Monday, May 11, 2020

Keluarga Saya

Terasa seperti buat karangan sekolah semasa sekolah rendah pula....Title sempoi saya hari ni. Sebenarnya sejak balik dari Germany, ini post saya yang pertama kut. Post yang terutamanya utk diri sendiri. Ada kala kita menulis utk kita mengimbau kenangan tentang apa yang kita telah lalui suatu waktu dahulu. Kita mengharap apabila kita menitipkan sesuatu yang indah, suatu hari nanti kita boleh terusan bersyukur yang kita telah menikmati detik yang indah dan manis dalam hidup  utk dikenang. Seterusnya ia boleh jadi kekuatan untuk diri kita kekal positif dan sentiasa bersangka baik denganNya dalam setiap detik hidup kita. Hari-hari kita akan dipermudahkan insyaallah.

Keluarga ni dah berumur hampir 21 tahun..... Beberapa hari lagi dalam bulan ini saya dan suami telah genap menempuh 21 tahun bersama. Saya selalu memandang 21 tahun ni satu tempoh yang cukup untuk matang. Jika seorang dari bayi, apabila sampai umur ke 21 tahun, banyak perubahan besar yang telah berlaku dlm hidupnya. Telah jelas hala tuju dan mempunyai jati diri yang sebenarnya. 

Beberapa kilang, makmal, jabatan kerajaan dan universiti saya telah bekerja. Akhirnya setia selama 20 tahun lebih di Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mula bekerja di KKM ni beberapa bulan setelah kami melangsungkan perkahwinan (sebelum itu saya bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang). Saya selalu merasakan yang ini kerjaya ini adalah dari rezeki perkahwinan kami. Kerja saya masih mengikut waktu pejabat walaupun ada hari-hari yang tertentu saya 'on call' dan perlu datang bekerja di waktu2 yang org lain bercuti. Ada cabarannya, tapi di situ juga ada kemanisannya dalam hidup bekerjaya. Kita akan lebih menghargai waktu2 yang lapang dan kita juga ada kepuasan dalam kerjaya apabila tugas2 kita dapat membantu orang lain. Ada masa dan ilmu kita untuk manfaat org lain insyaallah. 


Suami saya...Abdul Aziz.....anak kepada arwah Chik  bin Jenan. Berasal dari Bandar Bahru, Kedah. Walaupun dari Kedah, tapi Kedah yang bersempadan dengan Negeri Perak (tanah tumpah darahku). Jika menaiki kereta hanya 45 minit dari Kuala Kangsar (hometown saya) dan rumah kampung kami sekarang.

Saya dan suami di rumah pertama kami di Kuala Kangsar. Rumah kampung pusaka warisan dari Datuk (Tok Umaq).





















Sepanjang perjalanan bersama kami dalam kehidupan ini....Kami telah tinggal di beberapa kawasan dan negeri...Pindah rumah sangat banyak kali...

1. Taman Pauh, Butterworth, Pulau Pinang, 1999
2. Kuaters Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, 2000
3. Taman Tinosan, Sandakan, Sabah, 2003
4. Apartment Mesra, Kota Kinabalu, 2008
5. Kampung Padang Ampang, Kuala Kangsar, Perak, 2009
6. Auf Dem Loh, Hannover, Germany, 2009
7. Kampung Padang Ampang, Kuala Kangsar, Perak 2011
8. Taman Wawasan, Beluru, Kuala Kangsar, Perak 2011
9. Kampung Padang Ampang, Kuala Kangsar, Perak 20011
10.Kuaters Apartment 3B, Fasa 3, Presint 9, Putrajaya
11.Mutiara Keruing, Sungai Merab, Kajang, Selangor, 2019
Sempat tinggal di sini dari 15 Januari 2019 hingga 31 Oktober 2019 semasa awal2 berpindah ke Setia Alam. Belum ada keyakinan utk berulang dari rumah ke Setia Alam setiap hari.

Rumah kuaaters di Presint 9, Putrajaya. Ini pemandangan dari balkoni rumah kami.
Adam Haris, di rumah kami di Mutiara Keruing, Sungai Merab.
Gambar sekeluarga (Kak Long tidak dpt turut serta) semasa bercuti di Avani Resort, Sepang 2018.

Alhamdulillah, walaupun ini rumah setelah berpindah yang ke 11x kami, saya dan Abang masih bekerja di kementerian yang sama.

Bersama puteri2 kesayangan...Kak long Husna, Cik Nyah Nabila dan Kakak Chik Asila..Semasa bercuti di Langkawi (ibu bekerja & bawa satu keluarga ikut, kecuali Muhammad yang ada kelas.

Saya bekerja dengan KKM dan suami saya masih setia dengan Jabatan Alam Sekitar. Selepas bekerja di beberapa hospital, akhirnya sekarang saya bekerja di Institut Kesihatan Umum, KKM (di Setia Alam, Selangor). Suami saya pula sekarang bekerja di Jabatan Alam Sekitar ibu pejabat, Putrajaya.

1. Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang               
1Jab. Alam Sekitar Pulau Pinang
2. Hospital Duchess of Kent, Sandakan               
 2Jab. Alam Sekitar caw Sandakan, Sabah
3. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu     
  Jab. Alam Sekitar caw Sandakan
 3Jab. Alam Sekitar caw Sipitang, Sabah
4Jab. Alam Sekitar Kota Kinabalu, Sabah
4. Hospital Taiping, Perak                                     
5Ibu Pejabat, Jab. Alam Sekitar, Putrajaya.
5. Hospital Kuala Lumpur                                     
 Ibu Pejabat Jab. Alam Sekitar, Putrajaya
6. Institut Kesihatan Umum                                 
 Ibu Pejabat Jab. Alam Sekitar, Putrajaya


Saya sendiri telah bekerja di 6 tempat dan suami bekerja di 5 tempat. Ada waktu2 yang kami tinggal berasingan. Dicampurkan keseluruhannya lebih kurang 6 tahun lebih saya tinggal bersama anak2 sahaja.


Inilah kehidupan yang sebenar. Ada tika akan disulami dengan cabaran2. 3 tahun suami menyambung pengajian di Shah Alam dan kami tinggal di Pulau Pinang ketika saya mempunyai 2 anak.
Saya juga biasa bersama anak2 di Kota Kinabalu, iaitu sebelum Abang dapat berpindah ke Kota Kinabalu (dalam 8 bulan). Kemudian yang terakhir (dalam 3 tahun) saya bekerja di Taiping, Perak dan Abang bekeja dan tinggal di Putrajaya semasa tu. Semua tu adalah saat2 cabaran sepanjang kami bersama. Tinggal dan menguruskan anak sendirian ada resah, ada gusar dan ketidaktenangan yang hanya apabila ditempuh sahaja dapat memahami dan menafsirnya. Mungkin untuk orang-orang yang tidak begitu kuat seperti saya. Tapi alhamdulillah semua telah berlalu. 

Sebenarnya Abang mengambil keputusan utk belajar di Germany selain dari utk menuntut ilmu, kami mengambil keputusan tersebut utk melayan anak-anak dan menumpukan lebih perhatian kepada keluarga. Apabila saya bercuti tanpa gaji sepanjang 2 tahun tersebut byk perkara/urusan anak-anak dapat diselesaikan dengan lebih santai. Memang kami semua (kecuali yang belajar😊) merasakan seolah-olah bercuti sahaja di sana. Anak-anak gembira belajar di sana dan saya sendiri yang tinggal di rumah sepjg hari menguruskan keluarga sahaja memang merupakan satu kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Terima kasih Abang utk percutian paling lama dan termahal dalam hidup kami😍.

Kini, anak-anak telah besar. Banyak perkara yang berubah. Cabarannya bukan lagi masa. Cabarannya lebih bersifat spiritual. Banyak bermain tali...Kerap menarik rambut dari tepung....Tapi yang pastikan banyak masa berbual dan bergelak ketawa bersama2...Mereka kini sahabat2.

Siapa mereka...

1. Kak Long Azzatul Husna, 20....kini belajar di Politeknik Nilai, 
2. Cik Nyah Nabilatul Huda, 19.....kini belajar di Kolej Profesional MARA Kuantan
3. Abang Muhammad Afif, 16....kini belajar di Maahad Tahfiz di Sungai Merab
4. Kak Chik, Nur Asilah, 15...tingkatan 3 di Presint 9, Putrajaya
5. Si bongsu, Adam Haris, 9...darjah 3 di Presint 11, Putrajaya

Kami berdua pun belajar dari dari universiti yang sama. UiTM. Tapi itu nama baru...Semasa saya dan suami belajar dulu namanya masih ITM...Saya belajar dari 1990 hingga 1994. Abang belajar dari 1986 hingga 1990. Kami berselisih di ITM. Saya masuk ITM selepas Abang tamat belajar di sana. Tapi kami dari fakulti yang sama iatu Kajian Sains Hayat. Abang "budak kimia" (DIC) dan saya "budak kuman" (Mikrobiologi). Cuma bukan jodoh kami berjumpa di sana. Kami bekerja bersama di Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang pada tahun 1995 dan 1996. Saya berhenti kerja dari JAS Pulau Pinang selepas  11 bulan bekerja kerana mengambil keputusan untuk menyambung ijazah di UKM, Bangi pada tahun 1996. Rupa2nya begitu cantik percaturanNya. 11 bulan bekerja di sana sebagai permulaan kepada keluarga kami. Syukur yang tidak terhingga kepada Nya. Cita-cita saya mesti tamat pengajian dalam ijazah sebelum berkahwin. Jadi saya terus mengambil keputusan mudah iaitu berhenti kerja. Terima kasih tidak terhingga kepada abang kandung  saya  (Baharuddin Mohamed Haris) yang menanggung perbelanjaan sepanjang 2 tahun saya belajar di UKM. 
Si lebor mama...Yang muka paling sama ngan Mama.

Setakad ini ringkasan perjalanan keluarga kami "Keluarga Abdul Aziz"



Related Posts with Thumbnails