadi bahan bukti yang dia mmg lasak...Hehe...

Cantik b/ground...



Tapi alhamdullillah tiada yang selsema, batuk atau demam selepas balik....
Ini mesti berkat majlis kut...

Ramai yang hadir....Memang seronok...
Selepas selesai majlis....Kami semua singgah sekejap di rumah sambil menikmati coffee sebelum berangkat kembali ke Hannover....Sekitar jam 10.00 malam kami sampai di rumah....Budak2 semua tidur awal...Dah keletihan kerana sibuk dan seronok bermain di sana....
Akhir sekali salam dan terimakasih kepada tuan rumah (Ismail dan Azizah) yang menjemput kami, adik2 (semua le...) kerana melayan2 kerenah budak2 berempat (Husna, Nabilah, Muhammad Afif & Asila...., Afiq yang memberi juga hadiah kat Husna, Nabilah, Afif dan Asilah...(bukan birthday boy ke atau birthday girl pun)...
SERONOK BERKUMPUL DI SANA....
& last but not least...Kepada semua....Jika ada masa jemput2lah singgah di rumah di Auf Dem Loh 6......Hannover...
Jumpa lagi bila2 di mana2...
Salam.....
Hasmah Haris....21 Jun 2010...